<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, July 24, 2011

Untitled XV

Alright, aku nak call it a day untuk siri-siri bercakap dengan jin (untuk hari ini). Eh silap, cinta. Sebab apa aku macam ‘meluahkan perasaan’ tentang hal-hal cinta semenjak kebelakangan ini adalah suatu misteri yang sukar dijawab oleh mana-mana pengkaji tegar Illuminati atau Freemason.

Okay, aku merepek saja. Sebenarnya, memandangkan Ramadhan semakin hampir, ada baiknya aku memperbanyakkan pos dengan gambar ‘dedah-dedah’ ini sebelum ia bermula. Nanti sepanjang Ramadhan, bolehlah aku perbanyakkan pos-pos berkaitan agama, dan juga juadah-juadah berbuka puasa pula (okay aku main-main lagi part juadah itu).

Okay okay enough, nampak gambar di atas? Kalau korang tahu apa jawapannya, sila kemukakannya di ruangan komen nanti. Soalan tersebut sebenarnya boleh dikatakan soalan turun-temurun di kalangan keluarga aku yang kemudiannya disampaikan atau ditanyakan kepada aku oleh pakcik aku beberapa tahun lalu.

Soalan ini pernah ditujukan kepada arwah datuk aku oleh guru agamanya dulu dan yang mengagumkan adalah arwah datuk aku dapat menjawabnya terus tanpa berfikir panjang. Aku pula ketika ditanya, tergaru-garu juga kepala memikirkan jawapannya walaupun sebenarnya ia adalah satu soalan mudah. Aku bet, orang yang kononnya mengatakan dirinya hebat dengan ilmu-ilmu agama pun belum tentu boleh menjawab soalan di atas kalau dia diselubungi perasaan takbur.

Sebenarnya salasilah keluarga aku agak ‘menggerunkan’ kerana arwah bapa aku, arwah datuk aku, dan moyang-moyang aku serta kaum kerabat aku yang lain adalah orang agama. Maknanya di sini, mereka adalah pencinta ilmu agama. Disebabkan itu, mereka menekankan aku, adik-beradik, dan sepupu-sepapat lain mempelajari al-Quran serta Hadis dan memahaminya sebaik mungkin.

Tetapi, apabila tiba generasi aku, kitorang ini boleh dikatakan agak lalai juga. Biasalah, zaman moden kini banyak sangat cabarannya. Meski kini juga, sebelum solat pun orang boleh menjadi riak dengan hanya update status di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Segala benda kalau boleh mahu diberitahu kepada orang lain which is not good dan ini termasuklah aku juga. Bagaimanapun, mungkin kerana berkat doa mereka, sedegil atau senakal mana pun aku, nasihat mereka pasti aku akan ingat. Macam arwah datuk aku, nasihat dia kepada aku yang sampai sekarang aku pegang adalah: “Be strong!”

Ia nampak simple tetapi begitu mengharukan aku kerana ia datang meskipun ketika itu datuk aku uzur dan aku pula ketika itu sedang mengalami saat-saat sukar kehilangan ayah tercinta. Arwah ayah aku pula sentiasa mengingatkan aku bahawa jika kita rasa sesuatu perkara itu susah dibuat, maka ia akan menjadi susahlah, tetapi sebaliknya jika kita fikir kita boleh buat maka insya-Allah bantuan datang dari atas tanpa disedari. Yalah, ayah mana yang tak kenal perangai anak-anak dia sendiri kan?

Jadi secara kesimpulannya, tak dinafikan bahawa aku banyak mempelajari agama di sekolah. Namun begitu, secara tak aku sedari, aku sebenarnya lebih banyak belajar agama dari rumah lagi memandangkan rumah arwah datuk aku pun dekat sangat dengan rumah yang aku duduki sampai sekarang. Aku sangat merindukan suasana di mana rumah aku atau rumah arwah datuk aku menjadi tempat kumpul membincangkan hal-hal agama, tetapi apa boleh buat kerana takdir Allah, ia semua hanya tinggal kenangan.

____________________


Now Playing: 「Raihan ― Alangkah Indahnya Hidup Ini」

SEKIAN
9:12 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@my only closet: salah, cuba lagi. :)

7/25/2011 1:24 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik