<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, August 8, 2011

Nasib Sebuah Buku

Mungkinlah satu hari nanti, membaca buku sebenar akan dikatakan sebagai ‘sangat vintaj’ atau retro. Semenjak notebook atau laptop dicipta, pelbagai aplikasi dicipta untuk memudahkan para pengguna. Sekarang pun, bukan main banyak lagi bahan bacaan yang disimpan di alam maya dalam Portable Document Format (PDF).

Jadi mungkin apabila organisasi pencinta alam mula berjaya mempengaruhi kerajaan-kerajaan seluruh dunia, maka penghasilan buku semakin dikurangkan. Sebaliknya, umat manusia akan datang hanya berbekalkan peralatan seperti notebook atau yang lebih canggih daripada itu apabila mahu membaca atau membuat rujukan. Kalau diperhatikan pun, teknologi seperti itu semakin hampir untuk dicapai dan hanya menunggu masa untuk menjadi lebih praktikal.

Aku perhatikan orang-orang seperti aku dah semakin malas nak bersosial di luar. Kerana apa, kerana kewujudan internet telah menyebabkan aku berada di depan komputer dalam jangka masa yang panjang tak kira siang atau malam. Wow, ini sebenarnya sangat menakutkan aku sendiri sebab ia secara langsungnya telah membuatkan aku semakin tembam atau bahasa selambanya gemuk.

Aku dapat merasakan bahawa berat aku semakin naik terutamanya ketika nak melakukan tahiyat akhir dalam solat. Tahu tak, betapa terseksanya pinggang aku (bukan seksi ya) setiap kali nak buat tahiyat akhir. Ini menunjukkan bahawa bahagian lemak di situ dah makin meningkat dengan jayanya.

Sekarang juga, aku dah kurang membeli surat khabar disebabkan aku selalu saja membacanya di internet. Tetapi akhbar-akhbar harian ini pun lahanat juga, ada sesetengah berita dia hanya bagi sinopsis saja. Kalau korang nak tahu selebihnya, nak tak nak kena jugalah beli surat khabar tersebut.

Selain itu, laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter lebih membuatkan orang-orang seperti aku lagi melekat di depan komputer. Namun begitu, kekerapan aku bersosial di laman-laman tersebut sebenarnya taklah teruk mana pun. Kalau bosan saja aku update status atau chatting, di mana selebihnya aku banyak melawat blog, laman bola sepak, gosip hiburan dan tak lupa juga bahan-bahan kelakar serta pelik yang ada di dunia seperti Blog Serius.

Sebenarnya nasib baik juga belum ada teknologi yang membolehkan kita mendapat makanan atau minuman daripada komputer kita sendiri. Jika ada, memang lagi ramailah orang yang akan duduk di depan komputer. Apa lagi yang korang nak, games semua pun ada.

Namun kesimpulannya, budak-budak sekarang sangat bertuah. Nak notebook ayah belikan dan kalau nak BlackBerry ibu pula boleh bagi. Apa sekali pun, untunglah komik (komik pun buku apa) masih lagi berfungsi dengan baik dan praktikal di mana mahu atau tidak, kita kena beli juga kalau nak baca isi kandungannya.

SEKIAN
11:42 PM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger s a r e e z a berpendapat bahawa:

Lawa la gambau tu! Macam tengah baca komik. Kenapa pandai sangat gun ateknologi ni. Tsk tsk

8/10/2011 3:02 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@s a r e e z a: minat & usaha tu penting.. cewah. hehe

8/10/2011 3:50 PM

 

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

budak2 darjah 3 kat Bandar Baru Bangi pun pakai i-pad, i tell you. ko mampu? haha

8/10/2011 4:52 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Irshadim: mana mampu bhai, phone terbaru aku Nokia C3 ni pun adik aku bagi pinjam tau.. aku pakai SE K750i sejak 2007 lagi sampai sekarang. huhu

8/10/2011 5:01 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik