<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, March 31, 2011

Hanamizuki

Saya secara jujurnya sukar untuk berpuas hati dengan filem Jepun bergenre romantik. Ini kerana setakat yang saya ingat, banyak filem romantik Jepun yang saya tonton mempunyai ending tergantung atau sedih. Bagi saya yang sweet dan romantik ini, ia agak mengganggu ejakulasi yang tidak sampai ketika menonton filem dengan ending sebegitu.

Tetapi seingat saya lagi, ada juga beberapa buah filem Jepun yang termasuk dalam senarai yang saya selalu tonton berulang kali. Bagi filem Hanamizuki ini, saya dah membuat keputusan untuk memasukkannya ke dalam senarai itu. Filem ini sangat menarik untuk ditonton dan saya Anuarius, bukan bekas penari kebudayaan ingin mengesyorkan supaya anda semua yang masih dilamun cinta kristal cuba menontonnya.

Saya tidak pasti sama ada filem ini adalah berdasarkan kepada mana-mana novel atau tidak. Namun begitu, pokok pangkalnya cerita ini adalah berkisarkan tentang first love bagi kedua-dua watak utama. Seperti yang anda sedia maklum, first love ini biasanya sukar dilupakan menurut fakta psikologi.

Saya pun sebenarnya menonton filem ini disebabkan adanya Yui Aragaki. Bagi saya, dia seorang gadis yang istimewa bukan saja cantik dan menawan, tetapi juga agak sempurna. Dalam filem ini pun, anda boleh melihat bagaimana cara dia berpakaian dan saya secara peribadinya tertawan dengan pemakaiannya seperti babak di atas yang nampak sopan.

Jika anda tertanya-tanya apa yang menariknya tentang filem ini, maka saya boleh menjawabnya sedikit secara ringkas. Pertama, plotnya adalah berkisarkan tentang first love yang terputus pada pertengahan hubungan disebabkan oleh beberapa situasi yang tidak terjangka. Kedua, ia berkisarkan tentang bagaimana kedua-dua watak utama cuba mengisi kekosongan yang timbul di samping cuba merealisasikan ambisi atau impian masing-masing.

Dalam tempoh perpisahan itu, saya bagaikan boleh merasai sisi loneliness yang dihadapi oleh kedua-dua watak utama. Saya juga seakan-akan memahami kemahuan-kemahuan hati yang tidak dapat diluahkan atau dicapai mereka. Bagi saya, filem ini berjaya menginterpretasikan sifat kekosongan dalam hati atau loneliness manusia dengan jelas.

Selain itu, saya amat menyukai filem ini kerana ia menampilkan sedikit elemen fotografi di dalamnya. Secara jujurnya, saya mula meminati fotografi menerusi paparan dalam filem-filem dan drama-drama Jepun ketika di bangku sekolah menengah dulu. Nampaknya, filem ini berhasil memupuk kembali minat saya terhadap dunia fotografi yang kian pudar disebabkan pada waktu ini sangat ramai orang yang telah ‘mencacatkan’ dunia fotografi (mempunyai kamera DSLR semata-mata kerana berfikiran bahawa ianya adalah trend).

Jadi secara keseluruhannya, filem ini berjaya memuaskan hati saya dan mengisi kekosongan yang ada (cewah, macam ayat sastera!). Sebenarnya pun dalam filem ini, pengajarannya agak jelas iaitu hubungan romantik atau cinta secara realitinya tidak semudah seperti yang digambarkan dalam kebanyakan filem. Justeru itu, inilah antara 1001 alasan saya bagi persoalan kenapa anda perlu menonton filem ini sebelum anda berumur 30 tahun.

SEKIAN
12:15 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger マシトマ berpendapat bahawa:

belum ada kesempatan nak tengok movie nih.. tp dah ada dalam list untuk download..
setakat ni banyak feedback +ve yang dapat dari kawan2
xsabar rasa nak download movie nih..
suka tengok gakky+toma dalam movie ni..

3/31/2011 11:20 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

sila-sila la tengok, saya jamin awak suka filem ni.

4/02/2011 12:20 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik