Dalam beberapa hari ini, mood saya kurang baik. Peperiksaan akhir semester seperti biasa sangat memberikan tekanan, tetapi itu perkara biasa sebagai seorang pelajar. Entah kenapa, things yang ada kaitan dengan saya menjadi ‘suwe’, contohnya kekalahan Chelsea kepada Manure United, dan ‘kecederaan’ yang dialami oleh Kancil kesayangan saya. Itu menjadi faktor saya malas untuk blogging, namun saya masih lagi giat menjenguk blog orang lain. Buat masa ini, saya gemar membaca blog TakUsahRisau kerana terlalu banyak perkara yang ingin saya tahu ada di situ. Paling kurang, tekanan saya berkurangan sedikit. Oh lupa lupa, saya nak bercerita mengenai gambar yang saya letakkan di atas. Anda pernah dengar nama Naif? Band ini berasal dari Indonesia dan mula saya kenali ketika mula-mula saya dengar lagu mereka yang bertajuk Jauh daripada album The Best mereka beberapa tahun yang lalu. Adapun sebenarnya saya telah mendengar versi Cherry Bombshell terlebih dahulu daripada album tribute kugiran-kugiran indie yang bertajuk Mesin Waktu: Teman-Teman Menyanyikan Lagu Naif (turut menampilkan Couple sebagai satu-satunya band dari Malaysia). Lagu Jauh ini cukup melekat dengan saya kerana liriknya sangat ‘kena’ dengan saya. Apa yang ‘kena’ itu kalau anda mahu tahu, maka anda perlu mendengar sendiri lagunya. Bagi video di atas, tajuknya adalah sama seperti tajuk pos ini: Karena Kamu Cuma Satu. Lagu ini sebenarnya adalah kontra kepada lagu Jauh mereka. Saya jelas sungguh bahawa video di atas adalah khayalan semata-mata, tetapi entah ‘jampi’ apa yang mereka gunakan, saya seakan-akan dapat merasai situasi yang ingin diceritakan oleh lagu tersebut, dan seperti ‘tertarik’ ke dalamnya. Oh, mungkin juga saya tertarik dengan model di dalam video tersebut yang comel dan cantik. Pandai, kugiran-kugiran Indonesia memang bijak menarik orang ramai untuk menonton video mereka dengan menampilkan gadis-gadis cantik yang entah dari mana datangnya. Ini seterusnya menyebabkan band mereka mulai diminati, lebih-lebih lagi jika kualiti muzik mereka memang sangat bagus. Okay sebenarnya saya teringin mempunyai band sebegitu (kalaulah ada bakat kan?). Lagu tersebut sangat romantik dan sweet, di mana ianya sesuai jika anda mahu menyanyikannya dalam bentuk akustik untuk mana-mana persembahan (juga secara peribadi kepada girlfriend atau wife anda). Sementara itu, video tersebut juga sangat menarik kerana kelihatan retro (atau vintaj) dan mempunyai ‘feel’ tersendiri, di mana saya amat menyukai setiap ekspresi yang ditunjukkan oleh gadis tersebut. Disebabkan lagu ini, saya telah menonton videonya berulang-ulang kali setiap hari. Saya bukan gila atau apa, saya cuma menyukai mood relax yang ada dalam video tersebut. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada dalam tekanan kebelakangan ini dan lagu ini sedikit sebanyak membuatkan saya tersenyum kembali. ____________________
Dari semua pria, aku yang juara Dari semua wanita, kau yang paling sejiwa |
4/17/2011 3:38 AM