<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, July 19, 2011

J-Pop & K-Pop Dalam Mempercepatkan Transformasi Malaysia Ke Arah Negara Maju

Ceh, tajuk dah macam nak buat tesis. Transformasi mende kalau rakyat punya attitude pun masih di tahap lama. Dahlah makin ramai golongan muda yang kurang ajar dengan orang yang lebih tua daripada diorang, so nak transformasi amendenya kan?

Alright, berbalik kepada J-Pop dan K-Pop, orang kita (baca: perempuan) sekarang tengah gila dengan scene Korea. Tetapi, diorang yang rata-rata Melayu ini agak lambat menerima demam Korea kerana seperti baru dua atau tiga atau mungkin empat tahun kebelakangan ini saja ianya ‘naik’. Padahal, scene Korea ini dah lama masuk ke Malaysia walaupun ketinggalan di belakang Jepun.

Masih ingat lagi drama Korea bertajuk Successful Story Of A Bright Girl yang dibintangi oleh Jang Na Ra dan Jang Hyuk yang ditayangkan sekitar 2003 di TV3 dulu? Well, ini adalah drama Korea pertama yang aku tonton sampai habis dari episod pertama bersama-sama seluruh keluarga aku. Selain itu, drama-drama lain seperti Hotelier dan Winter Sonata tak aku tonton sampai habis, atau pendek kata, aku tonton secara ‘lompat-lompat’ (maknanya kalau teringat saja baru aku tonton).

Tetapi secara jujurnya, aku tak meminati scene Korea (melainkan filem-filemnya). Ini kerana aku tak suka mendengar bahasanya yang bagi aku memeningkan. Namun, tak dinafikan bahawa gadis-gadis Korea memang comel belaka.

Kalau nak dibandingkan drama Jepun dan Korea, aku boleh bagi banyak sebab kenapa aku lebih prefer Jepun. Cuma, isu ini aku dah pernah kupas sebelumnya, jadi aku rasa tak perlu lagi diceritakan dalam pos ini. Lalu, ada baiknya aku bercerita tentang scene muzik Jepun dan Korea.

SMAP sangat berpengaruh kepada aku kerana menerusi anggotanya si Takuya Kimura (Kimutaku), maka aku diperkenalkan dengan drama serta muzik Jepun selain Utada Hikaru dan Ayumi Hamasaki. Tetapi, mostly drama-drama Jepun yang aku layan pada awalnya adalah yang menampilkan Kimutaku sebagai hero utama. Contohnya di sini, drama Long Vacation, Long Generation, Beautiful Life, dan tentu sekali Hero.

Berbalik kepada SMAP, antara lagu terawal mereka yang aku dengar adalah Lion Heart. Kalau tak silaplah, dulu ketika drama-drama Jepun mula menjajah Malaysia, aku pernah terlihat video Lion Heart ini disiarkan di TV3 atau NTV7 (aku tak ingat) setelah satu episod drama Jepun habis. Setelah itulah maka baru aku tahu bahawa Kimutaku adalah anggota SMAP.

Lagipun waktu itu, zaman boyband memang tengah naik bukan saja di Jepun, malahan di Hollywood juga. Contoh terdekat adalah 'N Sync dan Backstreet Boys. Aku pula ketika itu boleh dikatakan lebih banyak melayan muzik pop berbanding rock, ska, r&b dan lain-lain lagi.

Jadi, setiap kali aku membuat playlist Jepun untuk diletakkan di dalam handphone atau Mp3 kereta, lagu Lion Heart ini boleh dikatakan satu tune yang wajib ada. Tadi pula, ketika aku nak tribute video Lion Heart ini dekat kawan aku yang juga meminati scene Jepun (menerusi Facebook), aku terlihat ada satu boyband Korea yang cover lagu tersebut. Ya, seperti yang korang boleh nampak dalam gambar di atas, boyband tersebut adalah T-Max.

Pada mulanya, aku rasa ia mungkin adalah satu cover yang hancur. Tetapi disebabkan aku nak dengar juga bagaimana jika lagu ini artis lain cover, lalu aku dengarlah juga. Akhirnya, aku mengakui bahawa T-Max berjaya menyanyikan lagu klasik SMAP ini dengan baik sekali meskipun aku tak akan mungkin mencintai K-Pop.

Pendek kata, satu yang aku boleh faham tentang kenapa gadis-gadis menyukai K-Pop adalah kerana lelaki-lelakinya yang jambu. Selain itu, kebanyakan boyband K-Pop ini lebih hebat menari berbanding boyband J-Pop (ini memang fakta, aku tak nafikan). Namun pada akhirnya, I don’t give a damn sebab minat muzik aku terhadap J-Pop bukannya datang daripada tarian pada asalnya (atau rupa paras), tetapi sebaliknya melodi lagu-lagu tersebut.

SEKIAN
12:45 PM
10 KATA HATI
[ 10 ] PENDAPAT

Blogger Mira3dora berpendapat bahawa:

kalo bwt thesis pasal kpop jpop ni boleh rujuk entry ni :P

7/19/2011 1:43 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

tapi sumbernya tak reliable.. hehe

7/19/2011 1:47 PM

 

Blogger Khaleeqa Idrus berpendapat bahawa:

"Pendek kata, satu yang aku boleh faham tentang kenapa gadis-gadis menyukai K-Pop adalah kerana lelaki-lelakinya yang jambu."

Maka persoalannya di sini: Adakah lelaki Melayu perlu menjambukan diri utk disukai gadis-gadis? Hahaha :D That's you to guess.

Ps; Kehebatan laki-laki Melayu tak setanding dgn laki-laki jambu Korea/Jepun babe! ;)

7/20/2011 12:53 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

Mana boleh menjambukan diri, semulajadi ciptaan Tuhan tu. huhu

So, sape yang dah lahir muka jambu kena bersyukur la, dan pastikan jangan tukar jadi gay pulak. muahaha XD

7/20/2011 4:22 AM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

awak bijak mendengar muzik tahu :)

7/20/2011 6:35 PM

 

Blogger Khaleeqa Idrus berpendapat bahawa:

Eh eh? Kenapa pula tak boleh? Kasi bersih janggut dan misai, trim kening, sapu kapak kat hidung utk mancung, rajinkan letak timun di mata, sapu telur putih di muka dan tadaaaa! Dlm sebulan, awak akan jadi jambu. Hahah ;)

7/20/2011 7:19 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@my only closet: apa yang masuk telinga saya, saya layan. :)

7/20/2011 7:26 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Khaleeqa Idrus: tak mo la, saya nak bela janggut ngan misai. baru macam Robert Downey, Jr. :p

7/20/2011 7:30 PM

 

Blogger Unknown berpendapat bahawa:

haha boleh jadi jambuu laah,kih3

7/24/2011 8:44 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@amir aizat: Jambu, muka legend hati cute.. ahaks XD

7/24/2011 9:49 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik