<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, July 27, 2011

Situasi Yang Ingin Dilihat #4

Orang selalu kata, tak kenal maka tak cinta. Tetapi macam mana pula kalau dah kenal pun, masih lagi tak cinta? Persoalan-persoalan pesimis macam ini memang selalu datang kacau aku.

Biasalah, persoalan-persoalan macam itu memang suka kacau orang yang bujang macam aku. Jadi gamaknya, selalu jugalah aku berani cakap dalam hati saja kalau terjumpa gadis yang menarik hati. Kesian hati, tak pasal-pasal asyik nak melayan monolog aku sentiasa.

Nak juga kan sesekali itu ada situasi di mana hanya ada dua makhluk Tuhan saja dekat bus stop atau stesen komuter. Seorangnya aku dan seorang lagi tentulah kawan kita yang jantinanya perempuan. Manalah tahu lepas itu, tiba-tiba saja dia tanya waktu berbuka puasa bagi kawasan ini pukul berapa kan?

Lepas itu, bolehlah aku offer dia makanan lebih sambil berborak-borak bertanya apa yang patut. Manalah tahu kalau hujan pula lepas itu, bolehlah aku hulurkan payung. Itupun kalau aku bawa payunglah.

Tetapi nak kata aku terdesak sangat nak cari pasangan hidup itu tak adalah pula, walaupun bonda kadangkala tanya juga dah ada calon atau belum. Biasalah orang tua, umur aku dah macam ini memanglah dia sedikit concern. Lagi pula, emak-emak kepada kawan-kawan aku yang dah berkahwin ini pun satu hal juga asyik bertanya bab kahwin dekat bonda aku.

Apa diorang ingat nak kahwin sekarang macam nak beli cendol tepi jalan agaknya? Dahlah bajet untuk kahwin sekarang makin mahal, trend perkahwinan semasa yang gah pula menuntut lelaki bujang yang innocent macam aku untuk mencari duit lebih. Kan bagus kalau duit boleh disimpan, dan terus dijadikan modal untuk pergi honeymoon ke Mekah?

Apa yang peliknya honeymoon ke Mekah? Selagi usia masih muda, badan masih cergaslah kita perlu ke Mekah. Kalau boleh, tak mahulah aku ke Mekah ketika dah menjadi datuk orang nanti sebab tak larat nak pusing seluruh pelusuk Arab Saudi.

Ah korang yang lelaki ini pun, apa korang ingat kahwin ini untuk seks semata-mata saja? Memanglah dah jadi halal nanti, tetapi kalau ini saja asal tujuan korang nak berkahwin, silap-silap dah ada seorang-dua anak nanti hubungan suami isteri dah jadi dingin. Nak macam itu?

Apa sekalipun, tak usahlah risau. Bak kata brader Aie, rezeki Tuhan ini cukup untuk kita sama-sama makan. Kalau ditakdirkan-Nya rezeki aku murah dan hadir dengan cepat, maka dapatlah korang yang asyik tertanya-tanya bila aku nak kahwin ini merasai nasi minyak pada hari minggu.

Pendek kata, adalah sebabnya kenapa Dia tak nak tunjukkan lagi ‘tulang rusuk kiri’ aku yang 'hilang' itu. Mungkin aku perlu perbaiki diri dulu, atau apabila aku berada pada tahap yang orang kata dah cukup bagus, maka waktu itulah Dia munculkan gadis itu. Apa yang boleh aku buat sekarang adalah meneruskan kehidupan seperti biasa, macam menulis di blog ini.

SEKIAN
10:47 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik