<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, January 18, 2011

Saya Bukan Gay, Saya Okay

Gambar di atas tiada kena-mengena dengan pos kali ini. Tetapi sebagai lelaki normal dan sedikit menepati tajuk di atas, aku baru sahaja usai ‘mengintip’ blog diorang di atas. Aku tahu, diorang memang comel, jadi kerana itulah aku sahaja mahu mempromosikan blog seorang gadis yang bernama Rathiqah Azmira dan seorang lagi yang bernama Nurul Ashikin (lain kali, blog lain pula).

____________________


Aku sebenarnya suka menekankan perkara seperti tajuk di atas. Bukannya apa, hal ini semakin membimbangkan lebih-lebih lagi dengan kemunculan freethinkers di kalangan Melayu Islam yang lantang mempersoalkan ajaran agamanya sendiri. Nama sahaja freethinkers, tetapi logik yang dikemukakan mereka kononnya berdasarkan inkuiri rasional sebenarnya banyak yang tidak logik apabila difikirkan.

Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan perkara begini berlaku. Apa yang pasti, pengaruh negatif ini banyak datang dari dunia Barat khususnya melalui dunia tanpa sempadan iaitu internet. Ini perkara biasa, bukannya korang tidak pernah mendengar tentang kebebasan bersuara atau liberalisme, kan?

Aku hairan dengan orang Islam kita sendiri. Apabila semakin ramai saintis atau orang Barat memeluk Islam setelah menemui keajaiban yang terdapat di dalam Al-Quran menerusi kajian saintifik, ramai pula orang kita sendiri (baca: freethinkers) yang mempertikaikan ajaran Islam. Apa yang aku perhatikan, freethinkers ini kebanyakannya adalah dari golongan muda seperti aku (dan mungkin korang), dan melihat kepada betapa longgarnya didikan agama parents mereka, maka hal ini tidak menghairankan.

Aku boleh bet, di kalangan mereka yang ‘berpelajaran tinggi’ ini, lebih 90 peratus atau kesemua koleksi buku yang mereka kumpul merupakan produk Barat. Buku-buku keluaran tempatan kalau ada pun, mungkin setakat buku-buku teks akademik atau yang bersifat picisan. Buku-buku keagamaan aku rasa mungkin tidak disentuh mereka.

Bagaimanapun, jangan salah sangka dengan aku. Aku bukanlah seorang yang anti-Barat, malahan aku masih lagi melayan produk-produk mereka seperti siri-siri TV Amerika, filem-filem serta muzik, liga-liga bola sepak Eropah, dan sebagainya. Namun begitu, sungguhpun aku bukan seorang yang bertaraf seperti ulama, tetapi aku masih berfikiran secara rasional bahawa perlunya aku untuk kekal di bawah payung agama Islam walau apa sekalipun berlaku.

Secara jujurnya, aku berpendapat bahawa kaedah berdakwah perlu dipelbagaikan pada masa kini tetapi masih lagi mengekalkan konsep yang digunakan Nabi Muhammad. Umpamanya Rasulullah sendiri, cara dia berdakwah adalah dengan penuh berhemah, lembut dan penuh sopan santun. Kalau mengikut logik pun, cara yang bersandarkan kepada paksaan seakan-akan ‘mendera’ dan menyebabkan ramai yang ‘lari’.

Sebagai contoh lain, arwah datuk aku sendiri dalam mengingatkan aku tentang perintah agama tidak pernah menggunakan kaedah yang ‘keras’, tetapi memadai dengan kelembutan sesuai dengan adat orang Melayu itu. Dia tahu bahawa hukum-hakam agama sedikit sebanyak telah aku pelajari di sekolah, maka tidak perlu baginya untuk meleteri aku dengan hal-hal begitu. Apa yang dilakukannya hanyalah dialog simple seperti: “Kalau nak solat Asar, kain pelikat atuk banyak kat bilik.”

Ia mungkin nampak simple, tetapi sangat berkesan kepada aku kerana secara tidak langsung, aku akan malu sendiri jika tidak melakukannya. Ini agak berbeza dengan cara yang dilakukan oleh orang tabligh yang membuatkan ramai orang (termasuklah aku sendiri) seakan-akan ingin ‘melarikan diri’ dari mereka. Pointnya di sini, aku bukan juga membangkang cara tabligh itu, cuma mungkin bagi orang seperti aku (dan lain-lain yang serupa), cara yang digunakan oleh arwah datuk aku lebih sesuai.

Konklusinya di sini, jika golongan muda tidak mahu mengambil tahu perihal agama walaupun sedikit dari awal, percayalah bahawa korang mungkin menjadi sungguh liat lebih-lebih lagi jika umur telah melepasi angka 40 tahun. Bagi aku, permasalahan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam itu sendiri tidak menjadi masalah besar di mana jika dibawa ke arah diskusi ilmu, persefakatan boleh dicapai. Apa yang merisaukan aku hanyalah semakin ramai golongan muda yang cuba ‘menjadi jaguh’ dengan mengutarakan isu-isu yang kononnya berpaksikan kepada hak asasi manusia, padahal diorang secara tidak sedar ‘berlaku zalim’ terhadap diri sendiri.

SEKIAN
2:23 AM
7 KATA HATI
[ 7 ] PENDAPAT

Blogger kamarukom berpendapat bahawa:

artikel yg menarik :)

1/18/2011 2:37 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

thank you bro. sekadar meluahkan apa yg terpendam..

1/18/2011 2:40 AM

 

Blogger kamarukom berpendapat bahawa:

tp siyes berisi ape yg ko tuliskn! keep it up bro! dh follow ur blog :))

1/18/2011 2:45 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

thanks, sekali lagi.

* blog anda juga telah difollow.. hehe

1/18/2011 2:50 AM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

permulaan dgn 2 org gadis mmg menarik..menandakan ko x gay..haha..
tp entry ko mmg aku leh terima..jelas.. byk perkara / isu timbul kita boleh lihat..rite?

1/18/2011 2:54 AM

 

Anonymous Mitsuo berpendapat bahawa:

gadis-gadis tu memang cantik menarik, ko sambung.. tapi macam biasa, UNAVAILABLE. huhu

1/18/2011 2:56 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

wah Yaya, hadiah dia utk pompuan la.. huhu

1/21/2011 12:59 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik