<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, May 22, 2011

Kahwin II

Buat masa ini, aku benci untuk menghadiri majlis perkahwinan orang lain (kawan-kawan, saudara-mara dan sebagainya). Namun, ini bukannya bermakna aku tidak suka akan perkahwinan (orang gila sahaja yang tak nak kahwin). Aku katakan begitu kerana ada sebab.

Di antara lelaki dan perempuan, yang paling galak dan suka bercerita tentang hal-hal perkahwinan semestinya perempuan. Lelaki seperti yang diketahui adalah satu makhluk yang simple dalam kebanyakan hal. Disebabkan itu, lelaki jarang benar bercerita bab perkahwinan jika ianya tiada kena-mengena dengan mereka.

Kalau boleh pun, kebanyakan lelaki (daripada survey kawan-kawan dan saudara-mara) mahukan satu majlis perkahwinan yang ringkas. Kalau kau bukan anak Tan Sri Polan bin Polan, seboleh-bolehnya majlis perkahwinan itu tidak mahu terlalu grand. Bukannya apa, kalau banyak duit dihabiskan dekat situ sahaja, nanti lepas usai majlis ada yang akan ‘makan pasir’ kan dah susah?

Maksud aku, kahwin ini bukan untuk waktu itu sahaja kan? Hari-hari selepas itu, kau akan hidup dengan pasangan kau juga. Jadi macam mana kau nak tanggung isteri kau dalam keadaan yang selesa kalau semua duit dah dihabiskan dekat majlis perkahwinan sahaja (kononnya nak nampak gah)?

Well, ini adalah perspektif aku dan kau orang boleh berfikir mengikut pendapat masing-masing. Dan aku faham bahawa naluri perempuan kebanyakannya mahukan sesuatu yang gah. Itu tidak salah, lelaki pun begitu juga tetapi biarlah berpada-pada.

Jadi, berbalik kepada perihal kenapa aku benci akan majlis perkahwinan, ini biasanya termasuk soalan-soalan cepu emas. Soalan-soalan biasa seperti, “Bila turn kau pulak?” adalah satu soalan yang ‘laser’ pada aku. Aku tahu bahawa itu hanya soalan biasa atau remeh yang sering ditanyakan kepada orang bujang.

Tetapi, apa yang aku tidak suka adalah persepsi jiran-jiran setempat yang lain. Mereka lebih concern terhadap kehidupan orang lain berbanding kehidupan sendiri. Buat masa sekarang, aku tiada masalah dengan kehidupan yang single ini maka tidak relevan bagi aku untuk mereka berasa ‘risau’ atau ‘kasihan’.

Satu hal lagi yang membuatkan aku tidak berapa gemar dengan subjek ini adalah disebabkan status aku yang masih single. Jika aku dah mempunyai calon dan berkemampuan, maka ya, aku dengan tersenyum lebar ‘suka’ untuk berborak tentang topik ini. Tetapi itu cerita lain, lambat lagi pun.

Therefore, biarlah hal ini datang kepada aku walaupun perlahan atau lambat. Tambahan pula, aku bukannya dalam keadaan yang tergesa-gesa atau desperate. Dalam umur yang masih muda dan mentah ini, banyak lagi hal lain yang aku sedang runsingkan dan risaukan.

Dengan demikian wahai kawan-kawan, ketahuilah bahawa hidup itu singkat dan mati itu pasti. Jadi, mari buat perkara yang kita mampu buat dulu dan risaukan tentang diri sendiri dulu sebelum risau tentang orang lain. Jodoh dan rezeki semua di tangan Tuhan dan aku serta kau orang hanya perlu bersabar serta mencarinya sahaja, tak begitu?

SEKIAN
1:01 PM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger AnnMoee berpendapat bahawa:

Mane chatbox u mitsuo?? x dpt nk cari.huhu

Suker header u yg baru ni, especially guy yang ke-2 dari kiri tu. (hahaha).

5/23/2011 5:12 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

chatbox I buang la you. hehe

5/23/2011 10:32 PM

 

Blogger s a r e e z a berpendapat bahawa:

:) Nanti kahwin, u jangan lupa jemput :)

5/26/2011 4:28 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

insya-allah.. :)

5/26/2011 10:28 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik