<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, August 6, 2011

5 Yang Menarik Hati

Apa yang membuatkan seseorang Hawa itu menarik di mata Adam adalah berlainan di antara satu sama lain. Jadi hari ini aku nak bercerita pasal tarik-menarik mengikut perspektif atau mata aku sendiri. Namun aku rasa kebanyakan lelaki mungkin mempunyai pandangan yang hampir sama saja.

Aku suka melihat perempuan yang bertelekung setiap kali mereka mahu bersolat, mengaji dan sebagainya. Bagi aku, perempuan pada saat ini sangat menawan, ayu dan yang paling penting nampak suci. Oleh itu, ia boleh dikatakan antara sebab-sebab kecil kenapa aku suka bulan Ramadhan kerana kita boleh melihat kelibat mereka yang ramai ini sewaktu nak menunaikan solat tarawikh.

Bukan aku saja, malah lelaki lain pun akan bersetuju jika aku katakan bahawa perempuan yang bijak bergaya sangatlah menarik. Contoh terdekat yang aku suka adalah Hana Tajima. Dia ini bijak menyesuaikan penampilannya dengan persekitaran Barat yang prejudis terhadap Islam sehingga membuka mata dan minda mereka supaya lebih menghormati cara berpakaian yang menutup aurat.

Aku faham kalau ada segelintir perempuan yang belum bersedia untuk bertudung sepenuhnya dan aku boleh menerimanya. Tetapi ia akan lebih manis dan sopan apabila melihat mereka berbaju kurung walaupun mahu singgah sebentar ke bazar Ramadhan. Contoh terdekat, aku lebih suka melihat Lisa Surihani yang berbaju kurung daripada pakaian yang seperti singlet itu.

Kemudian, aku sangat tertarik dengan perempuan yang menggayakan rambut gaya 60-an seperti Zooey Deschanel dalam filem (500) Days Of Summer itu. Bukannya aku tak suka perempuan berambut panjang, tetapi yang bergaya seperti ini lebih comel dan kemas. Lagipun, kalau panjang sangat nanti rupa macam pontianak Shuhaimi Baba.

Aku merasakan bahawa perempuan yang bercermin mata ini sangat menarik hati. Tetapi, rahsianya di sini adalah cermin mata yang bagaimana yang dipakai oleh seseorang perempuan itu. Namun secara umumnya, perempuan yang bercermin mata menampakkan dirinya sebagai seorang yang matang dan intelligent di mana ia menjadi satu faktor penarik.

Kesimpulannya, lima perkara di atas adalah subjektif dan bergantung kepada preference seseorang lelaki. Jika diterbalikkan pun, ada juga perempuan yang lebih menggemari lelaki bercermin mata di mana ia adalah satu disadvantage kepada aku. Apa sekali pun, secantik-cantik perempuan adalah yang berkeyakinan tinggi, humble, tegas, sopan santun, dan yang paling penting adalah berpegang kepada agamanya.

SEKIAN
11:51 PM
6 KATA HATI
[ 6 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

yang pandai bermain gitar bagaimana pula?

8/07/2011 6:09 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Irshadim: itu hot beb! huhu

8/07/2011 6:36 PM

 

Blogger s a r e e z a berpendapat bahawa:

Yang bercermin mata : agreed.
Yang pakai kain pelikat pergi mesjid. sexy. :)

8/08/2011 6:02 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@s a r e e z a: tapi saya tak suka pakai kain pelikat. rasa tak selesa, kalau sujud boleh nampak peha. huhu

8/08/2011 6:31 AM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

yg bertelekung. susah nak dpt tuu

8/10/2011 2:56 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@my only closet: kat masjid waktu solat tarawikh ramai tu.. XD

8/10/2011 2:12 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik