<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, January 10, 2011

Time Traveller

Sebenarnya menonton drama Jepun tidak sama dengan menonton filem Jepun. Ini disebabkan pengolahan cerita di antara kedua-duanya begitu berbeza sekali. Umpamanya, drama Jepun kebiasaannya lebih dramatik serta boleh dijangkakan sedikit, tetapi filem Jepun pula lebih mementingkan bagaimana sesebuah falsafah itu mahu diterapkan.

Selain daripada faktor masa (panjang waktu), perbezaan di antara drama dan filem Jepun bagi aku terletak pada latarnya. Latar yang aku maksudkan di sini lebih kepada lagu latar atau melodi yang digunakan sepanjang sesebuah drama atau filem berjalan. Di sini, kita boleh mendengar lagu latar kerap dimainkan dalam banyak babak drama, namun agak kurang dilihat dalam kebanyakan filem Jepun.

Ini selalunya membuatkan aku terfikir sama ada ianya sebuah filem arus perdana ataupun sebuah filem indie. Disebabkan itu, jika sesebuah naskah diangkat, kebiasaannya versi drama lebih menarik untuk ditonton berbanding apabila ianya dipindahkan menjadi filem. Namun begitu, ianya tidak bermakna bahawa naskah yang diangkat menjadi filem tidak bagus, cuma ianya perlu diolah dengan lebih teliti barulah kelihatan menarik dan seronok untuk ditonton.

Berbalik kepada filem Toki wo Kakeru Shoujo (Time Traveller: The Girl Who Leapt Through Time) ini, satu perkara menarik yang membuatkan aku sangat meminati industri perfileman Jepun adalah idea utamanya. Jika diperhatikan, filem Jepun banyak membuat cerita berkenaan rentas masa (baca: kembali ke masa lampau) di mana biasanya akan ada mesej penting yang ingin disampaikan secara jujur. Mesej ini pula jika difahami sebenarnya adalah realiti yang dihadapi oleh kebanyakan orang, contohnya aku sendiri.

Secara jujurnya, aku tidak membaca langsung manga bertajuk sama yang kemudian diangkat menjadi filem ini. Oleh itu, aku hanya menontonnya bersandarkan kepada persamaan yang mungkin ada di antara filem ini dengan filem-filem Jepun lain dalam genre sama seperti Summer Time Machine Blues, Bubble Fiction: Boom or Bust, dan lain-lain. Apa yang penting di sini, aku mahu melihat apakah perubahan yang mahu dibuat atau diubah oleh protagonis tersebut.

Menonton filem fiksyen sains ini bagi aku sebenarnya sangat menarik dan memerlukan lebih perhatian. Ini kerana jika kita tidak dapat menangkap isi utama atau mesej yang cuba disampaikan, maka filem yang sebenarnya bagus itu hanya bagaikan pencuci mulut semata-mata, walhal ianya adalah makanan utama. Dalam kata lain, ia sepertilah seorang lelaki normal yang tidak terangsang apabila melihat seorang wanita, let’s say Emma Roberts, berbogel di hadapannya.

Dalam konteks filem ini, apa yang cuba disampaikan di sini adalah persoalan cinta. Ia bermain sekitar bagaimana dua orang manusia yang berbeza zaman perlu menghadapi perasaan yang telah berputik di antara kedua-duanya. Ini disebabkan terdapatnya rules (peraturan alam) yang perlu diikuti walau bagaimana masa boleh dikembalikan sekalipun.

Selain itu, persoalan yang turut disentuh adalah berkenaan peristiwa lampau yang cuba diubah. Dalam hal ini, walaupun something yang dicipta membolehkan manusia travel ke masa lalunya, rules yang tetap tidak boleh dilanggar adalah mengubah sesebuah peristiwa. Persoalan ini sebenarnya ditujukan kepada penonton kerana manusia secara realiti dan jujurnya pasti ada sesuatu pada masa lampaunya yang mahu diubah.

Ini tidak menghairankan sekiranya kita melihat sendiri bagaimana para saintis dari zaman berzaman cuba mengatasi kuasa Tuhan dengan berlumba-lumba menghasilkan mesin waktu. Penghasilan ini pula, jika dilihat, berpunca daripada penyesalan seseorang berkenaan sesuatu yang timbul pada masa lalu, di mana jika diberi peluang mahu diubahnya. Namun begitu, aku percaya bahawa mereka ini tidak akan sesekali berjaya atau dapat menghasilkan mesin waktu walau bagaimana canggih pun teknologi.

Kesimpulannya di sini, aku tahu bahawa mesin waktu itu tidak mungkin dapat dihasilkan oleh manusia. Tetapi, ia tidak menghalang aku untuk meminati filem-filem bertema sebegitu seperti mana filem ini. Paling kurang pun, ia dapat mengingatkan aku supaya lebih memandang ke hadapan agar diri aku yang di masa hadapan itu tidak akan menyesal dengan diri aku yang kini, atau diri aku yang lalu.

SEKIAN
8:28 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik