Pertama, syabas Singapura kerana berjaya layak ke peringkat seterusnya. Kedua, lepas ini silalah pakai pemain-pemain tempatan dan jangan asyik terlalu bergantung kepada orang luar. Ketiga, dengar cerita pemain bernombor tiga Singapura itu pun orang Johor katanya? Akhirnya hajat Malaysia untuk ke pusingan seterusnya tersekat jua. Namun begitu, rata-rata penyokong menyalahkan kekalahan tempoh hari di laman Singapura. Lebih tepat lagi, ramai yang menyalahkan pemilihan pemain oleh Datuk K. Rajagopal. Ya aku setuju dari kaca mata seorang penyokong bola sepak. Tetapi bagi aku secara peribadi, kelemahan ketara Harimau Malaya (HM) adalah kawalan bola. Mereka terlalu mudah melepaskan bola sehingga sukar nak mengatur permainan dengan lebih teratur. Di sini, tak nampak di mana pemain tengah HM seperti Amar Rohidan serta Ismail Faruqi dan apa fungsi mereka. HM terlalu mengharapkan S. Kunalan dan Amirul Hadi di bahagian sayap. Safee Sali pula seperti dibiarkan berseorangan walaupun Abdul Hadi Yahya ada sebagai backup striker. Apa sekali pun, aku masih merasakan kelemahan ketara HM adalah kawalan bola dan hantaran bola. Pemain kebanyakannya terlalu lama memegang bola dan seakan-akan berat untuk melakukan hantaran mudah atau pendek kepada rakan sendiri. Itu yang mereka asyik ‘ke laut’ saja setiap kali melakukan hantaran jauh. Tak terfikirkah Datuk K. Rajagopal untuk mengadaptasi sedikit permainan Barcelona? Walaupun aku bukan big fan Barca, tetapi aku salute pasukan ini yang bermain simple football (sebenarnya Tiki-taka). Tolak tepi dulu pemain berbakat seperti Lionel Messi, apa yang mereka lakukan kebanyakannya adalah hantaran mudah dan pendek tetapi ternyata berkesan dalam mengawal posesi bola. Kita belum lagi mempunyai pemain persis Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan sebagainya, namun patut berbangga dengan penjaga gol yang berkualiti tinggi seperti Khairul Fahmi Che Mat. Bagaimanapun, ini permainan berpasukan jadi sampai bila kita nak menunggu pemain-pemain seperti disebutkan itu muncul kan? Oleh itu, adalah wajar jika HM menumpukan secara serius terhadap permainan yang berorientasikan simple football. Akhir kata, ini bukan pengakhiran bagi bola sepak kita. Ia hanyalah permulaan bagi kebangkitan bola sepak kita yang bermula pada Sukan Sea yang lalu. HM masih punya banyak masa lagi untuk memperbaiki mutu permainan dan seharusnya menggunakan sokongan para penyokong sebagai satu semangat baru untuk maju ke hadapan. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.