<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, January 30, 2011

Go Home, Bak Kata Eliza Doolittle

Satu perkara yang menarik apabila menghadapi perjalanan jauh, umpamanya dari Bangi ke Johor Bahru dengan memandu kereta adalah bagaimana kau nak handle situasi selama lebih kurang tiga jam masa perjalanan. Maksud aku, dalam tempoh tersebut, apa yang kau boleh buat untuk menghilangkan rasa bosan pulang ke kampung halaman secara bersendirian? Jadi di sini, ada beberapa perkara yang selalu aku buat untuk menghilangkan rasa bosan memandu kereta berseorangan ketika menghadapi perjalanan yang jauh.

Kalau aku seorang sahaja tanpa ada teman atau orang yang menumpang, aku akan pastikan playlist lagu dalam kereta aku diimbangi di antara tema yang relax, ‘layan perasaan’ dan juga ‘gila’. Ini bagi membolehkan aku hilang rasa mengantuk akibat kebosanan memandu berseorangan. Playlist di atas mempunyai 140 buah lagu yang aku campur di antara lagu-lagu Melayu dan Inggeris secara berselang-seli.

Walaupun seorang diri, aku masih boleh melalak sekuat hati di dalam kereta ketika memandu. Tetapi kalau ada kawan, lebih seronok kerana kau boleh melalak macam dalam filem A Lot Like Love itu. Pitch lari atau tidak, itu belakang kira (siapa nak kisah kan?).

Kemudian, aku paling suka berhenti di R&R Ayer Keroh (jejantas) semata-mata untuk membeli makanan di A&W. Walaupun aku boleh sahaja duduk makan di situ, sebaliknya aku lebih suka lagi makan di dalam kereta kerana dia punya syok lebih sedikit (bagi akulah). Oleh itu, aku biasanya take away sahaja dan makan dalam kereta di tempat letak kereta.

Satu lagi, walaupun seorang sahaja, kita sebenarnya boleh terberangan atau berfikir sewaktu memandu. Idea boleh datang ketika aku sedang memandu, sama seperti ketika aku berada dalam tandas. Bagaimanapun, di dalam kereta, ia mengikut lagu apa yang sedang bermain ketika itu.

Apa yang penting, kalau kau pulang pada awal pagi, feelingnya lebih syok dan lain macam sedikit. Apabila cuaca sangat baik, maka langit dan bumi yang ada di sekeliling kau (sekitar highway) sebenarnya cantik serta kadang-kadang boleh memukau (walaupun mungkin kau dah biasa lihat). Jadi, pointnya di sini, pandai-pandailah cari cara nak menghilangkan rasa bosan pulang ke kampung halaman ketika kau memandu berseorangan kerana pulang berseorangan sebenarnya tidaklah bosan mana pun.

____________________


Guys, pernah tak korang mendengar nama Eliza Doolittle? Awek ini adalah artis sensasi terbaru British kelahiran London yang juga merupakan fan setia Arsenal (damn, kenapa bukan Chelsea eh sweetie?). Seperti biasa, awek-awek British sangat menarik perhatian aku dan kali ini giliran dia yang cute pula.

Aku sangat menyukai suaranya disebabkan dia mempunyai nada yang agak unik dan sedap di mana kedengaran agak matang, ditambah pula keupayaannya menghasilkan karya sendiri. Aku boleh katakan bahawa dia mempunyai pakej lengkap umpamanya kalau Lily Allen bergabung dengan Kate Nash, KT Tunstall dan Corinne Bailey Rae. Album Eliza Doolittle (album self-titled) telah dikeluarkan pada bulan Julai tahun lepas dengan meletakkan lagu Skinny Genes, Pack Up dan juga Rollerblades sebagai tiga single utama setakat ini.

Personal favourites aku termasuklah tiga lagu yang disebutkan tadi, Missing, Go Home, Police Car dan Back To Front. Kalau Amerika boleh berbangga dengan Taylor Swift, Kanada dengan Avril Lavigne, maka British secara berterusan sentiasa menghasilkan awek comel yang berbakat seperti sensasi terbaru mereka ini. Eliza Doolittle bagaimanapun menampilkan sedikit kelainan kerana tidak tertakluk kepada muzik pop semata-mata, malahan dia turut mengetengahkan muzik folk, jazz dan juga ska.

Secara keseluruhannya, aku boleh memberikan album ini tiga bintang setengah daripada lima bintang di mana wajib bagi korang yang meminati muzik folk dan jazz terutamanya untuk memilikinya. Selain daripada menenangkan, korang boleh menikmati muzik ini ketika menunggu bas, menunggu awek korang siap make up, buang air besar, breakfast, menunggu turn untuk masuk bermain futsal, dan sebagainya. Aku bet, kalau korang sedang mendengar album ini, awek cun lalu di sebelah pun korang boleh abaikan atau tidak perasan (itupun kalau korang meminati muzik seperti ini).


SEKIAN
9:59 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik