<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, January 11, 2011

Kenapa Kenapa Kenapa


Aku seperti yang kau orang tahu, masih lagi berada dalam ‘persatuan’ lelaki-lelaki bujang yang bukan gay sedunia. Namun begitu, entah kenapa, ramai di antara rakan-rakan perempuan aku suka bertanya perihal lovey-dovey dan abstrak ini pada aku. Tetapi sebagai lelaki yang budiman (cewah, budimanlah sangat!), yang mana aku boleh jawab, aku akan akan jawab dengan jujur.

Kalau diperhatikan otak seorang perempuan berbeza sekali dengan otak seorang lelaki, dan perkara ini pun ada diterangkan dalam Islam. Walaupun sains juga dapat membuktikan perbezaan di antara kedua-duanya dengan jelas, tetapi biasanya soalan-soalan yang diajukan oleh kaum Hawa kadangkala (atau selalunya?) kami yang lelaki ini agak sukar untuk menjawabnya. Contoh-contoh soalan adalah seperti berikut:

  1. Kenapa lelaki (biasanya boyfriend) suka cakap, ‘Saya tak tipu, saya cuma tak beritahu saja’?
  2. Kenapa lelaki ‘macam’ lebih pentingkan kawan-kawan lelakinya berbanding girlfriendnya?
  3. Kenapa lelaki suka memandang yang cantik sahaja?
____________________

Soalan 1
Soalan ini sebenarnya mempunyai banyak jawapan bergantung kepada motif lelaki itu. Kalau lelaki itu berlaku curang, maka ini juga boleh menjadi salah satu jawapan yang paling mudah untuk diberikan. Jika ini bukan halnya, maka perempuan harus faham bahawa lelaki biasanya lebih suka menyelesaikan masalahnya sendiri (jika ada) tanpa mahu menyusahkan orang lain (terutamanya cik girlfriend), lalu jawapan seperti itu diberikan. Selain itu, ada perkara yang dirasakan remeh (yang sebenarnya pun memang remeh), jadi rasanya tidak perlu diberitahu. Contohnya, melepak di restoran mamak, bermain futsal dan sebagainya.


Soalan 2
Ini sebenarnya mudah untuk dijawab tetapi mungkin tidak difahami oleh wanita. Di kalangan lelaki, kami tidak berapa suka melihat pasangan yang asyik berkepit 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang masa. Ini bukan sahaja merimaskan, malahan jika terdapat kawan yang sebegini, ia akan menyukarkan keadaan apabila berlaku kecemasan. Mengikut logik pun, apabila berlaku kecemasan, kawan-kawan lelaki ini sahaja yang boleh membantu pada bila-bila masa diperlukan. Jika lelaki tidak menyeimbangkan masa di antara girlfriendnya dan kawan-kawan lelakinya, ia akan menyukarkannya juga kerana sekiranya berlaku kecemasan, tidak ada siapa yang akan menolong atas dasar: dah susah baru nak ingat kawan.


Soalan 3
Soalan ini sebenarnya tersangatlah subjektif untuk dijawab. Biasanya, jawapan aku mudah dan seharusnya boleh diterima ramai. Bagi aku, jika Tuhan sendiri pun menyukai yang cantik-cantik, apatah lagilah hambanya itu, dan ini termasuklah wanita sendiri. Tetapi, apabila berkata bab cantik, ia memang subjektif kerana mata manusia berbeza-beza perspektif. Aizat mungkin kata girlfriendnya cantik, padahal Faizal tidak pula berpendapat sebegitu.

____________________


Sebenarnya banyak lagi soalan-soalan yang kerap ditanyakan. Ini kadang-kadang membuatkan kami tertanya-tanya kenapa perempuan suka bertanya soalan yang pelik-pelik. Apabila kita rasakan jawapan yang diberikan itu adalah sewajarnya, sebaliknya bukan itu yang mahu didengar.

Umpamanya di sini, perihal cantik atau tidak baju yang dipakai, warna A atau warna B yang lebih sesuai, cantik atau tidak si dia itu, dan sebagainya. Tetapi sebenarnya, aku tahu bahawa wanita ini mahukan lebih perhatian lebih-lebih lagi daripada kekasih hatinya. Oleh itu, aku rasa mungkin jawapan yang humble dan logik perlu diberikan supaya jawapan tersebut ‘menepati kriteria’ tertentu.

Bagaimanapun, aku akui ramai juga lelaki yang tidak memahami (dan tidak mahu memahami) sisi seorang wanita. Jika ini pun tidak mahu difahami, aku suggest lebih baik kau orang yang lelaki ini menjadi single dulu (tetapi janganlah jadi gay pula). Paling kurang pun, kita tidak banyak ditanya soalan-soalan yang kadangkala lebih sukar dari SPM buat sementara waktu ini (aha, aku bergurau sahaja).

SEKIAN
5:17 AM
7 KATA HATI
[ 7 ] PENDAPAT

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

haha..i like this entry...
tp no 2 mcm terkene sesorang je..kui3

1/11/2011 1:47 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

awat, ko gi toilet pun ko bagitau gf ko ke? haiyo.. huhu!

1/11/2011 7:16 PM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

haha...wei..aku da tag ko satu contest.. hadiah sure mewah..jemput tgk..

http://zuried.blogspot.com/2011/01/contest-pic-hitam-putih-paling-cool.html

1/15/2011 2:28 AM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

da xnak join la?huhu..RM100

1/16/2011 3:59 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

aku join kot, tapi side bar aku tak buat. unavailable utk layout aku.. muahaha!

1/16/2011 1:54 PM

 

Blogger Khaleeqa Idrus berpendapat bahawa:

"LAKI PANDANG PEREMPUAN CANTIK SAHAJA"

Dulu, mmg agak-agak susah nak terima sebab rasa, kalau perempuan boleh terima laki tak kacak, kenapa laki tak boleh terima perempuan tak cantik.

Tapi bila dah makin matang ni kan, bila dah duduk muhasabah diri, bukan salah laki kalau mereka atau awak mudah tertarik pd perempuan cantik. Sebab, kita sendiri dah lali dengan kalimah "dari mata turun ke hati".

Apabila seseorang perempuan tu berpenampilan menarik dan berwajah ayu-cantik-dan-semua-yang-sewaktu-dengannya, barulah seseorang laki tu rasa tertarik untuk mendalami diri perempuan tu. (Okay, ini ayat Dr fadzilah Kamsah -.-") Walaupun personaliti lebih bertahan lama, tapi sungguh tak rugi jadi cantik.

Dan saya pun tgh berusaha menjadi cantik. HAHA!

1/18/2011 9:18 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

betul la awak cakap tu, tapi mata orang kan lain-lain nampak.. so percaya je yg somewhere kat dunia memang pasti ada lelaki yg melihat seorang perempuan itu cantik meskipun lelaki lain fikir sebaliknya..

1/18/2011 8:21 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik