<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, May 10, 2011

I Believe In A Thing Called Love

Arakian tersebutlah fakta akan lelaki yang gemar berbicara perihal cinta. Percaya atau tidak, lelaki seperti juga wanita kerap berbicara tentang subjek cinta sesama mereka. Akan tetapi, mata pelajaran ini bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan dalam kurikulum seorang lelaki.

Jika korang tidak percaya, sila lihat blog Khairul yang satu lagi itu. Blog dia banyak isu menarik tentang cinta di mana ianya lebih berguna untuk rujukan para Hawa sekalian berbanding blog Khairul yang ini. Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa aku tidak suka akan mata pelajaran tersebut, malahan aku sebenarnya sangat romantik dan comel (okay aku merepek sahaja lebih).

Adalah suatu ketika aku menceceh dengan Ridzuanius tentang itu dan ini. Secara kebetulan atau disengajakan, terkeluarlah topik cinta yang sememangnya hangat diperkatakan oleh cik-cik Hawa sedunia. Ia juga barangkali ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Pada zaman remaja aku yang kiut dan penuh innocent itu, mata pelajaran cinta adalah satu subjek yang sangat menarik (budak sekarang aku tidak tahu bagaimana). Katalah apabila kitorang berborak tentang Sarah (bukan nama sebenar, tetapi boleh jadi nama sebenar), admirers gadis ini akan bercerita segala-galanya tentang dia dengan wajah yang penuh kebahagiaan. Kalau boleh, topik kegemaran seperti sukan dan ‘Melayu Boleh’ atau Baby Rina (waktu itu kisah Miyabi ‘diculik’ belum lagi dibikin) mahu dilupakan buat sementara waktu.

Alright, apa yang kelakarnya di sini adalah apa yang kebanyakan remaja lelaki zaman aku akan buat apabila mengalami sindrom cinta monyet. Siri-siri ‘kirim salam’ itu aku rasa adalah perkara biasa barangkali, tetapi tidak ramai yang mungkin akan sampai stalk rumah gadis yang diminati tersebut. Stalking di sini (atau usha dalam bahasa Melayu pasar) hanya sekadar ‘melepaskan rindu’ dengan berjalan-jalan atau mengambil angin di sekitar kawasan tempat tinggal gadis itu.

Itu kalau gadis tersebut duduk satu tempat dengan admirers, tetapi bagaimana pula kalau dia duduk di tempat yang jauh dan berlainan? Tidak menjadi masalah sebenarnya, kerana admirers biasanya akan mencari alasan untuk ke tandas ‘membuang air’ (ingat, ini situasi pada zaman sekolah menengah aku dulu). Alasan ini biasanya digunakan supaya admirers boleh lalu di depan kelas gadis yang diminati itu (motif: melihat ‘wajah kesayangan hamba’) dalam perjalanan ke tandas ‘yang penuh mencabar dan berliku’ (jika gadis itu tidak sama kelas).

Cuba bayangkan kalau sepanjang sehari tempoh persekolahan tersebut, lebih daripada 10 kali admirers keluar daripada kelas untuk ke tandas, nampak sangat sindrom ‘cinta monyet’ dah berada pada tahap kritikal. The only problem here, dalam kebanyakan situasi admirers tidak berjaya atau gagal untuk declare atau confess perasaan ‘cinta’ tersebut kepada gadis yang diminati. Jawapannya mudah, kerana selalunya gadis yang diminati tersebut dah mempunyai boyfriend atau out of their league yang membuatkan admirers ‘takut’ atau sekadar memandang dari jauh.

Apa sekali pun, apabila dikenang kembali apa yang aku dan budak-budak seangkatan dengan aku pernah buat dulu ketika dilamun cinta monyet boleh membuatkan aku tergelak (innocentlah katakan). Well, budak-budak sekarang lebih maju rasanya dengan adanya Facebook, BlackBerry dan sebagainya. Tetapi siapa tahu, situasi tersebut mungkin masih berlaku lagi sampai kini agaknya?

SEKIAN
12:01 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

ko mngomel apa nie oit??
sejak bila ko bercintan??

5/10/2011 2:43 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

la, Juliana Evans kan ex aku.. hahaha

5/10/2011 8:06 PM

 

Blogger Khaleeqa Idrus berpendapat bahawa:

Penulisan macam seorang kolumnis surat khabar! Barangkali lebih baik daripada penulisan wartawan akhbar Kosmo, Berita Harian dan Utusan! Tabik*

5/11/2011 11:07 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

kolumnis? hmmm, teringin juga nak jadi one someday..

5/11/2011 5:47 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik