<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, April 8, 2011

BECK: Mongolian Chop Squad

Masih tak habis-habis lagi dengan kisah Usop Wilcha? Sudah-sudahlah tu, ceritalah hal lain pulak. Itulah, banyak sangat tengok DVD, tu yang banyak sangat orang blog pasal Usop Wilcha atau Anugerah Bintang Popular ni.

Okay, baru-baru ini (dah lama juga sebenarnya), saya ada menonton filem Jepun bertajuk BECK: Mongolian Chop Squad. Sedih betul apabila filem-filem Jepun jarang ditayangkan di pawagam Malaysia. Filem Gantz ini pun kira lewat beberapa bulan tayangannya di Malaysia (minggu ini baru tayangan pertama).

Bagi korang yang menggilai manga, BECK pasti pernah didengari kan? Ini adalah manga yang berkisarkan tentang seorang anak muda yang baru berjinak-jinak dengan dunia muzik di mana dia, si Koyuki, sebenarnya mempunyai bakat terpendam atau boleh dikatakan genius. Dia mampu mempelajari chords gitar yang sukar dalam masa yang pendek.

Bukan itu sahaja, menurut manga BECK ini lagi, Koyuki juga mempunyai suara yang mampu ‘memukau’ sang pendengarnya. Kiranya, di luar Koyuki kelihatan biasa, atau orang sering memandang rendah pada dia ini. Tetapi apabila dia mula memetik gitarnya dan mengeluarkan suaranya, audiens rata-ratanya terpegun.

BECK ini telah dianimasikan dan berakhir pada tahun 2005 yang lalu. Bagi filem berbentuk live-action pula, ianya hanya baru ditayangkan tahun lalu. Dalam versi filem ini, watak Koyuki dipegang oleh Takeru Sato (bagi saya, dia tak sesuai sebagai Koyuki), manakala Ryusuke dipegang oleh abang Kamen Rider Kabuto kita iaitu Hiro Mizushima, Chiba oleh Kenta Kiritani, Taira oleh Osamu Mukai, dan akhir sekali Saku oleh Aoi Nakamura.

Seperti yang saya katakan tadi, rata-rata band members bagi BECK dilakonkan oleh aktor yang sesuai melainkan Koyuki. Selain itu, sebagai antara watak penting, watak Ryusuke dalam filem ini yang dipegang oleh Hiro Mizushima sebenarnya kurang menyerlah. Sebaliknya di sini, watak Chiba dan Taira yang lebih terserlah dan banyak menghidupkan filem ini.

Tetapi bagi saya, dari awal saya menonton filem ini, saya tak mengharapkan filem ini mencapai satu tahap yang tinggi (memadai jika ianya menghiburkan dan tak terlalu lari daripada jalan cerita asal komik). Selalunya filem yang diangkat daripada komik tak mencapai tahap yang boleh dibawa bertanding dalam mana-mana festival filem besar. Ini sebenarnya memerlukan satu magic sama ada daripada pengarah itu sendiri, para pelakon mahupun jalan ceritanya jika sesebuah filem adaptasi daripada komik mahu mencapai tahap Oscar sebagai contoh.

Sebenarnya mungkin suatu kebetulan, atau taste saya lebih kurang sama dengan pelukis BECK ini. Apa yang saya bayangkan pada Koyuki seperti sama dengan apa yang dibayangkan oleh Harold Sakuishi, si pelukisnya. Saya membayangkan bahawa Koyuki lebih berat ke arah muzik seperti Oasis atau band British lain yang sealiran dengannya.

Di dalam versi anime, ia tak berapa jelas sangat kelihatan. Tetapi apabila dipindahkan ke dalam filem, saya semakin yakin bahawa Harold Sakuishi mahukan Koyuki berat ke arah muzik seperti Oasis. Ini kerana lagu cover yang dijadikan lagu utama Koyuki dalam filem memang kedengaran seperti muzik Oasis.

Dalam filemnya, lagu yang diberi nama Moonbeams itu sebenarnya adalah bertajuk Boy, karya band Spank Page. Saya cuba mencari informasi berkenaan band ini, tetapi tak banyak yang diketahui melainkan website rasmi Spank Page. Namun begitu, saya akhirnya berjaya juga download kesemua album Spank Page ini (walaupun terlalu sukar diperolehi) dan ternyata pengaruh muzik mereka turut datang daripada Oasis umpamanya melalui satu lagu cover iaitu Don’t Look Back In Anger.

Di atas permintaan Harold Sakuishi, suara Koyuki dalam filem BECK ditiadakan atau menjadi mute, dan sebaliknya ketika dia menyanyi, hanya kedengaran muzik latar. Saya tak berapa mengerti mengapa penulisnya mahukan ianya begitu, tetapi saya rasa mungkin beliau inginkan penonton membayangkan sendiri bagaimana suara Koyuki itu. Saya pula tak mengambil masa yang lama apabila saya secara terus membayangkan suara Koyuki seperti suara Liam Gallagher.

Selain faktor persamaan muzik yang dibawakan oleh Koyuki, penulis komik ini secara jelas membayangkan bagaimana gaya Koyuki menyanyi di atas pentas (di dalam manga dan anime). Ya, gaya Koyuki adalah sama dengan Liam Gallagher yang menyanyi dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang badan. Oleh itu, pemilihan lagu Boy oleh Spank Page amat bersesuaian dan bertepatan kerana vokalis band ini memang mempunyai suara yang sedap (walaupun tak persis suara Liam Gallagher).

Jadi secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan filem BECK ini walaupun terdapat beberapa kekurangan yang sedikit mengganggu keterujaan saya. Untuk itu, saya hanya boleh memberikan filem ini tiga bintang daripada skala lima bintang. Ingat, untuk menonton filem ini, korang hanya perlu relax dan enjoy sahaja apa yang dipaparkan tanpa perlu mengharapkan sesuatu yang luar biasa.

____________________


Sila klik gambar di sebelah untuk memuat turun lagu Boy oleh Spank Page. Harap maklum bahawa link di sebelah bukan kepunyaan saya, dan gambar di sebelah pula adalah milik Celiney-chan. Sekian, terima kasih.

SEKIAN
5:39 PM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger AnnMoee berpendapat bahawa:

Wah~~ *Odoroki* BECK! d mana mahu menonton movie diorg ni????

4/13/2011 10:01 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

saya download je anno. hehe

4/14/2011 2:04 AM

 

Blogger AnnMoee berpendapat bahawa:

Yakah? u download dkt mane? onegai~~ X3

btw,thanks for the link boy by spank page. ( ^ v ^ )v

4/14/2011 8:21 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

kat sini:
http://www.animetake.com/forums/tv-movies/15695-mf-mu-beck-live-action-eng-sub-minihq.html

kalau subs, u bleh cari kat sini:
http://viki.com

4/16/2011 3:34 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik