<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, February 15, 2011

Ceritera Mitsuo: Orang Sebelah

Aku baru teringat, masuk bulan ini, dah empat tahun usia blog aku. Kalau ada barang best atau rezeki banyak, boleh aku buat contest. Tetapi nampak gayanya masih belum boleh dibuat setakat ini.

Aku mula menulis atau blogging seawal tahun 2006, tetapi pada waktu itu, aku menggunakan blog MySpace. Sebelum aku mendaftar di Blogger, aku telah mendaftar di Wordpress terlebih dahulu. Namun begitu, aku terlupa passwordnya lalu itu yang menyebabkan aku terus beralih ke Blogger.

Tetapi sebenarnya, penulisan bebas aku yang tiada kait-mengait dengan akademik bermula pada tahun 2002. Ia adalah sebuah cerita jiwang yang aku tulis bertujuan untuk menyertai peraduan yang dianjurkan oleh komik Feel 100%. Walaupun karya aku tak dapat diundi atau menang (disebabkan melebihi tarikh tutup penyertaan), namun cerita aku tersebut dimasukkan dalam koleksi Coretan Cinta Feel 100%, di mana korang boleh membacanya pada link yang disediakan di bawah.

Pada tahun 2004 pula, aku menjadi editor bagi majalah sekolah ketika aku berada dalam tingkatan enam. Apabila aku membaca semula ‘kata-kata editor’ dalam majalah tersebut baru-baru ini, aku tersenyum sendiri kerana bagi aku, penulisan itu masih boleh aku kategorikan yang terbaik pernah aku buat. Tetapi apa yang orang tak tahu, penulisan tersebut banyak berdasarkan kepada beberapa buah majalah yang aku ambil sebagai rujukan.

Sepanjang tempoh 2001 hingga 2005, aku banyak memerhatikan penulisan-penulisan yang terdapat dalam surat khabar, komik dan majalah. Antara ruangan yang paling aku gemari adalah Roman Kodian yang diterbitkan dalam komik Aku Dan Sesuatu. Di sinilah aku banyak belajar bagaimana nak menulis sesuatu yang seakan-akan personal, tetapi boleh dikongsi bersama.

Disebabkan itu juga, format penulisan aku di sini sedikit formal dan ‘skema’. Ini kerana bagi aku, ia lebih mudah difahami daripada bahasa SMS walaupun kandungannya bercampur aduk (bahasa rojak). Lagipun, format begini memudahkan aku dalam membuat assignments yang sememangnya sangat formal.

Bagi yang tak tahu, nama asal blog ini adalah Ceritera Mitsuo sebelum aku menukarkan ia menjadi Blog Orang Sebelah (BOS), atau lebih mudah Orang Sebelah. Pada mula aku mendaftar blog ini, kalau tak silap aku, tak ramai lagi yang menggunakan perkataan ‘ceritera’. Bagaimanapun, setelah beberapa tahun berlalu, semakin ramai orang mempunyai blog dan perkataan tersebut juga secara matematiknya semakin banyak digunakan, lantas menyebabkan aku menukar serta mendaftarkan nama Orang Sebelah (blog keempat yang tak digunakan secara rasmi) sebagai nama blog aku yang baru.

Sebelum aku menulis di Blogger juga, aku pernah cuba-cuba menulis di Friendster dan juga Livejournal. Namun begitu, kesukaran untuk menetapkan format seperti yang aku gunakan sekarang menyebabkan aku lebih selesa menulis di Blogger (aku masih menggunakan template lama Blogger). Ini kerana aku menyukai format penulisan yang mempunyai indent pada setiap permulaan perenggan.

Bagi layout yang digunakan, ia adalah 100% rekaan aku sendiri dengan mengambil rujukan template yang dicipta oleh designer Blogger lain. Kalau nak diikutkan hati, aku memang ingin menukar ke layout baru Blogger. Namun begitu, aku rasa setakat ini template lama agak ringan dan selesa walaupun ada beberapa bahagian yang aku akui agak menyusahkan (contohnya, kesukaran membaca pos-pos lama).

Secara konklusi, sepanjang empat tahun aku mendaftar di Blogger, banyak perkara yang telah aku pelajari. Dalam tempoh ini, banyak blog yang muncul dan tak kurang juga yang ‘bungkus’. Apa-apa pun, aku berharap agar aku dapat menulis dengan lebih kerap dan lebih berkualiti lagi di masa hadapan serta mempunyai pembaca tersendiri walaupun tak ramai mana.

____________________


Apabila ramai orang Islam yang sibuk dengan Valentine’s Day semalam, tak ramai pula yang mengingati Hari Kekasih Allah hari ini. Aku rasa, isu Valentine’s Day tak perlu diperbesarkan kerana ianya tak praktikal pun untuk disambut.

Feel 100% adalah komik berkisarkan cinta bersegi-segi, hasil karya Lau Wan Kit dengan lukisan yang cantik, dan plot cerita yang menarik. Oleh kerana itu, aku telah menyertai peraduan menulis kisah cinta dan korang boleh membacanya di SINI.

Ronaldo bagi aku adalah antara penyerang lagenda yang paling aku kagumi. Skil yang ada padanya membuatkan aku kagum, dan agak menyedihkan apabila beliau terpaksa bersara semalam kerana bagi aku, masih belum ada lagi penyerang sepertinya.

SEKIAN
7:50 AM
6 KATA HATI
[ 6 ] PENDAPAT

Blogger hazari. berpendapat bahawa:

gaya bahasa dan layout kat sini, memang best ~ paling best, loading pon cepat.

anyway, mitsuo tuh siape ?

2/15/2011 9:16 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

thanks bro. Mitsuo tu sebenarnya nama aku dalam bahasa Jepun. maksudnya sama dengan nama sebenar aku iaitu Anuar. nama ni diberikan oleh kenalan berbangsa Jepun di sebuah forum yang aku pun dah tak ingat apa domainnya.. :)

2/15/2011 9:22 AM

 

Blogger hazari. berpendapat bahawa:

ohhhh. ingatkan character ape ape.

2/15/2011 10:58 AM

 

Blogger Unknown berpendapat bahawa:

seriously amat berminat dengan ur banner... nanti kalau free.. tolong bagi saya email awk ye.. nak mintak tolong wat banner.. hehe.. email saya anisyafrina.gmail.com.. tQ :)

2/16/2011 8:45 AM

 

Blogger Unknown berpendapat bahawa:

owhhh... silap.. anisyafrina@gmail.com.. :D

2/16/2011 8:46 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

alrite.. :)

2/16/2011 9:03 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik