<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, February 6, 2011

Mentari Pagi

Guys, kalau sebut tentang pantai, apa yang korang selalu fikirkan? Aku pula, things yang agak mellow dan tenang emotionally. Seperti gambar di atas, aku sedang membayangkan bahawa aku berada dalam klip video Yellow nyanyian Coldplay.

Bagaimanapun, aku mungkin mempunyai idea yang lebih menarik berbanding apa yang ada dalam video tersebut. Katalah aku mahukan ianya simple, aku rasa menggabungkan idea klip video Bitter Sweet Symphony oleh The Verve dengan klip video Yellow tersebut lebih menarik. Itu kalau aku yang menjadi pengarahnya, bolehlah.

Aku sebenarnya jarang mengambil angin dekat tepi pantai. Dalam setahun itu, boleh kira berapa kali aku ke situ sama ada untuk bersantai sahaja atau mandi laut sekali. Kalau nak bercerita pasal bersantai di pulau pula, lagilah tak payah.

Tetapi, sekali-sekala ke situ, perasaannya lain macam sedikit. Banyak perkara boleh terlintas dan terfikir walaupun di kala aku sedang bergelak tawa dan bergurau senda bersama rakan-rakan. Lagipun, sekarang ini sahajalah waktu yang seronok untuk melepak dengan diorang memandangkan di antara kitorang, belum ada lagi yang berkahwin (bertunang adalah).

Jika difikirkan pun, life di antara orang bujang dengan orang berkeluarga adalah berlainan. Melepak dengan orang yang dah berkeluarga dengan orang bujang sememangnya lain. Dengan orang bujang, seronoknya lebih sedikit memandangkan ‘kebebasan’ yang ada boleh dimanfaatkan sebaiknya.

Selalunya pun, kita tengok orang yang sedang bercinta sering dengan dunia diorang sendiri. Kadang-kadang itu, agak selfish juga orang-orang yang sedang mabuk bercinta ini. Maksudnya di sini, dah makin susah untuk diajak berborak, apatah lagi melepak bersama-sama.

Tetapi, kalau sepasang couple itu cool, melepak dengan diorang memang best. Jika girlfriend kepada kawan kita itu memang pada asalnya kawan kita juga, ataupun baru kita kenal tetapi dah menunjukkan sikap yang menyenangkan, ini barulah bagus. Hah, tetapi ini tak bermakna kau boleh cuba-cuba nak merampas girlfriend kawan kau itu (bangsat namanya kalau begitu).

Dalam pada itu, aku mempunyai seorang kenalan di internet yang aku kenali melalui laman MySpace suatu ketika dulu. Aku tak pasti kalau dia masih ingat dengan aku, Diyana namanya. Gadis ini walaupun korang lihat dia masih muda, tetapi sebenarnya bagi aku, dia kelihatan matang.

Aku suka membaca blognya yang simple itu. Aku kira, dia boleh dikatakan gadis yang agak beruntung kerana mempunyai life yang quite interesting. Ya, dalam beberapa perkara, aku agak cemburu juga dengan gadis ini.

Konklusinya di sini, banyak benda yang aku fikirkan sejak kebelakangan ini. Benda atau perkara-perkara tersebut banyak bermain dengan life aku di mana ada di antaranya agak kritikal dan sukar untuk diputuskan (ditentukan atau diselesaikan). Namun begitu, terima kasih kepada gadis itu kerana banyak membuka minda aku dan memperkenalkan aku dengan something yang baru, kali ini juga walau tak besar mana.

____________________


Give yourself a break
Let your imagination runaway

SEKIAN
10:50 PM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger hazari. berpendapat bahawa:

nampak pantai, rase berangin. rase macam nak jerit kuat2, lepas tuh ketawa. haha. kan best. kene pulak ade member kat sebelah.

2/09/2011 7:40 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

baring tepi pantai la syok wo.. huhu

2/09/2011 6:15 PM

 

Blogger hazari. berpendapat bahawa:

satu lagi satu lagi. kalau pegi pantai ketika ribut. haaa, best best. main hujan wuu.

2/09/2011 9:35 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

dia syok waktu pagi.. memang syok!

2/11/2011 12:48 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik