<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, July 16, 2011

Situasi Yang Ingin Dilihat #1

Pada suatu hari, Anuar, seorang lelaki sederhana kacak, garang dan bengis tetapi sweet dalam perjalanan ke tempat kerjanya. Ofisnya yang berada di tingkat 1985 itu memerlukan orang yang sungguhpun mempunyai stamina tahap pelari Kenya sepertinya menggunakan lif. Dengan itu, tak menghairankan jika dia mendengar Mp3 dalam perjalanan yang jauh tersebut.

Biasanya dia keseorangan setiap pagi kerana terlalu rajin berbanding pekerja-pekerja lain. Namun, muncul seorang gadis cantik persis Lisa Surihana, pelakon filem Sekejap Lagi ketika cahaya pagi samar-samar menembusi tetingkap Menara Seth Tan. Seperti kebiasaan lelaki single yang normal, mata Anuar tak berkelip memerhatikan gadis itu.

Biasalah, kebanyakan pekerja yang tak berhalkum di Menara Seth Tan itu dah bertaraf makcik-makcik tetapi masih menganggap diri mereka anak dara meletup. Itu pasal tak ramai gadis bekerja di situ kerana makcik-makcik ini suka bergosip, lebih-lebih lagi hal-hal TV seperti drama Stanza Sayang dan Normah Elena. Kak Ros yang selalu kelihatan memakai cincin RM24 juta itu juga yang bagus kerana suka membuat hal sendiri.

Ketika dalam lif, Anuar teragak-agak sama ada mahu menegur gadis di sebelahnya ataupun tidak. Kalau ditegur nanti takut dikatakan gatal, tetapi kalau tak ditegur takut melepas pula. Namun disebabkan tingkat 1985 itu masih lagi jauh ke atas, Anuar pun menegur gadis di sebelahnya memandangkan gadis tersebut tersenyum-senyum memandangnya.

Setelah ditegur, baru diketahui bahawa gadis itu adalah adik kepada Lisa Surihana yang bernama Liza Surihani. Patutlah persis, adik dia rupanya. Rupanya lagi, gadis ini meminati apa yang sedang didengari oleh Anuar.

Ini memberi peluang kepada Anuar untuk lebih ramah lagi memandangkan terdapat sedikit persamaan minat dalam muzik. Setelah menempuhi perjalanan yang jauh ke langit itu, Anuar berjaya mendapatkan ID Twitter gadis tersebut. Biasalah, zaman kini zaman Twitter, bukan handphone lagi.

The rest is history bak kata orang Putih mana entah. Anuar dan gadis itu akhirnya berkahwin setelah melalui alam percintaan yang sungguh menakjubkan, kalah drama Normah Elena, apatah lagi Stanza Sayang itu. Terima kasih Tuhan!

SEKIAN
12:40 AM
6 KATA HATI
[ 6 ] PENDAPAT

Blogger Unknown berpendapat bahawa:

wahhh! ini realiti kannn? :D

7/16/2011 12:46 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

haha kalaulah betul, memang sangat terima kasih Tuhan..

7/16/2011 12:49 AM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

yang gambar atas tu filem ka?

1st time komen :)

7/16/2011 12:51 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@duniasicarangkulina yup, daripada filem (500) Days of Summer

7/16/2011 12:56 AM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

lahaiiii you'r so funny laa! haha

7/16/2011 4:02 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@my only closet: sekali-sekala berangan. hehe XD

7/16/2011 4:12 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik