<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, January 6, 2011

Self-Interest

Manusia, tidak kira Adam atau Hawa, kebiasaannya suka merungut apabila keperluan dan kehendak diri tidak dipenuhi. Secara ekonominya, ini terhasil apabila kita, iaitu kau orang dan aku, kekurangan sumber di mana ia selalunya adalah wang ataupun duit. Oleh kerana itu, ia membawa kepada suatu perasaan yang tidak dapat dipuaskan: tidak berpuas hati.

Tetapi, manusia ini memang sangat panjang akalnya, mungkin lebih panjang dari bulu-bulu yang ada di tubuhnya, umpamanya let’s say rambut (bulu ketiak pun boleh). Bagi alternatif mudah, menuding jari secara metaforanya lebih senang dibuat kerana tangan dan jari boleh digerakkan pada bila-bila masa. Jika seorang homo sapiens bagus dalam menggunakan akalnya itu, maka hasilnya akan membawa kepada think dan juga do.

Apabila ianya berlaku, ini akan membawa kepada bagaimana sesuatu means itu digunakan. Dalam kata lain, cara yang digunakan untuk mencapai matlamat tersebut kadangkalanya sehingga membawa kepada tikam-menikam, putus kawan dan sebagainya. Ini kerana seperti kata Adam Smith, ia asalnya berpunca daripada self-interest seseorang homo sapiens itu, dan pada satu-satu masa, boleh dipersoalkan disebabkan perilaku tersebut mungkin hanya selfishness semata-mata.

Dalam hal ini, Abang Joe umpamanya, tidak boleh dipersalahkan kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, contohnya sekali lagi: kau orang dan aku. Jika diperhatikan pun, Abang Joe bukannya menyedari bahawa sistem sosial yang sedang berjalan sekarang ini mempunyai something yang wrong di dalamnya. Baginya, menjadi seorang yang hot dengan ciri-ciri tertentu adalah penting serta mempunyai kosnya yang tersendiri.

Sistem sosial yang berjaya dibangunkan oleh Encik Smith tersebut menggambarkan bahawa Abang Joe yang kaya selalunya dipandang tinggi. Manakan tidak, makwe-makwe yang asyik berkepit dengan Facebook menggunakan BlackBerry masing-masing secara beberapa saatnya akan sempat menjeling ke arah Abang Joe yang kaya itu. Kalau ada luck, mungkin Abang Joe akan membalas jelingan tersebut dalam lapan saat sebelum jatuh cinta pada pandangan pertama, lebih-lebih lagi kalau ada di antara makwe tadi hot macam Juliana Evans.

Oleh kerana itu, untuk tergolong dalam golongan orang yang mudah mendapat perhatian makwe-makwe hot seperti Juliana Evans, maka Abang Joe mestilah menebalkan poketnya. Seperti yang aku katakan tadi, ini semua gara-gara self-interest yang membuatkan life homo sapiens boleh menjadi kelam-kabut. Apa yang menariknya, ia berlaku terhadap kedua-dua jantina tidak kiralah Adam mahupun Hawa.

Bagi menyambung perihal ini, let’s say makwe seperti Maya berjaya ‘memperoleh’ boyfriend yang kaya dan hot di mana dalam kes ini, kebanyakannya adalah anak-anak Dato’ tulen mahupun beli. Jadi, setelah itu apakah yang akan berlaku? Like I said sekali lagi, self-interest ini memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tindak-tanduk Maya, contohnya seperti berjaya mendapatkan barangan Gucci (dan sebagainya yang mahal) daripada boyfriendnya tersebut.

Sebenarnya, ini tidak dapat dielakkan kerana ianya telah berlaku sejak dari dulu lagi. Masyarakat suka memandang seseorang yang biasanya powerful dari segi kewangan kerana pada satu-satu masa, akan terlintas di fikiran bahawa mungkin orang berharta ini boleh dipergunakan untuk tujuan self-interest tadi. Maka dengan itu, kita boleh melihat bahawa calculation yang dibuat oleh Encik Smith sangatlah logik dan tepat sehingga berjaya diaplikasikan dalam sistem yang digunakan sekarang.

Namun begitu, bagaimana hebat pun calculation yang dibuat oleh Encik Smith, dia telah lupa bahawa unsur-unsur kerohanian yang ada di dalam hati setiap homo sapiens di dunia ini berjaya menyeimbangkan sistem tersebut. Jika mengikut secara logik pun, Maya tidak mungkin akan memakai barangan Gucci apabila dia mahu melepaskan ‘sesuatu yang busuk’ di dalam toilet rumahnya. Di sini, praktikalnya tidak semuanya akan sama dengan teorinya.

In the end, memanglah self-interest itu penting dalam diri setiap homo sapiens sebagai suatu pendorong. Bagaimanapun, ianya akan terhenti pada tahap yang memadai setelah kepuasan tercapai walaupun bukan pada peaknya. Apa yang penting, perasaan safe dalam diri manusia, ditambah pula unsur-unsur kerohanian (kepada Tuhan) pada akhirnya membolehkan self-interest ini berjaya dikawal daripada menjadi apa yang dikatakan sebagai selfishness ‘tahap dewa’.

SEKIAN
7:29 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

nice entry...x macam k'rul yg ak jumpe dlm kancil sllu..haha

1/06/2011 7:44 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

haha siot.

laju pulak ko komen..

1/06/2011 3:33 PM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

haha..ak skrg da rajin nak bc blog ko..tambah ilmu...sbb k'rul yg ak jumpe dlm kancil ntah pe3..
kui3

1/09/2011 1:08 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

aku nak tulis pasal ko la pasni. mungkin tajuk dia, "wan yang saya tahu". amacam? ahaha

1/09/2011 8:14 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik