<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, March 14, 2009

Perasaanku Tentang Perasaanku Kepadanya

Tidak seperti hari-hari biasa, hari ini aku pulang terlewat sedikit daripada biasa. Maklumlah, pertengahan tahun macam ini memang berlambak benar kerja yang aku kena siapkan. Tetapi aku tidak kisah sebab dah memang bidang ini yang aku minati. Aku ini masih lagi tinggal dengan orang tuaku walaupun sudah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan.

Hmm… dengar lagu Jepun seronok juga. Aku memang minat dengan lagu-lagu Utada Hikaru meskipun aku tidak faham langsung bahasanya. Memang benar kata orang, muzik itu universal. Mendengar lagu ini mengingatkan aku kepada Sara. Dia ialah idamanku. Bukan aku seorang, tetapi lelaki lain juga.

Ha… beranganlah tu!” Tersentak aku dengan teguran Mira.

Ni ada surat untuk abang. Daripada secret admirer abang.”

“Siapa?” tanyaku.

“Maaflah bang, itu rahsia,” jawabnya.

Ala… kita ni adik-beradik kembar lagi tau, takkan nak berahsia pula.”

“Lambat laun, abang tahulah siapa dia.” Mira tersenyum lalu beredar.

Mahu tidak mahu, terpaksa juga aku membacanya walaupun aku tidak tahu siapa yang mengirimnya.

Untuk tatapan Husin,

Saya tahu surat ini pasti mengganggu ketenteraman awak. Tapi apa yang saya nak katakan di sini ialah saya amat meminati awak dan mahu mengenali awak dengan lebih dekat lagi. Harap-harap awak sudi. Maaf sekali lagi jika mengganggu.

Ikhlas daripada ‘secret admirer’ awak.

Keesokannya, aku sudah bertekad. Aku mahu menghantar surat kepada Sara, menyatakan perasaanku terhadapnya. Perihal diriku turut aku sertakan.

“Ima, oleh kerana kau kawan baik aku, tolong kirimkan surat ni kepada Sara, boleh?” pintaku. Dia tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

Sudah seminggu berlalu. Hmm… datang lagi surat daripada secret admirer itu yang Mira beri hari ini. Dia mahu berjumpa dengan aku? Itulah yang dia pinta menurut kandungan surat tersebut. Dia mahu berjumpa denganku dekat taman di universiti pada keesokan petang.

Keesokannya aku ke taman tersebut berseorangan. Berdebar-debar rasanya. Sedang aku memerhatikan keadaan di sekelilingku, aku ditegur. Terkejut aku ketika itu.

Hai, Husin!” tegurnya.

Er, Sara… hai,” balasku.

Alamak, apa yang dia buat dekat sini? Risau aku kalau secret admirer itu datang dan Sara melihatnya. Tentu Sara akan menolakku.

Hmm… sebenarnya, sayalah secret admirer tu,” katanya sambil tersenyum.

Aku terkejut seketika dan kemudiannya turut tersenyum. Di dalam hati gembiranya tidak terkata. Kini terjawab sudah mengenai secret admirer tersebut.

* * * * * * * * * *

Menjengkelkan atau melucukan? Tak kisahlah yang mana satu, aku tahu bahawa korang mungkin ada perasaan yang sedemikian apabila membaca cerita di atas ini. Tak mengapa, aku juga turut tergelak apabila membaca semula cerita yang pernah aku karang tujuh tahun lepas (tahun 2002).

Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, cerita ini dikarang kerana aku mahu menyertai sebuah pertandingan menulis cerita-cerita cinta (atau jiwang) yang dianjurkan bersempena dengan promosi komik Feel100%. Apa yang menarik hati aku ketika itu adalah hadiahnya yang berupa sebuah set gelas (tiga gelas dalam setiap set) yang mempunyai lukisan tiga watak utamanya di mana harganya jika diimport waktu itu melebihi RM100. Sebagai “budak sekolah”, manalah aku ada duit yang begitu banyak untuk membeli barang-barang tersebut lalu pertandingan macam ini sajalah satu caranya memenangi hadiah tersebut.

Walaupun tidak menang, tetapi aku masih terharu kerana karya aku yang kebudak-budakan itu masih tetap diambil untuk dihimpunkan dalam sebuah buku mengandungi himpunan cerita-cerita cinta (Coretan Cinta Feel100%) yang dikarang oleh peminat-peminat lain. Sebelum ini, kawan-kawan aku ada bertanya sama ada cerita di atas ada sedikit kaitan dengan diri aku. Jawapannya sudah tentu tidak kerana ianya cuma fantasi atau rekaan semata-mata.

Jadi, kenapa Sara? Oh, aku suka dengan perempuan yang namanya Sara (Sarah atau apa saja ejaannya) kerana kebanyakan “Sarah” yang aku jumpai berperwatakan menarik dan cantik lalu aku kira nama tersebut macam best untuk dijadikan sebagai watak utama. Husin pula aku ambil daripada nama watak utama komik Aku dan Sesuatu oleh kartunis Aie, Mira daripada nama seorang kawan, dan Ima pula diambil daripada nama seorang senior aku yang sangat comel waktu itu (tak dinafikan, aku ada hati pada dia masa itu).

SEKIAN
7:17 PM
3 KATA HATI
[ 3 ] PENDAPAT

Blogger MAI'demoiselle. berpendapat bahawa:

Wohoho cool..tahniah sbb karya awk disiarkn. & saya ingat lg promosi Feel100% tuh x)ekeke..suka nama Sarah upenyer...

*Mai akan berase pelik dan blur jikalau dirinya dipanggil dgn nama Sarah kerana dia berpendapat nama itu sungguh lembut o.O ya, die seorang yg pelik. XDD*

3/15/2009 12:03 AM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

woah. congrats! :)

betul. semua kawan saya yg nama sara mmg cantik.

3/16/2009 5:46 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

Mai, sarah ok apa.. hehe

syanad, mcm kebetulan kan. tapi, kebykannya mcm tu kan..

3/16/2009 8:16 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik