<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, July 18, 2011

Situasi Yang Ingin Dilihat #3

Kalau ada masa lapang, aku suka menonton video muzik yang aku download atau kumpul. Dalam banyak-banyak jenis video, aku paling suka yang mempunyai jalan ceritanya sendiri. Ia boleh dikatakan short filmlah disebabkan persamaannya.

Seperti gambar di atas, persamaan yang ada di antara ketiga-tiga video pilihan aku kali ini adalah temanya iaitu jatuh cinta. Kebetulan pula, subjek jatuh cinta di sini adalah mengikut perspektif lelaki. Dalam hal ini, apa yang membuatkan aku suka tentang video-video tersebut boleh aku simpulkan seperti berikut: “I want to be that guy!”

Untuk video pertama, plotnya adalah mengenai dua individu yang boleh dikatakan hampir tetapi tidak menyedari kewujudan masing-masing. Lelaki yang single ini dalam proses mencari pasangan hidupnya walaupun sedang berdepan banyak masalah. Menerusi babak di stesen komuter, kita ditunjukkan bagaimana dua individu ini ‘berkomunikasi’ melalui contengan-contengan pada papan iklan.

Jadi, apa yang aku suka tentu sekali babak di mana lelaki tersebut akhirnya berjumpa juga dengan gadis itu. Apa yang aku mahu contohi di sini adalah babak ketika lelaki itu menghulurkan payung kepada gadis yang dibasahi hujan tersebut. Ramai lelaki yang ego tak nak ‘menyediakan payung sebelum hujan’, tetapi bagi aku lelaki yang menggunakan payung sewaktu hujan sungguh cool lebih-lebih lagi jika dapat membantu orang lain (baca: gadis) yang dibasahi hujan.

Untuk video kedua pula, ia adalah sebuah produksi daripada Jepun yang aku jamin sedap lagunya. Aku suka muzik Jepun kerana mereka sungguh kreatif dan ini ditunjukkan sekali dalam banyak video muzik. Apa yang menariknya lagi, metafora yang sering mereka gunakan dalam pembikinan muzik video mudah difahami.

Plotnya berkisarkan tentang seorang lelaki yang cuba sedaya upaya menawan hati gadis yang mungkin baru ditinggalkan kekasih lama, atau barangkali kehilangan kekasih whatsoever. Aku bayangkan bahawa gadis itu mungkin sukar untuk menerima lelaki lain setelah apa yang terjadi kepadanya. Aku pula menyukai karakter lelaki ini kerana dia sedaya upaya cuba memecahkan cermin itu (metafora bagi memecahkan ‘tembok hati’) walaupun dia tahu yang dia banyak kelemahan diri.

Untuk video yang terakhir, ia adalah kisah mudah tentang dua orang yang jatuh cinta antara satu sama lain tetapi tak tahu bagaimana nak meluahkannya. Secara jujurnya, aku menyukai video ini kerana lagunya dan tentu sekali model perempuannya yang cantik itu. Kalau nak difikirkan dari segi impak bagaimana aku mahu menjadi lelaki itu, aku rasa ia lebih kepada keberanian lelaki itu.

Ramai yang kata bahawa timing adalah penting jika kita nak melakukan sesuatu. Tetapi dalam kes video ini, jika lelaki itu lambat maka dia akan terlepas untuk memiliki gadis tersebut yang dah terang-terang memberikan hint atau signal positif. Jadi secara realitinya, aku sedang mencari situasi seperti ini, namun ia ternyata sekali adalah sukar.

Jadi pada akhirnya, here I am, masih lagi single dan sedikit terumbang-ambing. Sebenarnya kalau difikirkan balik, bukannya tak ada situasi-situasi seperti di atas yang pernah berlaku kepada aku. Cuma masalahnya adalah aku yang tak pandai mengambil peluang, dan kadangkala tak nampak apa yang dah muncul di depan.

SEKIAN
9:50 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik