<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, July 17, 2011

Situasi Yang Ingin Dilihat #2

Sewaktu kecil dulu, Anuar bersama rakan-rakan seperjuangannya sering mengumpul spider yang dicari mereka di pokok-pokok pandan yang ditanam di sekitar taman perumahannya. Spider yang dapat ditangkap kemudiannya akan disimpan di dalam kotak mancis bersama-sama daun pandan tersebut bagi mengekalkan ekosistemnya. Bagi tujuan lain, spider ini sebenarnya disimpan untuk dilawankan dengan spider kepunyaan rakan-rakan lain.

Biasalah waktu itu, Facebook belum muncul lagi, begitu juga PlayStation mahupun Xbox, apatah lagilah Angry Birds. Jadi untuk menghiburkan hati, mereka pun melagakan spider tersebut untuk mencari maharajanya. Macam cuaca juga, kalau spider Anuar perform dengan baik maka spider tersebutlah yang paling kuat dan sebaliknya.

Pada suatu hari, dengan tidak disangka-sangka, spider milik Anuar terlepas daripada kotak mancis tersebut. Puas dia mencari namun sehingga ke malam masih tidak ditemuinya. Apa yang tidak disedari Anuar adalah spider tersebut mencari masa yang sesuai untuk membalas dendam terhadapnya yang telah mempermainkan hati dan perasaan spider itu.

Lalu pada malam itu, spider tersebut berjaya melempiaskan nafsunya dengan menggigit Anuar sewaktu dia sedang tidur bermimpikan Sofea Jane. Keesokan paginya, suatu perubahan besar telah berlaku kepada Anuar di mana dia mempunyai tenaga yang luar biasa sekali. Bukan itu saja, dia mempunyai keistimewaan-keistimewaan lain yang sukar dibayangkan oleh manusia-manusia normal macam kau orang.

Selang 15 tahun kemudian, Anuar telah berjaya menjadi pekerja paling cemerlang dalam syarikat korporat pimpinan Datuk Seth Tan yang turut dibantu isterinya, Datin Normah Elena. Biasalah, di sebalik kejayaan lelaki, ada wanita di belakangnya, tak begitu? Dengan reputasi cemerlang Anuar, tidak menghairankanlah jika dia segak berpakaian suit ke pejabat, ibarat mentornya Barney Stinson.

Bukan itu saja, Anuar turut berbakat dalam bidang muzik dan bersama-sama Johnny Lennon, mereka menubuhkan band yang lebih popular sedikit berbanding band Abang Fes, yang dinamakan mereka The Bottles. Reputasi hebat band The Bottles ini mendorong banyak pihak menawarkan bermacam-macam perkara duniawi, yang termasuk di sini tawaran majalah Manggis untuk sesi fotografi di tepi kolam renang. Tetapi sebagai lelaki-lelaki budiman, mereka menolak tawaran tersebut.

Apa yang orang tidak tahu, Anuar adalah seorang yang romantik, kalah bosnya sendiri iaitu Datuk Seth Tan. Dia selalu menyanyikan lagu-lagu puitis kepada kekasihnya, Liza Surihani, setiap kali gadis tersebut mahu tidur. Sweet bukan, apa kau orang pernah buat?

Namun apa yang lebih penting bagi Anuar adalah keamanan sejagat. Dengan keupayaan luar biasanya yang diperolehi kesan daripada gigitan cinta spider sewaktu kecil tersebut, dia tidak menoleh ke belakang lagi. Lagipun, buat apa nak menoleh ke belakang, sakit tengkuk tahu?

Waktu biasa, Anuar dengan perkara biasanya seperti menjaga keselamatan Liza Surihani. Pada waktu lain pula, dia menjaga keamanan sejagat kerana dialah Spiderman. Ah, tetapi ini semua mengarut, bila masa dia tidur?

Nampak benar menipunya. Bila masa superheroes tidur, cuba kau orang beritahu aku. Apa sekalipun, percayalah bahawa dia bukan jet pejuang, bukan Angry Birds, tetapi dialah Spiderman!

SEKIAN
1:25 AM
8 KATA HATI
[ 8 ] PENDAPAT

Blogger s a r e e z a berpendapat bahawa:

Haha. cool la. :D
Majalah manggis yeeee? yang tepi kolam tu? hehe. Nampak sangat dulu selalu beli. hahaha

7/18/2011 2:38 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

eh mana ada beli. curi2 baca kat kedai buku. sape suruh cover dia letak gambar aweks-aweks cun kan? haha LOL

7/18/2011 3:42 AM

 

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

kau tak pernah tengok superheroes tidur ke? Wolverine tidur beb..

7/18/2011 9:39 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ni yang jenis pakai kostum macam Superman, Batman, Spiderman yang dalam komik selalu 'kerja' waktu malam. aku pun pelik waktu bila diorang ni tidur..

7/18/2011 9:43 AM

 

Blogger Sya A. berpendapat bahawa:

The Bottles? hehe cute name for a band ^^

7/19/2011 9:41 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

You can take the name if you like it. hehe

7/20/2011 4:24 AM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

Haha. "nampak benar menipunya" tauuuuu :P

7/20/2011 6:30 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@my only closet: fantasi je ni. hehe XD

7/20/2011 7:19 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik