<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, May 11, 2011

Untitled XI

Adalah beberapa kesilapan yang pernah aku buat, aku agak kesal akannya. Kesilapan-kesilapan ini memberikan kesan terhadap kehidupan aku. Ia pada satu tahap telah menyusahkan aku tetapi ada juga yang mendatangkan hikmah.

Sewaktu aku berada di awal tingkatan empat, aku berjaya menempatkan diri ke dalam kelas aliran sains tulen. Ya, ini adalah antara kesilapan yang aku agak kesali di antara banyak kesilapan yang lain. Kerana apa, kerana subjek-subjek sains tulen bukanlah apa yang aku minati, sebaliknya sains sosial.

Tetapi, parents aku tidak pernah memaksa aku untuk menyambung pelajaran dalam aliran ini. Malah mereka sebenarnya memberikan aku kebebasan yang penuh (ya, aku sangat terharu akannya) dan banyak kali juga bertanya sama ada aku mahu terus dalam aliran tersebut atau bertukar aliran. Namun atas faktor bodoh iaitu glamour, aku membuat keputusan untuk kekal dalam aliran tersebut.

You see, orang lain berusaha bersungguh-sungguh untuk menempatkan diri dalam aliran sains tulen atas faktor minat, dan juga terpaksa (menurut pilihan ibu bapa), tetapi aku yang berjaya menjadi ‘budak sains’ sebaliknya bukanlah pula atas kedua-dua faktor tersebut. Pelik, dalam masa yang sama aku ‘benci’ dengan subjek-subjek sains, dalam masa yang sama juga aku happy di situ. Namun pada akhirnya, seperti dijangka subjek-subjek sains aku sewaktu result SPM keluar adalah sangat mendukacitakan.

Pada waktu itu, aku sebenarnya tidak nampak apa yang signifikannya aliran sains tulen ini dalam kehidupan aku. Apa yang aku tahu, aliran ini membolehkan aku menjadi seorang doktor di mana ia bukanlah sejenis kerjaya yang aku minati. Lagipun, aku mempunyai fobia terhadap persekitaran hospital dan yang berkaitan dengannya, umpamanya darah.

Ini yang sebenarnya kebanyakan ibu bapa dan guru telah silap. Kebanyakan mereka mencanangkan bahawa aliran ini akan memberikan faedah terhadap anak-anak mereka tanpa sebab yang realistik. Seharusnya, mereka perlu menyatakan kepada anak-anak mereka bahawa aliran ini akan memberikan lebih pilihan terhadap mereka di masa hadapan.

Lebih pilihan di sini bermakna sesiapa yang berjaya dalam aliran sains tulen berupaya untuk terjun ke bidang-bidang lain juga (tertakluk kepada syarat). Jadi apabila seorang pelajar tidak nampak akan faedah dari segi pilihan di sini, ia akan mengaburkan dirinya sendiri. Lantas, seorang pelajar yang pada dasarnya memang bagus tidak hairanlah boleh hilang potensinya.

Ia sebenarnya adalah sama sahaja dalam kebanyakan perkara yang kita buat. Contoh lain, tentang perkahwinan. Orang tidak akan berkahwin dengan pasangannya jika dia tidak nampak apa yang bagusnya ada pada pasangannya tersebut.

Apa sekali pun di sini, dalam penyesalan biasanya ada hikmah yang tersembunyi. Satu-satunya yang aku sering salahkan adalah diri sendiri, kerana setiap pilihan yang diambil bergantung pada aku juga pada akhirnya. Apa yang aku harapkan, setiap pilihan yang dibuat selepas ini boleh literally membetulkan semula kesilapan yang pernah aku buat sebelum ini.

SEKIAN
7:40 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger s a r e e z a berpendapat bahawa:

haha. i tak suke physics. but i dont even know why i took nuclear science as my first degree. -.-

5/14/2011 2:14 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

fizik sebenarnya menarik, tapi I still kurang minat pure science

5/16/2011 4:01 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik