<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, January 25, 2011

3 Idiots

Kalau aku seorang pengkritik filem profesional, aku akan meletakkan filem ini ke dalam senarai filem yang wajib ditonton sebelum korang, you know, ‘meninggalkan dunia’, sebelum korang berumur 30 tahun, dan ‘sebelum-sebelum’ yang lain. Ini kerana, filem ini tidaklah seperti filem-filem tipikal Hindi yang lain di mana kita mudah menjangka plotnya. Walaupun filem ini nampak ringan, tetapi dalam konteks sosial, aku melihat ia sebagai sebuah filem yang bijak yang mampu mendidik penonton, khususnya ibu bapa dan para pelajar.

Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, kegilaan aku menonton filem-filem Hindi telah hilang setelah berlakunya ‘penjajahan Jepun’ dengan drama-drama dan filem-filemnya sekitar tahun 2001 dulu. Kalau pun ada filem Hindi yang aku suka, ia semestinya dilakonkan oleh Shah Rukh Khan yang masih aku kagumi sehingga sekarang, selain pelakon-pelakon sezamannya seperti Aamir Khan, Salman Khan dan lain-lain. Oleh itu, apabila filem 3 Idiots ini menjengah ke pawagam Malaysia dulu, aku cukup teruja untuk menontonnya lebih-lebih lagi kebanyakan review di media massa memberikan kritikan yang sungguh positif.

Namun begitu, disebabkan ramai kawan-kawan aku terutamanya lelaki bersikap hipokrit, maka diorang lebih gemar melayan filem-filem Melayu sampah atau picisan, yang aku rasa korang boleh namakan sendiri. Disebabkan itu, aku tidak berkesempatan langsung menontonnya di pawagam walaupun ada beberapa kali aku cuba mengajak beberapa orang kawan. Apa yang menariknya, profesor aku sendiri walaupun bukan berbangsa India atau Melayu (yang majoriti menonton filem-filem Hindi) sangat teruja menonton filem ini dan menggalakkan pelajar-pelajarnya supaya mengambil masa menonton filem ini sewaktu kuliah suatu ketika dulu.

Apabila aku mempunyai kesempatan untuk menontonnya (setelah download), aku tidak melihat sinopsisnya yang detail terlebih dulu kerana aku tidak mahu sebarang spoiler. Dalam kepala, aku hanya mahu melihat apakah keistimewaan filem ini sehingga pengkritik filem Barat pun turut sama-sama memujinya. Dalam dua jam lebih aku menonton filem ini, tidak dinafikan bahawa ini adalah antara filem Hindi terbaik pernah dihasilkan.

Pada dasarnya, filem ini berdasarkan kepada novel Five Point Someone oleh Chetan Bhagat yang semestinya aku belum berkesempatan membacanya. Bagaimanapun, ia diubah suai bagi memenuhi tuntutan sebuah filem kerana penceritaan dalam sesebuah filem tidak semuanya boleh sama dengan penceritaan dalam sesebuah novel. Sungguhpun begitu, apa yang penting di sini ialah mesej utamanya masih jelas dan tidak berubah sama sekali dengan apa yang terkandung dalam novel tersebut.

Jika diperhatikan, filem ini menceritakan keadaan sebenar yang berlaku dalam masyarakat dunia. Aku (dan juga korang) semestinya berlumba-lumba mengejar gred yang baik untuk mendapat pekerjaan yang baik supaya boleh beristeri hot, boleh mempunyai kereta besar dan sebagainya. Ini sebenarnya boleh dikatakan virus yang ada dalam sistem yang kita amalkan kini.

Dalam 3 Idiots, walaupun Rancho (lakonan Aamir Khan) merupakan seorang yang pintar, tetapi dia tidak bersikap sombong, malahan masih humble dengan rakan-rakan sekolejnya terutamanya Farhan (lakonan R. Madhavan) dan Raju (lakonan Sharman Joshi). Ini kerana Rancho melihat bahawa mempelajari sesuatu tidak seharusnya sesuatu yang membebankan seperti mana yang berlaku pada masa kini. Disebabkan sistem yang agak korup, kita ‘dipaksa’ mencapai gred yang tinggi kerana masyarakat sekarang pada umumnya melihat kepada pencapaian ini bagi melabelkan kejayaan hidup seseorang.

Rancho sebaliknya mengajar kita bagaimana dan untuk apa kita belajar. Ini termasuklah persoalan keutamaan penghafalan membabi buta berbanding pemahaman yang baik, persaingan yang menggerunkan sehingga berlakunya banyak kejadian bunuh diri, dan bagaimana harapan ibu bapa terhadap anak-anak yang dihantar belajar. Ini semua mengajar kita bahawa apa yang kita mahukan, seharusnya kita sendiri yang tentukan bagaimana ia perlu dilakukan, bukannya perlu disuap dan mengikut telunjuk orang lain semata-mata.

Di sebalik pengajaran dan kritikan pedas terhadap sistem sosial kini, 3 Idiots sebenarnya berjaya menghasilkan sebuah filem yang sungguh menghiburkan. Ini boleh dilihat dalam persembahan ketiga-tiga watak utama tersebut. Bagi aku, babak yang paling melucukan adalah sewaktu Chatur (lakonan Omi Vaidya) memberikan ucapan di mana teks ucapannya tersebut telah diubah suai oleh Rancho sehingga menjadi bahan lawak audiens tanpa disedarinya.

Chatur ini sebenarnya adalah watak yang biasa kita lihat di sekeliling, yang biasanya kita panggil sebagai ‘skema’ dan ‘poyo’. Dia lebih suka menginterpretasikan teori-teori yang terdapat dalam buku tanpa pemahaman penuh terhadap sesuatu subjek. Disebabkan itu, apabila Rancho cuba membetulkan profesornya dan lain-lain pelajar ‘skema’, dia mengkritik secara tersirat bahawa pelajaran tidak seharusnya dipelajari bulat-bulat daripada buku.

Ini sebenarnya bukan retorik semata-mata kerana dalam setiap peperiksaan, Rancho menduduki tempat pertama sebagai pelajar terbaik. Di sini, dia mengajar kita bahawa untuk mempelajari sesuatu, kita perlu mengambil segalanya yang mungkin selagi ilmu itu boleh dipelajari tanpa perlu mengemukakan pelbagai dalih. Baginya, manusia pada dasarnya adalah sama sahaja.

Sebagai konklusi, aku memberikan filem ini empat bintang setengah daripada lima bintang. Di samping pengajaran yang baik, filem ini sungguh menghiburkan dengan adegan-adegan lucu yang segar. Oleh itu, aku boleh katakan bahawa ianya adalah sebuah pakej yang lengkap dalam sebuah filem iaitu pengajaran dalam hiburan.

SEKIAN
12:12 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik