<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, May 4, 2011

Jangan Ketawa

Hello, cuba teka siapa kembali? Erm sorry, tiba-tiba tertulis lirik lagu Maafkan Kami oleh Altimet. Ini semua gara-gara pengaruh kawan aku, si E.G. Nakamura, yang entah apa gila asyik mengajuk lirik tersebut dengan wajah yang penuh keimanan iras-iras Daniel Alves (Nani pun boleh juga).

Malam kelmarin, sewaktu kitorang duduk ‘minum-minum’ di restoran mamak paling legendary dekat Taman Sri Pulai ini (Johor Bahru, Johor, Malaysia), terkeluarlah cerita berkenaan rancangan hiburan Jepun. Salah satunya adalah variety show yang sungguhlah kelakar di mana ianya sangatlah famous di YouTube suatu ketika dulu (sampai sekarang) iaitu Downtown no Gaki no Tsukai ya Arahende!! atau ringkasnya Gaki no Tsukai (dalam bahasa Inggerisnya Downtown's 'This is no task for kids!!'). Salah satu babak adalah seperti gambar di atas.

Bagi yang pernah menonton variety show ini, mesti korang tak boleh lupa tentang bagaimana Jimmy Onishi (lelaki dalam gambar di atas) cuba mempelajari bahasa Inggeris. Bagi korang yang belum pernah menonton, variety show ini sedikit sebanyak seperti sebuah game show dengan satu rule yang mudah iaitu jangan ketawa. Ya, rulenya simple dan ‘pelajar’ yang didapati ketawa sepanjang program ini akan dirotan.

Sebenarnya para ‘pelajar’ tersebut terdiri daripada pelawak-pelawak Jepun sendiri (kerana ini adalah program diorang) dan segmen yang terpapar seperti gambar di atas dipanggil batsu games atau punishment games. Sepanjang perjalanan game tersebut, terdapat banyak babak yang memang kelakar. Aku menontonnya sampai ketawa terbahak-bahak kerana hal bento (bekalan makanan) pun boleh menjadi satu bahan yang lucu.

Batsu games ini pula sebenarnya mempunyai banyak tema. Dalam gambar di atas, temanya adalah high school yang dikenali sebagai No-Laughing High School di mana ianya diterbitkan pada tahun 2005. Setiap tema pula mempunyai hukuman yang berlainan jenis, umpamanya dalam episod No-Laughing Hot Spring Inn (diterbitkan pada tahun 2003) para peserta yang ketawa dihukum dengan dilontarkan dart ke punggung.

Aku telah diperkenalkan dengan variety show ini sewaktu aku sedang menuntut ilmu di Bangi (diploma dalam Ekonomi). Biasalah ragam student, kalau stress video-video macam inilah yang selalu ditonton dan dicari. Aku dulu pun rajin mengumpul video-video variety show Jepun ini daripada kawan aku yang belajar di Uniten.

Budak-budak Uniten tak usah cerita, ramai yang kaki download. Itu sebablah waktu itu aku banyak ambil stok drama, filem dan variety show Jepun daripada kawan aku di Uniten tersebut. Biasalah intranet diorang memang superb.

Satu lagi variety show Jepun yang tak kurang hebatnya menampilkan Razor Ramon Hard Gay. Sebenarnya itu adalah stage name bagi seorang pelawak yang merupakan bekas wrestler Jepun. Hard Gay atau HG ini (singkatan nama) hanyalah sebahagian segmen daripada satu variety show yang aku tak ingat apa tajuknya, di mana setiap aksi HG tersebut adalah lucu dan kelihatan gay.

Namun begitu, budaya masyarakat Jepun boleh menerima aksi-aksi sebegitu dan disebabkan itu variety shows tersebut sangat berjaya di sana. Apa yang Malaysia boleh contohi pun umpamanya adalah game show Bolos yang menampilkan Zizan sebagai hosnya. Dan jika diperhatikan, Jepun ini mempunyai banyak variety show yang kreatif dan kelakar kan?

Well, seperti yang aku katakan sebelumnya, variety show tersebut sesuai untuk korang menghilangkan stress. Kalau nak mengharapkan TV di Malaysia, tak banyak yang boleh menghilangkan stress dan membuatkan orang ketawa. Jadi, sebagai permulaan, aku syorkan korang cuba-cubalah menontonnya di YouTube selagi ianya masih ada di situ.

SEKIAN
6:39 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik