Pernahkah korang tertinggal kunci kereta di dalam kereta? Apa perasaannya apabila kita mencungkil cermin untuk membuka pintu atau menarik kunci tersebut (kalau cermin dah terbuka sedikit) dan dalam masa yang sama diperhatikan orang sekeliling dengan sikap yang curiga? Aku merasainya semalam, dan ianya sesuatu yang janggal. Ini mungkin salah satu kelemahan aku. Sebenarnya, dah agak lama perkara macam ini tak berlaku kerana kebiasaannya perkara yang aku lupa sentiasa dalam jangka masa pendek. Aku ada terbaca satu artikel, di mana katanya: “Kita boleh terlupa untuk membuat sesuatu perkara apabila dalam masa yang sama kita terfikir untuk membuat perkara lain (dua atau tiga perkara dalam satu masa).”
* Patutlah, aku membuat dua perkara dalam satu masa rupanya. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.