<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, July 26, 2011

Aku & Sesuatu

Semua orang akan cuba untuk jadi 'seseorang'. Cuma kita tak perlulah jadi 'orang lain' untuk jadi 'orang'. Ini kata Husin, dan daripada dua ayat tersebut, ada benar katanya itu.

Apalah agaknya pengakhiran kisah si Husin dengan Khadijah ini kan? Apa kes juga brader dia si Hasan dengan Ah Kit. Rindu benar aku nak melihat sambungan kisah diorang yang rasanya tergantung.

Setakat sekarang, cerita ini masih lagi tergantung (mengikut apa yang aku tahu). Harap-haraplah, brader Aie dapat publish semula Aku Dan Sesuatu (ADS) ini dan sambung kisah Husin, Hasan, Khadijah dan Ah Kit. Tak kisahlah kalau mahal pun, aku akan beli juga.

Kenapa komik ini sangat istimewa kepada aku? Bukan aku saja sebenarnya, tetapi ia sangat bermakna kepada mana-mana makhluk yang membacanya ketika zaman kegemilangan brader Aie dari karya Blues Untuk Aku lagi. Ia boleh dikira sebagai ‘novel’ untuk lelaki, cuma tolak tepi sedikit unsur-unsur leleh.

ADS ini sebenarnya penuh dengan falsafah hidup. Bahasa yang digunakan brader Aie boleh aku sifatkan sebagai selamba dalam sopan santun. Apa yang lebih penting, ia sangat dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia.

Mungkin orang yang tak tahu akan ingat bahawa ini hanya cinta semata-mata. Tetapi, tanggapan itu sebenarnya adalah salah. Ia lebih daripada itu, di mana ia meliputi semangat kekeluargaan yang dipaparkan secara jelas, persahabatan, dan realiti kehidupan di Malaysia yang lebih tepat lagi, Kuala Lumpur.

Seperti juga tagline filem (500) Days Of Summer, cerita ini turut memaparkan kisah cinta di antara watak-wataknya. Namun begitu, ia bukanlah sebuah kisah cinta, tetapi sebaliknya ia adalah kisah tentang cinta. Korang kena faham, ia sebenarnya adalah dua perkara yang berbeza walaupun nampak sama.

Aku sangat suka dengan watak Husin dan Hasan yang sangat ngam itu. Hubungan adik-beradik di antara diorang cukup rempahnya di mana ia bukan saja sekadar keluarga tetapi juga boleh dikatakan suatu persahabatan yang jujur. Adik depends kepada abang, dan abang pun kadangkala depends kepada adik juga (ini sangat sweet) dalam urusan seharian.

Hal ini juga berlaku kepada watak Khadijah dan adiknya Aisyah. Namun di sini, terdapat konflik di antara keluarga di mana abang sulung mereka mempunyai masalah sehingga menggugat hubungan kekeluargaan. Bagaimanapun, menerusi plot ceritanya yang bagus, kita diperlihatkan dengan perubahan yang cuba diambil oleh adik-beradik ini demi mengembalikan semula keharmonian keluarga.

Lagi, sebab aku menyukai komik ini adalah disebabkan persamaan situasi yang dihadapi oleh Husin itu dengan aku sendiri. Daripada monolog-monolog dalaman Husin, dia memberitahu kita tentang pengalamannya sewaktu menjadi student sehinggalah berkerjaya. Yang lebih penting lagi, Husin juga turut menceritakan perkembangan love lifenya lebih-lebih lagi semenjak bertemu Khadijah.

Bagi aku, dialog-dialog yang disampaikan mendalam maksudnya. Ini barulah boleh dikatakan sebagai sebuah komik dewasa yang berpijak kepada realiti dan pengalaman. Apa yang disampaikan kebanyakannya kita sendiri pernah melaluinya (dalam beberapa apsek kehidupan).

Kekuatannya juga terletak kepada bagaimana ‘melekatnya’ unsur-unsur ketuhanan dengan setiap karakternya. Ini disampaikan melalui pesan-pesan orang tua Husin dan Hasan serta Khadijah dan Aisyah kepada anak masing-masing. Pesan yang ditunjukkan nampak biasa, tetapi sebenarnya sangat mendalam, umpamanya pesan ayah si Khadijah dan Aisyah seperti: “Jangan tinggal solat.”

Aku tak tahu bagaimana orang lain, tetapi ia selalu membuat aku terfikir dah berapa banyak kali aku tertinggal solat sama ada dengan sengaja ataupun tidak. See, bukan senang bagi sesebuah komik untuk meninggalkan kesan kepada pembacanya. ADS bagaimanapun berjaya memberi impak kepada pembacanya seolah-olah kita sendiri berada dalam dunianya itu.

Akhir kata, aku sangat berharap bahawa brader Aie dapat melakukan sesuatu untuk menyambung semula siri ini. Jika ia berjaya, mungkin ada pengarah drama atau filem seperti Kabir Bhatia sudi mengangkatnya sebagai naskah yang lebih hebat daripada apa yang pernah terpapar di kaca TV atau pawagam. Tambahan pula, ini satu cara yang baik untuk menyedarkan anak-anak muda kita yang dah banyak terpesong supaya berpijak kepada realiti sebenar kehidupan.

SEKIAN
11:12 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik