<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, May 20, 2011

Indie Revival

Semalam aku banyak update atau senang cerita, download muzik daripada scene indie yang dah lama aku ketepikan (buat sementara waktu). Bukannya apa, aku sejak akhir-akhir ini dah semakin kurang download album, single atau extended play (EP) untuk ‘memberi ruang’ kepada proses memuat turun video. Jadi oleh kerana aku mahu menambah koleksi muzik aku, maka aku pun cuba untuk mencari update sama ada ianya material baru atau lama.

Menerusi beberapa buah blog, aku telah berjaya menambah koleksi muzik aku daripada band yang dah aku kenali serta minati, dan juga yang baru aku ketahui. Untuk semalam, aku lebih banyak download muzik yang menampilkan wanita sebagai vokalis utama. Alright, mari aku perkenalkan satu persatu band yang telah dan baru menjadi kegilaan aku.

____________________


Eisley merupakan band yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat. Mereka terdiri daripada lima orang DuPree bersaudara di mana empat orang adalah adik-beradik dan seorang merupakan sepupu. Band ini telah aku ikuti semenjak tahun 2003 menerusi laman sosial MySpace.

Mostly, lagu-lagu Eisley adalah pop/rock yang berentak mellow. Namun begitu, pembawaan muzik mereka sangat bagus. Lagu pertama mereka yang aku dengar dulu adalah Telescope Eyes, sebelum kebanyakan lagu dalam album Room Noises menjadi favourite aku.

Bulan Mac lalu, band ini telah mengeluarkan album ketiga mereka yang bertajuk The Valley setelah tiga tahun setengah album kedua mereka diterbitkan. Bagi aku, Eisley ini sangat menarik dan bertuah kerana mempunyai vokalis-vokalis yang bersuara unik. Kenapa plural, kerana ketiga-tiga gadis DuPree mempunyai suara yang sedap, tetapi Sherri, kakak kedua bertindak sebagai penyanyi utama.

Setelah aku mendengar album mereka yang ini, perasaan aku adalah 'wow'. Muzik mereka semakin matang dan lebih baik daripada dua album terdahulu lebih-lebih lagi album Combinations yang bagi aku agak poor atau ‘biasa-biasa’ sahaja. Untuk album ini, aku memberikan empat bintang daripada skala lima bintang (4/5 bintang) di mana lagu-lagu favourite aku termasuklah The Valley, Watch It Die, Oxygen Mask, dan I Wish.

____________________


Sewaktu aku dalam proses mengejar semula apa yang dah banyak tertinggal, aku terjumpa sebuah girl band yang dinamakan The Like ini. Aku cuba usha video mereka dekat YouTube dan ternyata, aku dah jatuh cinta dengan band ini. Lantas, aku tidak menunggu masa yang lama untuk download kedua-dua album mereka.

The Like ditubuhkan pada tahun 2001 dan asalnya terdiri daripada Elizabeth Berg atau Z (gitar dan vokalis utama), Charlotte Froom (bass) dan Tennessee Thomas (drum). Kemudian setelah beberapa tahun bersama, Charlotte menarik diri sebelum disertai Reni Lane dan Laena Geronimo. Reni Lane bagaimanapun tidak bertahan lama dan menarik diri seperti Charlotte dan kini digantikan dengan Annie Monroe.

Album debut mereka yang bertajuk Are You Thinking What I'm Thinking? (diterbitkan pada tahun 2005) telah mendapat pujian pengkritik muzik profesional. Kebanyakan lagu dalam album ini berentak rock dan sangat nice bagi sebuah girl band. Aku sebenarnya sangat menyukai permainan drum Tennessee dalam album ini, di samping vokal Z yang sangat memukau, sedikit serak-serak basah serta seksi.

Untuk album terbaru mereka yang bertajuk Release Me (diterbitkan tahun 2010 yang lalu), konsep album ini adalah muzik 60-an yang lari daripada konsep album terdahulu mereka. Ya, kalau korang meminati The Beatles, The Shangri-Las, The Kinks dan sebagainya, maka album ini wajib didengari. Aku secara peribadi memberikan album ini 4/5 bintang dan mencadangkan korang untuk mendengar Wishing He Was Dead, He's Not A Boy dan Release Me sebagai permulaan.

____________________


Alright now, kita ada Meg & Dia yang merupakan band yang ditubuhkan oleh dua orang adik-beradik (Meg Frampton dan Dia Frampton) sebelum disertai oleh tiga orang lagi anggota. Kalau mendengar bunyi band ini di awal kemunculan mereka (album kedua dan ketiga terutamanya), ia kedengaran sedikit seperti Paramore. Namun begitu, kualiti muzik mereka tidak boleh dipertikaikan walaupun masih kedengaran tipikal muzik rock Amerika.

Dalam pada itu, Dia sekarang ini sedang menyertai sebuah reality talent show untuk mengasah lagi bakat beliau. Dia bukan sahaja mempunyai suara yang bagus, malahan turut mahir bermain gitar. Oleh itu, band ini banyak menekankan permainan akustik di awal kemunculan mereka (sehingga sekarang) kerana pada waktu itu, hanya Meg dan Dia sahaja yang menjadi anggota band (disebabkan itu nama band ini adalah Meg & Dia).

Bunyi tipikal rock Amerika yang heavy dalam album kedua dan ketiga kelihatan begitu jelas sekali. Ini mungkin juga disebabkan mereka berada di bawah mainstream label iaitu Warner Bros. yang bermakna bahawa mereka ‘terikat’ dengan tekanan ‘orang atasan’. Lantas itu, jodoh mereka tidak lama apabila mereka mengambil keputusan untuk kembali kepada root indie mereka yang ternyata satu keputusan tepat.

Untuk album terbaru mereka bertajuk Cocoon ini, aku sangat berpuas hati dengan kualitinya dan tidak segan silu untuk memberikannya 4/5 bintang. Album ini dimulakan dengan lagu Love Is yang dinyanyikan dalam bentuk akustik yang gentle, sebelum diikuti oleh lagu-lagu lain. Lagu-lagu berikutnya mempunyai bunyi yang rancak dan catchy dengan susunan muzik yang lebih well-structured.

____________________


Alright, disebabkan review ini kelihatan terlalu panjang, maka aku stop sampai tiga buah band dulu. Lagipun, aku masih belum puas enjoy lagi muzik yang dibawakan oleh ketiga-tiga band tersebut. Banyak lagi band yang aku nak introduce dekat korang seperti Allison Weiss, Paper Aeroplanes, The Submarines, The Capsules, Elle Milano dan Sky Larkin.

Untuk pos akan datang, aku akan cuba membuat review berkenaan band yang disebutkan di atas. Aku jamin, kebanyakan band yang aku sebut di atas mungkin korang tidak pernah dengar langsung (tetapi kalau korang rajin korek muzik, so mesti pernah dengar) atau kalau pernah dengar pun, barangkali dah tertinggal (tidak update). Aku juga begitu, banyak yang dah aku tertinggal, lalu aku cuba berkongsi di sini muzik yang bagus tetapi tidak akan atau tidak pernah masuk ke corong radio Malaysia.

SEKIAN
5:43 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik