<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, July 11, 2011

Kata

Kamu tahu, kata-kata mempunyai kuasanya yang tersendiri. Maka tak menghairankan jika ada pepatah yang menyebut bahawa kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang. Ini membuatkan aku terfikir, lalu terhasillah kata-kata seperti dalam gambar di atas.

Sebentar tadi, aku baru lepas melepak di restoran mamak sambil berborak-borak dengan kawan aku. Banyak perkara yang kitorang borakkan sampai ketawa berdekah-dekah. Semuanya berpunca daripada topik yang ada kaitannya dengan subjek aku kali ini iaitu kata.

Asalnya cerita aku bermula dengan kekaguman aku terhadap filem V For Vendetta yang aku tonton siang tadi. Ini pun dapat aku tonton melalui external hard disk kawan aku tadi, yang mahukan siri TV The Mentalist daripada aku. Kekaguman aku banyak pada dialog-dialog yang diucapkan oleh V, karakter utamanya.

V ada kata bahawa: People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people. Kata-kata ini mungkin boleh dikaitkan dengan revolusi yang berlaku kini bermula di Mesir beberapa bulan yang lalu sehingga ke Perhimpunan Bersih kelmarin. Tetapi bagi aku, selaku umat Islam, kata-kata yang paling sesuai yang aku boleh fikirkan adalah: Rakyat perlu patuh kepada kerajaan yang takut akan Allah.

Tetapi dalam kes negara kita, tak berlaku pun hal sedemikian. Ahli politik daripada kesemua pihak (kerajaan dan pembangkang) lebih mementingkan perut boroi mereka. Kata-kata yang berupa perjuangan untuk rakyat hanya propaganda atau retorik semata-mata, bak kata seorang profesor aku.

Dalam hal ini, ahli politik yang bijak menggunakan kata-kata mampu menawan atau mengumpul banyak sokongan. Dia tak perlu mempunyai sijil daripada Universiti Harvard mahupun Universiti Oxford, sebaliknya hanya kata-kata. Rakyat yang tak mampu berfikir, di mana hanya disuapkan segala yang terkandung dalam TV serta surat khabar (tak kira akhbar kerajaan mahupun pembangkang) akan mudah menjadi taksub dan mempercayainya bulat-bulat.

Dari sini, segala bukti kajian yang menunjukkan ‘sesuatu yang tak kena’ yang ada pada ahli politik atau organisasi politik ditolak mentah-mentah oleh penyokong taksub. Aku pula bukan di mana-mana pihak, jauh sekali di atas pagar. Tetapi apa yang jelas, aku dah tak mempercayai langsung suara daripada pemimpin biru muda, si AI, yang nyata mempunyai kaitan dengan organisasi Illuminati atau Freemason.

Apa yang aku harapkan adalah UMNO dan PAS selaku penaung bangsa dan agama Islam dapat melakukan sesuatu untuk memperbaiki hubungan di antara bangsa dengan sesama bangsa, hubungan di antara bangsa berlainan, serta hubungan di antara agama. Kita sebenarnya sedang berada pada zaman kebangkitan semula Islam menerusi Panji-Panji Hitam. Jadi adalah lebih baik hubungan persaudaraan kita diperkukuhkan lagi.

Cukup berkenaan politik, kini aku mahu membawa korang kepada cerita lain pula yang masih berkaitan dengan kata-kata. Tadi aku ada sebut tentang The Mentalist, lalu ada baiknya aku sambung sedikit berkenaannya. Sewaktu borak-borak dengan kawan aku tadi pun, banyak perkara tentang kata-kata dibincangkan.

Namun secara kesimpulannya, apa yang kitorang bincangkan banyak berkaitan kuasa sesuatu kata-kata. Dalam siri tersebut, Patrick Jane yang mahir dalam selok-belok psikologi mampu mempengaruhi seseorang dengan kemahiran kata-katanya, tolak tepi kemahiran ilmu pukaunya. Apa yang menariknya, orang yang mempunyai daya intelektual tinggi mampu ditundukkan dengan kata-kata.

Bagaimanapun, ini memerlukan orang seperti Patrick menggunakan kepintarannya dalam mengawal kata-kata serta sedikit pengalaman yang ada. Apa yang jelas, jika kita banyak membaca, ia akan sangat membantu kita untuk berdebat dengan orang yang merasakan dirinya sangat pandai dan jenis tak mahu mengalah. Di sini, konsep sarcasm boleh digunakan dengan bergaya, penuh mutu dan unggul untuk mengenakan kembali orang yang angkuh itu tadi.

Macam kawan aku cerita tadi, seorang kenalannya sangat pandai ‘kencing’ orang dengan kata-katanya yang bersungguh. Dengan ekspresi serta gerak tubuh yang meyakinkan, kawan aku sendiri tertipu dengan cerita rekaan kenalannya itu sewaktu kali pertama berjumpa. Cuba korang bayangkan, dengan ‘sijil’ kenalan kawan aku itu yang ‘ditandatangani’ oleh Pak Lah, dia boleh memohon untuk ke mana-mana universiti (nampak jelas menipu).

Kadang-kadang kita tahu bahawa sesuatu cerita itu adalah tipu belaka tetapi kita cenderung pula untuk mempercayainya. Sebab apa, sebab kuasa yang ada pada kata-kata itu sendiri dah cukup untuk memanipulasi minda kita. Kerana itu, kita kena memaksa atau mengasak minda kita untuk berfikir supaya tak dimanipulasi dengan mudah.

Secara kesimpulannya, seperti kata-kata aku dalam gambar di atas, kata-kata boleh berupa sesuatu yang manis tetapi dalam masa sama, berbisa. Pada satu tahap, ia sangat indah dan pada saat lainnya, ia boleh menyakitkan hati. Pendek kata, jika kita bijak menggunakan kata-kata, kita boleh mengawal sesiapa sahaja walaupun individu itu mempunyai daya intelektual yang tinggi.

SEKIAN
11:30 PM
3 KATA HATI
[ 3 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

aku akan sokokng parti yang pandai menggunakan sarcasm tapi pada masa yang sama bercakap benar dan buat apa yang patut.

7/12/2011 11:15 AM

 

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

ah, syial, ada typo pulak..

7/12/2011 11:16 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

typo perkara biasa.. haha

7/12/2011 4:59 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik