<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, May 3, 2011

Untitled IX

Alright, kepada korang yang masih sudi singgah ke blog ini, terima kasih aku ucapkan dan oh ya, kata ganti nama ‘aku’ akan berselang-seli dengan ‘saya’ mengikut mood aku. Jauh rasanya aku dah tertinggal dan banyak perkara nak diceritakan. Aku tertarik dengan pos terbaru Sherah yang berkaitan dengan 10 perkara, dan kalau ada masa aku teringin membuatnya.

Untuk bulan Mei ini, aku memilih The Strokes sebagai gambar utama header. Namun begitu, aku membuat keputusan untuk melakukan sedikit superimpose terhadap wajah kesemua anggota The Strokes dengan menggantikannya dengan gambar muka aku. Justeru itu, aku telah menggunakan lima keping gambar yang berbeza untuk disesuaikan dengan wajah setiap anggota The Strokes.

Khaleeqa menerusi komennya di Facebook menggemari ‘rupa’ aku yang disesuaikan dengan rambut Fabrizio Moretti (gambar yang paling kanan sekali). Bagi aku pula, aku menyukai rupa aku yang disesuaikan dengan rambut Nick Valensi (dua dari kiri) dan tentu sekali Julian Casablancas (tengah sekali). Well, header ini sebenarnya adalah bersempena dengan tribute aku terhadap album terbaru The Strokes yang mula menjengah pasaran pada bulan Mac yang lalu yang akan aku review kelak secara ringkas.

____________________


Album keempat The Strokes bertajuk Angles mula dikeluarkan di pasaran secara rasmi pada 18 Mac 2011 yang lalu. Album ini sangat dinanti-nantikan oleh peminat setia mereka termasuk aku kerana ia dikeluarkan setelah lima tahun menyepi tanpa album baru. Bagaimanapun, aku hanya boleh memberikan album ini tiga bintang daripada skala lima bintang.

Single pertama daripada album ini bertajuk Under Cover Of Darkness di mana boleh aku sifatkannya sebagai satu lagu yang sangat bagus. Ia seolah-olah cuba mengulangi kegemilangan album Is This It mereka yang setakat ini masih lagi merupakan album terbaik mereka. Untuk lagu ini, aku sangat menyukai permainan gitar Nick Valensi dan juga Albert Hammond, Jr. yang sungguh awesome.

Selain single tersebut, lagu lain yang aku suka adalah Machu Picchu yang kedengaran seperti bunyi permainan video klasik, Taken For A Fool, dan Gratisfaction. Lagu-lagu lain bagi aku ‘biasa-biasa’ sahaja. Ini tak menghairankan kerana menurut Nick Valensi, proses rakaman album Angles dilakukan dalam keadaan yang agak bercelaru dengan beberapa masalah yang timbul daripada beberapa orang anggota band.

____________________


Okay, sekarang aku dah habis semester terakhir untuk sesi pengajian 2010/2011 ini. Aku sepatutnya dan seharusnya dah habis tempoh pengajian kalau mengikut perancangan asal. Tetapi disebabkan oleh tesis yang belum siap, maka aku terpaksa menambah satu lagi semester pada sesi 2011/2012 nanti.

Jadi selama empat bulan ini, aku akan cuba menyiapkan sedikit demi sedikit tesis aku supaya ketika naik semester baru kelak (bulan September), kerja aku dah tak banyak. Dalam masa yang sama, aku sedang mencari kerja part time untuk membayar baki yuran pengajian semester yang baru lepas ini. Tetapi juga, banyak benda lain yang aku nak buat, contohnya macam pergi vacation.

Tambahan pula, adik aku dengan baik hatinya telah meminjamkan aku Nikon D60 dan Canon apa entah (aku tak ingat apa modelnya). Jadi, aku sedang cuba bereksperimen dengan kamera-kamera tersebut. Oleh itu, banyak perkara yang perlu aku baca dan pelajari dulu kerana dah agak lama aku tinggalkan bidang fotografi ini (banyak perkara aku dah ketinggalan).

SEKIAN
3:49 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik