<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, January 24, 2011

Tutorial Membikin Header

Aku tahu ramai di antara korang yang mempunyai perisian Adobe Photoshop (AP), tetapi mungkin kurang jelas cara menggunakannya namun masih mahukan header yang kemas macam kawan aku, Namie Latif, Khaleeqa Idrus, AnnMoee dan sebagainya. Untuk itu, di samping membantu kawan aku si Zuried, aku akan ajarkan korang cara yang mudah untuk membikin header blog menerusi bantuan gambar seperti di bawah. Harap maklum bahawa versi yang aku gunakan adalah Adobe Photoshop CS3 (tetapi pada dasarnya sama sahaja fungsi dalam setiap versi), dan gambar yang aku letak telah diubahsuai sedikit namun aku rasa ianya masih boleh difahami.

____________________


Pada menu di atas (dalam perisian AP), klik File dan buat satu dokumen baru iaitu File > New… di mana ia kemudiannya akan menjadi seperti gambar di atas. Pastikan bahawa korang memilih pixels (bukan inches, cm dan sebagainya) pada kedua-dua Width dan Height seperti dalam gambar di atas. Untuk saiz, korang tentukan sendiri berapa panjang serta lebar yang korang mahukan untuk header korang, dan di sini, aku akan menggunakan ukuran 448x200 pixels.


Sebelum itu, pastikan bahawa kiri dan kanan perisian AP korang mempunyai something seperti di atas. Di sini, aku akan menggunakan dua benda sahaja seperti gambar yang telah dibesarkan itu di mana yang atas adalah button untuk drag gambar (aku akan ceritakan kemudian fungsinya), dan bawahnya adalah button untuk membikin tulisan. Kalau ianya tidak seperti yang aku tunjukkan di atas, korang pergi menu, klik Window > Character.


Dalam dokumen di atas, untuk header yang simple, klik button berbentuk T tadi untuk menaip perkataan. Untuk tulisan-tulisan yang menarik, korang boleh download secara percuma dengan mencarinya di Google. Sebagai contoh, korang boleh mencuba website Dafont.


Kalau korang mahu menjadikan gambar sebagai header, klik menu File > Open... (atau double-click sahaja pada layar belakang AP sebagai shortcut) dan pilih gambar yang disukai dalam folder korang. Sebagai contoh, aku menggunakan gambar yang memang tersedia ada dalam Windows 7 ini. Jika saiz gambar terlalu besar, maka korang boleh mengecilkannya dengan klik kanan pada bar gambar seperti contoh di atas.


Gambar tersebut, katalah setelah dikecilkan, telah menjadi 700x525 pixels, dan ini mungkin tidak seperti yang korang mahukan. Oleh itu, jika korang mahukan header bergambar dengan saiz pilihan sendiri, katalah 700x200 pixels, maka seperti biasa buat dokumen baru dengan saiz pilihan tersebut. Gambar bersaiz 700x525 pixels itu nanti akan ‘ditampal’ pada dokumen baru yang bersaiz 700x200 pixels.


Seperti yang aku ceritakan tadi, button di atas ini digunakan untuk drag apa-apa gambar lalu ‘ditampal’ atau ‘dipindahkan’ ke dokumen atau gambar lain dalam perisian AP. Sebagai contoh, dalam gambar sebelumnya, gambar rumah api tersebut boleh dipindahkan ke gambar lain, umpamanya gambar putih tersebut. Menggunakan button kiri pada mouse, hold (tekan kiri mouse lama-lama) pada gambar rumah api dan kemudian drag atau tarik ianya ke dalam dokumen putih tersebut (kemudian korang boleh sesuaikan kedudukan gambar mengikut apa yang korang suka).


Seperti gambar di atas, korang boleh perhatikan bahawa jika setelah gambar berjaya dipindahkan ke dokumen putih tersebut, akan muncul satu layer iaitu Layer 1 (di bahagian kanan bawah perisian AP). Dengan Background sebagai latar utama, gambar yang dipindahkan tadi boleh didrag ke mana-mana yang korang suka selagi ianya tidak dikunci (lock). Selain itu, layer boleh turut bertambah mengikut berapa banyak gambar yang korang mahu tindih, dan kesemua layer tersebut boleh diubah kedudukannya dengan drag sahaja button layer (Layer 1 dengan gambar kecil) itu ke atas atau ke bawah.


Dekat bahagian Layers itu, ada satu button kecil berbentuk fx seperti yang telah dibesarkan. Ianya berfungsi untuk mempelbagaikan rekaan gambar. Sebagai contoh, aku menggunakan Stroke untuk menjadikan tulisan Orang Sebelah pada gambar tersebut mempunyai satu outline putih. Tetapan tersebut boleh dilihat pada gambar di bawah ini.


Dalam gambar di atas, tetapan atau setting yang aku gunakan akan berkesan terhadap tulisan Orang Sebelah. Di bawah menu Structure tersebut, aku hanya menggunakan saiz sebanyak 3 px, membiarkan Position pada tetapan Outside, dan sebagainya yang lain. Bagi tetapan yang lain, itu nanti korang akan dapat hasilnya jika selalu bereksperimen dengannya.


Apabila selesai, contoh header aku adalah seperti di atas (klik untuk tumbesaran gambar). Jika korang mempunyai plan untuk mengubahnya di masa lain, korang perlu ke menu File > Save As... dan biarkannya disimpan dalam bentuk Photoshop (format PSD atau PDD). Jika korang dah berpuas hati, maka gambar ini bolehlah disimpan (atau save).


Setelah korang siap dan tidak mahu menyimpannya untuk proses pengubahsuaian di masa akan datang, korang hanya perlu ke menu File > Save for Web and Devices... di mana korang akan perlu memilih format gambar pada Preset. Di sini aku cadangkan korang pilih JPEG untuk format biasa atau kalau korang dah expert, boleh menggunakan PNG. Sila pastikan bahawa untuk format JPEG, Quality ditetapkan pada 100 supaya kualiti gambarnya dalam tahap terbaik.

SEKIAN
3:03 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik