<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, April 20, 2011

Aku Lihat, Aku Suka, Aku Tulis

Okay kalau anda ke sini, anda tak akan menjumpai sebarang tutorial tentang shawl whatsoever. Kerana apa, kerana saya adalah lelaki. Anda juga mungkin tak akan dapat melihat sangat stuffs yang berkaitan dengan fotografi (walaupun saya penggemar fotografi) kerana saya belum mempunyai kamera yang bagus untuk dijadikan eksperimen dan dikongsi di sini.

Namun saya rasa, itu tak menjadi masalah kerana blog-blog sebegitu dah banyak. Sebagai contoh, anda boleh cuba melawat blog kawan perempuan saya yang comel seperti Sherah, atau lain-lain yang saya senaraikan di sidebar sebelah. Blog mereka lebih menarik berbanding blog saya (itu apa yang saya percayalah).

Selain itu, dari stats yang ditunjukkan oleh Blogger, blog saya banyak didatangi oleh orang yang mahu mencari tempat-tempat menarik di Johor. Sekali lagi, saya minta maaf kerana info berkenaan tak terdapat di dalam blog ini. Apa yang ada di sini cumalah perkara-perkara yang saya minati.

Saya tahu bahawa saya boleh membuat tutorial berkenaan Adobe Photoshop, tetapi saya tak mahu membuat entry berkenaannya kerana banyak juga blog sedemikian dah muncul. Tetapi, melainkan jika ada kawan-kawan yang request (contohnya seperti pos superimpose sebelumnya), maka bolehlah saya pertimbangkannya. Itu pun kalau saya punya banyak masa dan tutorial tersebut tak leceh untuk dibuat, maka bolehlah saya buat satu entry berkenaannya.

Jika anda tak tahu, ingin saya beritahu bahawa saya bukanlah penggemar scene Korea. Sebaliknya, saya adalah pencinta scene Jepun yang termasuk di sini muziknya, drama, filem, manga, anime, fesyen, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya bukanlah otaku, di mana saya hanya boleh diibaratkan sebagai collector atau pengumpul stuffs yang berkenaan scene Jepun tersebut (disebabkan ini juga, housemates saya dulu memanggil saya dengan nama ‘Kun’, singkatan dari Anuar-kun).

Seperti yang anda tahu, lelaki tak memerlukan sangat ‘tutorial’ berkenaan fesyen. Kerana apa, kerana dengan berpakaian simple sahaja pun lelaki boleh kelihatan menarik. Maka dengan itu, tak ada tutorial berkenaan fesyen lelaki di sini juga, wahai lelaki-lelaki maskulin sekalian.

Jadi, apa yang anda boleh lihat di sini ialah pos-pos tentang apa yang saya suka umumnya seperti muzik, filem, isu-isu semasa (termasuklah hal-hal serius), bola sepak, monolog dalaman (umpamanya perihal kehidupan), sedikit sejarah, sedikit agama, dan lain-lan yang saya rasa bersesuaian dengan minat serta jiwa saya. Kalau boleh, saya mahu menjadikan blog ini seperti sesuatu yang berkonsepkan majalah. Maknanya di sini, di samping saya berkongsi informasi berkenaan dunia sekeliling saya, dalam masa yang sama saya juga mahu menjadi penulis seperti Saniboey Mohd Ismail ketika menjadi editor majalah Sentiasa Manja suatu masa dulu dan juga Nazim Masnawi sewaktu menulis dalam komik Aku Dan Sesuatu.

____________________


Berkenaan gambar di atas, ia adalah sebuah promotional video (PV) Chatmonchy, iaitu all-female band, yang bertajuk Shangri-La. Band ini saya kenali ketika single Shangri-La dilancarkan pada tahun 2006 lalu di mana ketika itu saya boleh dikatakan ‘kaki’ dalam memuat turun muzik dan PV Jepun. Saya tertarik dengan mereka bukan atas faktor kecomelan mereka sahaja, tetapi juga disebabkan oleh muzik yang dibawakan mereka.

Ini sebenarnya adalah antara seribu lebih koleksi PV yang saya simpan di dalam external hard disk (selainnya ada di dalam desktop hard drive dan DVD-R). Sebenarnya dah lama juga saya tak menjenguk video-video tersebut. Oleh kerana saya rindu dengan diri saya yang lima tahun lepas itu, maka saya menjenguk semula benda-benda yang pernah saya kumpul dulu.

Apa yang menariknya tentang band ini akan saya ceritakan kemudian hari. Tetapi apa yang pasti, saya mencadangkan band ini kepada anda jika anda baru mahu mengenali scene muzik Jepun. Muzik mereka yang pop itu sangat catchy dan enak didengar, sesuai untuk anak-anak muda di kalangan umur macam saya iaitu 20-an.

SEKIAN
12:28 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger sherah berpendapat bahawa:

blog nua smart and simple dulu and now still.your layout has always been my favret tapi kecik la ruang posting dia :P

4/20/2011 1:01 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

yeke sherah? hehe thanks. actually, layout ni dah digunakan sejak tahun 2009 rasanya (layout first dan last yang nua design sendiri setakat ni). cuma warna background je ditukar setiap tahun. yup, ruang posting dia memang sengaja dikecikkan. hehe

4/20/2011 1:07 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik