<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, February 4, 2011

First Love

Korang tahu (of courselah korang tak tahu punya), first love aku adalah makhluk Tuhan seperti di atas? Nama si cantik di atas ialah Maki Horikita, dan berasal dari Jepun sebagaimana Ultraman, Nobita serta Doraemon. Seperti di atas maksud aku di sini ialah rupanya yang sedikit seiras dengan Maki Horikita.

Kalau sejibik pun serupa, atau kalau aku kata begitu, korang akan kata aku menipu. Jadi, lebih mudah aku katakan, dia sedikit seiras seperti aktres Jepun tersebut dari segi rupa. Sebenarnya bukan kira dia yang bertuah menjadi girlfriend aku, sebaliknya aku rasa aku yang bertuah dapat menjadi boyfriendnya walaupun agak sekejap dulu.

Kenapa aku nak bercerita pasal dia? Ini disebabkan dia muncul semalam setelah hampir 10 tahun aku tak melihatnya (katanya matematik korang A1, so kiralah sendiri tahun bila first love aku itu). Kitorang putus bukan sebab bergaduh atau apa, cuma terputus kerana dia berpindah ke tempat lain.

Yalah, waktu itu mana ada telefon bimbit macam sekarang yang murah. Masa itu pun, telefon bimbit lebih kepada barang kehendak, bukannya barang keperluan macam sekarang. Kalau nak berhubung dengan orang jauh pun hanyalah melalui surat, telefon rumah dan internet, iaitu e-mel atau ruangan chat macam mIRC.

Sebenarnya kenangan ini agak kelakar bagi aku. Ini kerana tak seperti orang lain, aku usha ex-girlfriend aku melalui internet, kemudian barulah ada sedikit ‘surat-surat cinta’. Selepas itu pula, barulah ada part ‘kirim salam’ apa kejadah semua itu (biasalah, budak sekolah lagi).

Korang tahu kenapa aku suka menonton filem romantik yang menunjukkan hero utama bukanlah di kalangan lelaki-lelaki hot, tetapi pada akhirnya heroin jatuh cinta juga padanya? Ini kerana ia mempunyai persamaan dengan diri aku sendiri. Biasanya kita lihat dalam filem, hero utama taklah hot atau kacak mana, tak kaya pula itu, kiranya boleh dikatakan agak low-profile (sesetengahnya losers) namun masih berjaya memikat heroin yang, of courselah cantik seperti Emma Roberts atau Lisa Surihani.

Okay, sekarang kalau korang lihat pada aku, serius apa yang aku katakan pada perenggan sebelumnya memang realitinya berlaku. Maksudnya di sini, aku memang low-profile, tak hot dan tak kaya. Kalau adalah juga yang nak memuji aku cutelah, itulah atau inilah, aku tahu itu sebenarnya bohong belaka.

Kalau betullah ada yang nak kata cute apa kejadah itu juga, ini disebabkan diorang tengok gambar yang aku dah ‘touch up’ sedikit menggunakan Adobe Photoshop. Jadi, kalau realitinya, mana ada yang nak memuji macam itu. Bagaimanapun, aku tak berapa kisah sangat benda-benda ini, kerana jodoh semua di tangan Tuhan, cuma bila the right person itu nak muncul sahaja yang aku nak kena cari atau tunggu.

By the way, waktu aku nak usha first love aku dulu, kiranya aku beratur jugalah macam nak beli burger dekat McDonald’s. Berada di barisan hadapan, seperti biasa budak-budak hot atau yang perasan hot tak kira sama ada diorang budak asrama atau duduk luar. Kalau aku, mesti boleh agak duduknya dekat belakang-belakang sekali.

Tambahan pula, aku malas nak berebut-rebut atau gelojoh sebab literally speaking pun, aku akhirnya dapat juga membeli burger yang aku nak makan. Tetapi perlu diingat, ex-girlfriend aku itu bukannya burger ya, wahai kawan-kawan semua. Dia boleh aku sifatkan sebagai antara makhluk Tuhan paling comel pernah aku kenal.

Jadi, duduk di belakang bukannya aku tak ada strategi. Sama seperti Carlo Ancelotti yang gemar menggunakan formasi berlian dalam strateginya, aku juga mempunyai strategi tersendiri untuk menyerang pihak lawan. Ini termasuklah dari bawah, tengah atau sayap sehingga ke bahagian hadapan.

Seperti yang dijelaskan sebelumnya, strategi awal aku adalah menggunakan internet. Apa barang setakat kirim salam sahaja kan? Tak berteknologi tinggi langsunglah macam itu.

Aku ingat, adalah dalam tiga kali ‘try’ melalui e-mel, barulah ada respons yang positif. Dipendekkan cerita, ia kemudiannya bersilih ganti dengan ‘surat-surat cinta’ sehinggalah akhirnya dia menerima ‘lamaran’ gua dengan 143 (ah, lu orang faham-faham sendirilah). Then, bermulalah episod cinta terhebat di zaman milenium tersebut mengalahkan kisah Rahul Khanna dan Anjali Sharma, atau Adam dan Nur Amina, atau Harry Burns dan Sally Albright (sorry, aku tak retilah nak menulis ayat manis-manis ini so aku gunakan style yang gampang amacam?).

Kini kisah 10 tahun lalu kembali dalam ingatan aku disebabkan dia muncul semalam, tetapi hanya dalam mimpi. Bukan sahaja 10 tahun lalu ianya berlaku, malahan ia juga merupakan kali terakhir aku melihat susuk tubuhnya. Ini kerana dia telah menemui penciptanya tiga tahun lepas.

Ah sial, tiba-tiba aku ‘touching’ lebih-lebih lagi apabila melodi lagu Awan Nano si Hafiz tersebut bermain dalam playlist aku ketika ‘jurnal’ ini ditulis. Anyway, ia pada dasarnya hanyalah secebis kenangan menarik yang pernah berlaku pada aku. Apa sekalipun yang berlaku, kita pada akhirnya akan bertemu Dia juga, kan?

____________________


In a foreign place, the saving grace was the feeling
That it was her heart that he was stealing

SEKIAN
2:10 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik