<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, August 7, 2011

Suatu Petang Di Bazar Ramadhan

Apa yang bestnya tentang Malaysia ialah negara kita terlalu kaya dengan makanan sampai tak termakan. Boleh dikatakan bahawa setiap hari di Malaysia pasti ada pasar malam. Dan sekarang, kita ‘diberkati’ pula dengan bazar-bazar Ramadhan yang banyak tak terkata.

Komik di atas adalah situasi biasa yang boleh kita dapati setiap kali berada di bazar Ramadhan. Mula-mula sampai, dalam kepala otak dah terfikir bermacam-macam jenis makanan yang nak dibeli. Justeru itu, aku kebiasaannya akan pusing sampai habis satu bazar itu untuk meninjau-ninjau makanan apa yang nak dibeli.

Namun pada akhirnya, aku mendapati bahawa kebanyakan makanan yang dijual adalah hampir sama. Wah, ini baru betul-betul ‘pasaran persaingan sempurna’ kalau mengikut teori ekonomi kerana produk yang dijual adalah sama. Tetapi akhirnya, apa yang aku beli kadangkala adalah sesuatu yang bukan aku nak beli pada awalnya, contohnya seperti puding.

Maksudnya di sini, disebabkan terlalu banyak makanan yang hampir sama, aku sampai terlupa nak membeli apa yang aku mahukan sewaktu mula-mula sampai tadi. Jadi akhirnya aku pun membeli makanan yang orang kata remeh-temeh. Lagipun, orang berniaga pada bulan Ramadhan ini bukannya 100% jujur, kerana ada segelintir yang mahu untung lebih (katanya karipap sardin, tetapi isi banyak bawang).

Kemudian, ini adalah perkara biasa yang mudah dilihat di pasar-pasar malam iaitu makwe. Namun begitu, janganlah bawa perangai biasa ketika di bulan Ramadhan pula. Maksud aku di sini, memakai pakaian seksi dan tidak sopan ke bazar Ramadhan (sama ada penjual mahupun pembeli).

Orang ke bazar Ramadhan nak meninjau-ninjau dan membeli makanan, bukannya mahu ditawarkan ‘buah lain’ sebagai santapan. Ingat, kalau tak mahu respect diri sendiri pun, cubalah respect orang lain terutamanya kami yang lelaki ini. Lagipun, kami dah puas melihat makwe-makwe seksi sebegini ‘belanja’ kami di bulan-bulan lain.

Kesimpulannya, umum masyarakat Malaysia rata-ratanya hampir sama dari segi perangainya. Ada yang datang mahu beli sedikit tetapi akhirnya beli banyak dan juga sebaliknya. Namun apa yang pasti, bazar Ramadhan adalah bulan bagi pesta makanan sama ada korang mahu percaya atau tidak.

SEKIAN
10:05 PM
8 KATA HATI
[ 8 ] PENDAPAT

Blogger Unknown berpendapat bahawa:

cerita ramadhan..mmg mcm ni

8/08/2011 12:30 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Azman Naim: boleh jadi diari ramadhan ni. hehe

8/08/2011 12:33 AM

 

Blogger s a r e e z a berpendapat bahawa:

Nice one :)

8/08/2011 6:00 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@s a r e e z a: typically malaysian. hehe

8/08/2011 6:29 AM

 

Blogger Sasa Samsudin berpendapat bahawa:

hehe..mule-mule pegi bazar msti rase tamak.hehe.semua nak kan..tp dah sampai mule la tak ade bende pun nak beli..baik masak.

8/08/2011 6:41 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Sasa Samsudin: yup betul, kadang2 masa nak pergi bukan main banyak pikir nak beli. last2, beli kebab je. huhu

8/08/2011 6:48 AM

 

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

ramadhan dah macam jadi bulan pesta makanan dah. sebab tu aku jauhkan diri dari bazar tahun ni. eh, ko perasan tak, gerai yang ada awek pakai seksi biasanya gerai paling laku? hahahaha

8/08/2011 8:56 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Irshadim: ala setakat ni pun, baru 2 kali aku pegi bazar. ya betul, mana tak laku, dah dia tayang buah lain.. LOL XD

8/08/2011 9:48 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik