<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, March 28, 2011

Ini Perihal Romawi, Bukan Mawi

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, saya kerap membuat hal sendiri. Selain daripada itu, saya selalu keluar menonton wayang bersama beberapa orang kawan terutamanya Ridzuanius, perwira Romawi dari Legion Kesembilan. Disebabkan itulah, saya berhenti menulis selama lebih kurang 20 hari untuk memberikan lebih tumpuan terhadap hal-hal duniawi lain.

Dalam minggu-minggu yang sudah ini juga, saya banyak memerhatikan gelagat bangsa-bangsa selain daripada bangsa Romawi yang terdapat di dunia ini. Sekitar scene Facebook, ramai umat Facebook yang sibuk berdialog dengan menggunakan ayat-ayat daripada filem yang ironinya juga berkisarkan tentang seorang raja berketurunan Romawi sebelah bapa. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah Hikayat Merong Mahawangsa yang dipuji mereka sangat hebat.

Pada saya, filem tersebut tidaklah sehebat seperti yang digambarkan mereka. Ia agak mendatar dan membosankan dalam beberapa babak yang dipaparkan, ditambah pula dengan gangguan penggunaan dwi-bahasa utama yang agak bercelaru. Namun begitu, ianya masih lagi boleh dipuji memandangkan produksi filem ini masih baru dalam industri perfileman di Malaysia dan mempunyai masa hadapan yang cerah.

Apa yang tidak saya gemari di Facebook ialah komen-komen overrated mereka-mereka yang menontonnya lebih awal. Satu lagi, mereka-mereka yang terlalu teruja dan bahagia setelah dapat menonton filem tersebut suka meletakkan spoiler yang tidak sepatutnya diletakkan ke dalam status Facebook iaitu pengakhiran atau ending sesebuah filem. Ini bagaikan perumpamaan ‘kera mendapat bunga’, yang tidak sepatutnya ditunjukkan secara terang-terangan.

____________________


Seperti yang dijelaskan di atas, saya sempat menonton beberapa buah filem dalam masa tiga minggu yang lalu. Untuk Hikayat Merong Mahawangsa, saya percaya bahawa anda tidak memerlukan ulasan panjang lebar saya kerana sudah terlalu banyak blog yang menceritakannya. Oleh itu, saya cuba membuat ulasan bagi filem-filem yang lain secara ringkas bermula dengan filem Unknown ini.

Filem ini pada asalnya tidak terlintas langsung untuk ditonton. Ini kerana saya dan rakan saya pada mulanya ingin menonton Hikayat Merong Mahawangsa. Tetapi, disebabkan tiketnya sentiasa habis, maka kami memilih untuk menonton Unknown memandangkan Liam Neeson adalah pelakon utamanya.

Jangkaan awal saya adalah filem ini mungkin sama dengan filem Liam Neeson yang sebelumnya seperti Taken. Tetapi sebenarnya, ia adalah sedikit sama seperti filem Secret Window dan juga The Number 23 dari segi plot cerita. Jadi, jika anda pernah menonton kedua-dua filem yang saya sebutkan tadi, maka anda seharusnya boleh mengagak bagaimana jalan cerita Unknown ini, dan dengan itu bolehlah saya matikan ulasan saya pada takat ini.

____________________


Seterusnya, filem yang saya tonton pada tayangan pertamanya adalah World Invasion: Battle Los Angeles. Menonton filem ini mengingatkan saya kepada filem-filem sealiran dengannya seperti Black Hawk Down. Bezanya di sini, alien adalah musuh utama dan seperti biasa tentera Amerika adalah ‘perwira terhebat pernah dihasilkan Bumi’.

Bagi saya, filem ini bergerak dengan agak pantas dan sentiasa memberikan situasi yang mengujakan. Dalam masa yang sama, saya bagaikan sedang bermain game seperti Call of Duty dan yang sealiran dengannya. Pendek kata, ia penuh dengan aksi.

Dalam pada itu, saya berjaya memaksa Ridzuanius untuk berejakulasi buat kali kedua dengan menonton filem yang memaparkan suku-sakat bangsa Romawinya tersebut. Ini adalah satu perkara yang amat membanggakan bagi anak muda Romawi seperti Ridzuanius yang boleh diceritakan kemudian hari sewaktu beliau sudah bergelar datuk tulen. Sentimental, bukan?

____________________


Waktu kecil dulu, saya hairan kenapa kanak-kanak lelaki yang comel macam saya tidak boleh memiliki baby doll. Rupanya setelah matang dan berjaya dikhatankan dengan penuh emosi, barulah saya mengerti bahawa kanak-kanak lelaki yang comel tidak seharusnya memiliki benda yang comel seperti baby doll. Ini kerana ia akan menyebabkan lebih banyak anu dalam botol terhasil kemudian hari nanti.

Tetapi, itu tidak mematahkan semangat saya. Tidak boleh memilikinya tidak bermakna tidak boleh melihatnya. Maka dengan itu, saya bersama-sama Ridzuanius dan Sharpexius berhasil mendapatkan tiket untuk menonton Sucker Punch.

Kami sangat teruja untuk menonton filem ini disebabkan oleh dua faktor. Faktor pertama sudah semestinya adalah gadis-gadis comel yang sesuai untuk tontonan lelaki-lelaki matang berusia 18 tahun ke atas. Faktor kedua adalah pengarahnya, Zack Snyder yang terkenal dengan teknik, warna, efek dan muzik gaya tersendiri yang digunakan dalam setiap filem arahannya.

Filem ini bagi saya menarik apabila tiba waktu imaginasi Baby Doll. Babak-babak imaginasi tersebut seolah-olah menggabungkan apa yang terdapat dalam Dawn of the Dead, 300 dan Watchmen sekaligus ke dalam Sucker Punch ini. Dalam masa yang sama, Zack Snyder bijak memasukkan skor muzik atau lagu yang awesome dalam filem ini (soundtrack filem ini sungguh hebat!), di mana saya seolah-olah seperti berada di dalam dunia game.

____________________


Beberapa hari yang lalu, saya dan masih lagi Ridzuanius telah menonton filem The Eagle. Tidak seperti garuda, haiwan mitos dalam Hikayat Merong Mahawangsa, helang adalah benar-benar wujud dan boleh dilihat sampai sekarang. Bukan sahaja hebat di udara, malah kuat di darat sehingga menjadi ikon atau lambang bagi kerajaan Romawi dahulu kala.

Jika anda pernah menonton filem Centurion, saya berani mengatakan bahawa filem The Eagle ini bagaikan sekuel kepada filem tersebut memandangkan kedua-duanya adalah produksi British. Kedua-duanya mengisahkan tentang kehilangan Legion Kesembilan tentera Romawi di Britain. Faktanya, kisah ini masih lagi menjadi misteri sehingga kini.

Untuk anda yang meminati sejarah dan peperangan zaman lampau, filem ini sesuai dengan jiwa anda. Ia bukan sahaja memperlihatkan kostum Romawi yang perkasa dan menawan, malah turut menunjukkan teknik-teknik serta taktik-taktik peperangan yang digunakan. Dalam masa yang sama, ia berjaya menunjukkan sisi kehodohan peperangan dari kedua-dua sudut pihak iaitu Romawi dan jajahannya British.

SEKIAN
10:00 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

haha...ridzuanius erk? suka suki jerk ko ubah nama aku... nice review... xsgka plak aku banyak gak movie yg kita dah tgk erk? haha

3/28/2011 1:23 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

dan aku adalah ANUARIUS. haha!

3/28/2011 4:07 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik