<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, November 24, 2010

Thought

Berkenaan topik suara, aku akan kembali menyambung bahagian kedua nanti. Tetapi sekarang, aku teringin berbicara tentang cinta. Ah BLEEP (perkataan ini telah berjaya ditapis), aku bergurau, aku nak menulis tentang something yang berkaitan dengan penulisan umpamanya puisi, artikel, lirik atau apa sahaja yang bermaksud melontarkan idea dan pemikiran (orang seperti Ben Bradshaw si Gigi Putih menyebutnya thought).

Entah kenapa, eagerness aku untuk membaca bahan berkualiti semakin berkurang dari masa ke semasa kecuali beberapa topik seperti agama, sukan (khususnya bola sepak), teori konspirasi, dan lain-lain yang ‘sedikit akademik’. Novel langsunglah aku tidak sentuh, apatah lagi majalah-majalah tempatan pelbagai genre terutamanya hiburan. Tambahan pula, semakin banyak dan mudah untuk mendapatkan bahan bacaan di internet masa kini, maka semakin jimatlah duit aku daripada membeli bahan-bahan bacaan ringan (khususnya majalah dan komik).

Kalau mengikut personal favorites aku, Nazim Masnawi dan Saniboey M. Ismail (dulunya editor majalah Sentiasa Manja) adalah antara figura yang aku gemari khususnya dalam genre hiburan serta hal ehwal semasa. Penulisan mereka sangat menghiburkan, logik, sinis dan kadangkala sedikit sarkastik. Bagaimanapun, mereka berdua tidak ‘terlalu beremosi’ dan tidak terlalu mengampu setiap kali melontarkan idea, bukan seperti segelintir penulis kini.

Aku sangat menyukai sesebuah lagu yang bukan sahaja enak didengar, tetapi mempunyai lirik yang bagus walaupun ianya ringkas atau pendek. Sebagai contoh, M. Nasir, Nazareth (The Times), John Lennon dan Noel Gallagher (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan pencipta lagu yang hebat yang menjadi favorite aku. Ini disebabkan lirik-lirik yang dicipta mereka merangkumi pelbagai mesej sama ada bersifat santai, puitis, romantik, deep, dan lain-lain yang boleh membuatkan aku untuk berfikir sejenak.

Manusia secara normalnya berubah atau berevolusi setiap masa dan ini meliputi pelbagai hal. Umpamanya aku sendiri, jika sewaktu zaman remaja bahan bacaan utama aku (kegemaran utama) banyak meliputi segmen sukan, komik, hiburan dan sedikit agama (aku tidak menipu dalam hal ini), tetapi sekarang ia dah meluas ke aspek-aspek lain (ada juga yang aku dah kurang gemar). Cuma ada satu topik yang aku tidak gemari dari dahulu sehingga sekarang dan mungkin akan datang juga (harap-harapnya begitu) iaitu politik yang bagi aku sangat membosankan.

Apa yang nak aku tekankan di sini ialah, aku sangat menggemari penulisan yang santai, padat, logik, sinis (atau sedikit sarkastik), berhemah, dan mendalam tetapi dalam masa sama tidak terlalu beremosi. Bagi aku, penulisan ini juga bagaikan something yang ‘hidup’ yang boleh menentukan mood seseorang pembaca. Seperti manusia, jika seseorang itu asyik beremosi selalu, pastinya orang sekeliling akan meluat dan ini samalah juga dengan penulisan.

Oleh itu, fahamilah bahawa untuk menarik minat seseorang pembaca, penulis perlulah mengkaji apakah gaya penulisan dan isi kandungan yang digemari oleh pembaca. Contohnya seperti blog aku, trafik ke sini adalah kurang mungkin kerana ianya tidak menarik, aku tidak mempromosikannya, tidak banyak menulis, tidak banyak tips atau tutorial diletakkan, dan pelbagai lagi ‘tidak’ yang aku rasa banyak juga kalau nak disenaraikan. Namun begitu, aku tidak berapa kisah kerana apa yang penting, aku masih lagi minat untuk membaca penulisan orang lain (point aku ialah minat membaca aku itu tidak harus pudar).

SEKIAN
8:25 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik