<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, February 12, 2011

Alahai Filem Melayu

Apabila menyentuh bab filem Melayu, aku agak cerewet. Setakat ini, adalah dalam beberapa orang pengarah yang aku boikot terus filem-filem arahan diorang. Dalam kata lain, kalau sahaja filem-filem mereka ditayangkan di pawagam, aku secara automatiknya tak akan menonton langsung.

Di kalangan rakan-rakan aku, kebanyakan diorang tak kisah siapa yang mengarahnya. Diorang ini akan menonton apa sahaja yang dihidangkan oleh industri perfileman Melayu tanpa mengira kualiti yang ada padanya. Oleh itu, aku jarang menyertai diorang (contohnya pelawaan menonton filem Khurafat baru-baru ini) walaupun setelah diajak berulang kali.

Bagi aku, kutipan tiket yang besar tak bermakna sesebuah filem itu bagus. Selagi pengkritik profesional tak memberikan review yang ‘sangat baik’ dan ‘sangat meyakinkan’, maka selagi itulah aku akan terus memboikot filem-filem arahan diorang. Plus, duit aku, buat apa aku nak membazir tak tentu hala, kan?

Aku perasan bahawa kebanyakan pengarah yang aku boikot ini, kualiti filemnya boleh dikatakan sama sahaja. Nampak sangat keuntungan daripada filem-filem sebelumnya yang berjaya dipungut tak digunakan untuk memperbaiki kualiti filem. Tolak tepi dulu dari aspek plot, lakonan dan sebagainya, selalunya kualiti yang ada pada video itu sendiri sangat menghampakan bagaikan kita masih lagi berada dalam era 1990-an.

Thus, korang perlu berfikir juga bahawa diorang membikin filem bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak korang, tetapi sebenarnya lebih kepada self-interest diorang sendiri. Dalam hal ini, tentulah keuntungan. Ini bagaimanapun adalah normal, lumrah manusia memang mementingkan diri sendiri.

Apa yang aku pelik cuma satu perkara di mana ini biasa berlaku iaitu keluhan setelah menonton sesebuah filem. Katalah Abdul Wahub tahu bahawa filem-filem arahan si Husin Lempoyang selalunya menghampakan, tetapi setiap kali muncul filem baru arahannya, setiap kali itulah dia pasti akan menontonnya. Setiap kali setelah habis menonton itu jugalah dia akan mengeluh dan mengatakan yang ianya tak best langsung, atau sekadar ‘bolehlah’.

Jadi di sini boleh dilihat bahawa Abdul Wahub memang tak serik-serik dan suka membazirkan duitnya terhadap perkara yang tak memberi kepuasan kepadanya. Itulah yang peliknya, dia masih lagi akan menonton filem-filem arahan Husin Lempoyang walaupun pengkritik profesional berulang-ulang kali menilai karya-karya tersebut sebagai menghampakan. What the hell is wrong with you, man?

Satu perkara yang aku boleh faham adalah tarikan yang ada dalam filem tersebut, biasanya barisan pelakon. Sungguhpun begitu, aku boleh dikatakan agak degil juga. Walaupun tarikan utama aku, contohnya Lisa Surihani, berlakon dalam sesebuah filem namun ia masih kurang meyakinkan aku untuk menontonnya selagi aku tak melihat respons yang positif daripada pengkritik-pengkritik filem.

Tambahan pula, daripada aku mengayakan lagi pengarah filem yang dah memang kaya, lebih baik aku memberi keuntungan kepada tauke-tauke kedai bundle. Jelasnya di sini, pengarah-pengarah yang aku boikot ini perlu meningkatkan lagi kualiti karya masing-masing, dan perlu mempunyai ambisi untuk menawan penonton-penonton dari bangsa lain juga. Ini tak, balik-balik filem-filem sampah juga yang selalu dihidangkan kepada kelompok sasaran yang majoritinya orang Melayu.

Nak kata bengap, nanti marah pula kerana rata-rata pengarah berpendidikan tinggi, kan? Jadi kalau dah berpendidikan tinggi itu, buatlah filem yang tinggi juga kualitinya. Usahlah asyik memberikan alasan ‘mengikut selera penonton’ kerana rata-rata penonton sememangnya akan menonton sahaja apa yang dihidangkan (disebabkan dah tak ada pilihan dan atas faktor menyokong industri tempatan).

Di samping itu, aku rasa untuk ‘mengajar’ pengarah-pengarah ini, media alternatif boleh memainkan peranan tersendiri, contohnya melalui blog. Instead of sekadar ‘bolehlah’, kan bagus kalau media alternatif memberikan komen ‘tak berbaloi langsung menontonnya’ ketika membuat review. Ini akan menyebabkan tarikan untuk menonton filem tersebut berkurangan, dan boleh menyedarkan pengarahnya bahawa filem yang dihasilkan itu sangatlah ‘menyedihkan’.

Jika diperhatikan pun, tak seperti penonton-penonton luar, orang kita akan menerima sahaja produk-produk tempatan walaupun ianya teruk. Oleh itu, perlu bagi media massa (sama ada arus perdana atau alternatif) untuk mendidik mereka supaya ‘lebih memilih’ apabila ingin menonton sesebuah filem Melayu. Kalau tak, sampai bila-bila pun mereka ini akan menjadi seperti ‘pak turut’ yang mengikut sahaja apa sekali flownya.

Apa-apa pun seperti biasa, duit korang jadi lantak koranglah macam mana korang nak habiskan, kan? Itu taste korang, so korang berhak untuk menonton apa sahaja filem yang korang suka. Bagi aku pula, selagi kualiti filem macam tahi, selagi itulah aku akan memboikot pengarahnya sampai bila-bila.

____________________


You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one

SEKIAN
5:28 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger hazari. berpendapat bahawa:

filem daripade afdlin shauki.. ataupun macam daripade red communications. memang best. kalau 2 tu, memang perlu tonton. tambah pulak ngan bernard chauly, fuh ~~

2/14/2011 5:24 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

afdlin shauki aku memang suka, selain tu macam kabir bhatia, mamat khalid, yasmin ahmad dan lain-lain.

setakat ni, aku boikot razak mohaideen, yusof haslam & anaknya, ahmad idham ni 50-50.

2/14/2011 6:58 PM

 

Blogger hazari. berpendapat bahawa:

haha, filem filem yang macam macam tu tuh. setuju setuju..

2/15/2011 9:08 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ish, aku hampir2 tertengok Khurafat. nasib baik pegangan aku kuat. haha

2/15/2011 9:17 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik