<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, February 10, 2011

Das Schreiben

Rubin Carter dalam filem The Hurricane pernah berkata bahawa: ‘Menulis adalah satu keajaiban’. Dari kosong kepada something seperti tahu menulis dan membaca memang satu ‘keajaiban’ yang manusia perlu hargai. Jika tidak, mana mungkin Facebook tercipta, apatah lagi blog yang korang selalu baca atau sendiri tulis.

Korang patut bersyukur kerana bakat menulis sememangnya dah ada dalam diri setiap manusia. Sejak kecil, bakat itu telah diasah dengan baik dari sekadar ‘Aku Sebatang Pensil’ hinggalah ke ‘Putera Gunung Tahan’, atau mungkin korang lebih suka ‘Lagenda Budak Setan’. Ada orang tahu menggunakannya, dan dalam masa yang sama, masih ramai juga tidak tahu menggunakan bakat yang ada.

Aku secara peribadi amat menggemari bacaan berbentuk autobiografi, fiksyen, sains, teori konspirasi, keagamaan, fakta dan lain-lain lagi yang aku tidak ingat. Seingat aku, buku paling tebal yang pernah aku pinjam di kutubkhanah adalah buku autobiografi tentang Dato’ Onn Jaafar sewaktu aku dalam lingkungan 10 atau 11 tahun. Aku tidak tahu kenapa aku menggemari naskah-naskah begini, dan ini termasuklah kisah legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari, yang sempat aku baca dulu.

Ini sebenarnya sama dengan apa yang terkandung dalam blog. Aku agak memilih blog yang ingin dibaca, dan rata-ratanya yang aku follow adalah blog yang berbentuk seperti artikel (pandangan, kajian dan sebagainya) atau senang cerita, umpama apa yang terkandung dalam majalah. Kebanyakan masa, aku menjengah blog yang agak serius kandungannya, dan di samping itu, aku juga menggemari tema santai di mana korang boleh lihat pada pautan blog yang aku senaraikan di sidebar tersebut (‘Domestik’ bermakna rakan-rakan, manakala ‘Global’ adalah blog yang aku suka).

Sebelum ini, sebelum ‘1 rumah 1 blog’ menjadi trend, banyak blog yang menarik pernah muncul sebelum satu persatu hilang. Sekarang pula, apa yang menarik adalah munculnya banyak blog baru tetapi apabila aku menggunakan filter, boleh dikatakan separuh sahaja yang aku suka. Selebihnya boleh tergolong dalam kategori ‘keanak-anakan’, picisan, sampah, dan lain-lain lagi yang korang boleh namakan sendiri.

Selalunya, golongan ini lebih kepada mahu mendapatkan perhatian semata-mata. Apa yang penting di sini adalah untuk mengumpul follower yang ramai, walhal blognya tidaklah sebagus mana. Thus, aku sangat membenci blogger yang perasan bagus hanya semata-mata dia/beliau/cik puan/cik abang/dato’/datin berjaya mempunyai ‘koleksi’ follower yang ramai.

Selain itu, aku agak meluat dengan segelintir blogger yang menganggap diri sendiri konon-kononnya otai dalam dunia blog. Walau ‘dahsyat’ mana pun tips atau tutorial yang kau boleh berikan, ini tidak bermakna kau boleh mendabik dada. Lagipun, ilmu yang kau dapat itu pun hasil daripada apa yang kau pelajari dari orang lain juga (contohnya blog, buku-buku dan sebagainya), jadi tidak usah meninggi diri.

Berbalik kepada perihal penulisan, kandungan yang baik datangnya dari pengalaman atau pemikiran sendiri, kajian dan imaginasi yang di ‘luar daripada kotak’. Ini yang sebenarnya menyebabkan blog menjadi lebih menarik untuk dibaca. Tambahan pula, kebanyakan korang pada dasarnya menulis di blog untuk share sesuatu juga, kan?

Oleh itu, demi kelangsungan blog korang, kurang-kurangkanlah menjadi blogger yang dickhead. Blog sepatutnya adalah satu alternatif yang menarik untuk melontarkan pandangan, bukannya menjengkelkan. Ini kerana menulis bukan sekadar satu keajaiban, bahkan ianya lebih luas dari itu.

____________________


Tiada kata secantik bahasa

SEKIAN
11:33 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik