<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, May 29, 2011

Logik Yang Logik

Dekat Astro, HBO rancak menayangkan filem Sherlock Holmes. Waktu aku tonton filem ini dekat panggung wayang dulu, aku lambat masuk dalam 10 atau 15 minit. Tetapi, nasib baik setelah ditolak dengan trailer untuk movie lain, aku taklah terlambat sangat.

Namun begitu, disebabkan tidak berpuas hati, aku download juga filem ini so that aku boleh tonton daripada awal cerita. Istimewanya filem ini di bawah garapan Guy Ritchie adalah bagaimana dekatnya gambaran watak Sherlock Holmes dengan apa yang diceritakan oleh Sir Arthur Conan Doyle menerusi novelnya dahulu. Sebelum ini pun, dah banyak karakter Holmes diangkat ke filem atau drama, tetapi aku tidak berapa suka kerana mungkin gambaran wataknya tidak begitu sempurna (dari segi pemikiran logik).

Holmes di bawah Robert Downey, Jr. dan Dr. John Watson yang dipegang oleh Jude Law boleh dikatakan yang paling sempurna setakat ini (pendapat aku sahaja). Ini kerana gambaran daripada novel hampir disempurnakan melalui apa yang dipaparkan di dalam filem tersebut. Oleh itu, adalah tidak menghairankan apabila filem ini mendapat pujian dan kritikan yang positif daripada pengkritik-pengkritik filem profesional.

Apa yang aku suka tentang filem ini selain daripada kekuatan karakter yang dipegang oleh Downey, Jr. dan Law adalah visualnya. Di sini, kita diperlihatkan bagaimana logik yang sering dipegang oleh Holmes ditunjukkan menerusi visual yang mudah difahami dan ‘logik’. Sebagai contoh, babak di mana Holmes bertarung di gelanggang yang akhirnya dimenanginya dipaparkan oleh visual yang menerangkan bagaimana dia berfikir untuk mengalahkan lawannya.

Apa yang aku nak tekankan di sini sebenarnya bukanlah mengenai filem ini. Aku sebenarnya sangat tertarik dengan konsep pemikiran Holmes atau dalam kata lainnya, bagaimana dia berfikir secara logik. Kita sering ‘disekolahkan’ sama ada oleh ibu bapa, guru ataupun sesiapa sahaja tentang konsep ‘berfikir luar daripada kotak’, tetapi biasanya ianya sukar untuk kita bayangkan.

Jadi, apabila visual tentang bagaimana Holmes berfikir secara logik sebelum dia bertindak berjaya dipaparkan di dalam filem ini, ia menyebabkan aku kagum. Gambaran menerusi visual sebegitu, aku rasa, memudahkan kanak-kanak untuk memahami konsep logik. Ini barulah boleh dikatakan ‘berfikir beberapa langkah ke hadapan’, iaitu kita berfikir tentang kesan yang akan kita tanggung untuk setiap tindakan yang difikirkan sesuai untuk dibuat.

Konsepnya mudah kalau kita boleh ‘lihat’ masa hadapan. Maksudnya di sini, tindakan yang akan kita buat sekarang seolah-olah hasil daripada apa yang dah kita ketahui akan berlaku apabila pemikiran logik digunakan. Contohnya, aku yang masih belajar ini jika berfikir secara logik akan menyimpan duit dan memasak sendiri (tidak membeli makanan luar) kerana aku boleh agak bahawa esoknya duit itu boleh digunakan untuk membayar duit sewa court badminton serta hal-hal seterusnya seperti lepak minum.

Katakanlah kalau aku menggunakan duit itu untuk membeli McValue Meal semata-mata ingin mendapatkan gelas Coca-Cola, dah pasti esoknya aku tak boleh join bermain badminton kerana tiada duit lebihan. Tetapi, ini akan terjadi sekiranya aku menggunakan logik berdasarkan kepada satu option. Jika aku menggunakan logik berdasarkan banyak option pula, hasilnya mungkin lain pula jadinya.

Oleh itu, konsep logik Holmes ini sangat best digunakan lebih-lebih lagi kalau kita mempunyai imaginasi yang tinggi. Yalah, lagipun orang sering mengatakan berfikir itu biarlah mengikut logik tetapi secara dasarnya ‘logik’ yang ditekankan itu tidak luas gambarannya. Dengan demikian, aku rasa bahawa berimaginasi dengan campuran logik boleh menghasilkan sesuatu yang ‘luar daripada kotak’.

SEKIAN
9:40 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik