<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, November 17, 2010

Suara: Bahagian I

Kalau boleh diberi pilihan tentang suara, ada beberapa orang individu atau vokalis yang sangat aku minati dan kagumi. Aku berharap untuk mempunyai suara seperti salah seorang daripada mereka. Ini disebabkan setiap daripada mereka mempunyai suara yang unik dan sedap didengar.

Oleh itu, aku telah menyenaraikan 10 orang vokalis yang bagi aku mempunyai karisma dan keunikannya tersendiri. Senarai ini pula adalah tidak mengikut turutan siapa yang paling bagus, tetapi hanya mengikut turutan nama. Untuk itu, aku akan menceritakan sedikit profil dan menerangkan x-factor yang berjaya mengagumkan aku.

____________________


ALEX TURNER atau nama sebenarnya Alexander David Turner adalah setahun lebih muda dari aku di muka bumi ini. Beliau adalah orang England yang merupakan frontman bagi Arctic Monkeys dan juga The Last Shadow Puppets. Membesar dengan muzik The Beatles dan Oasis, AT mula mempelajari gitar untuk menjadi seperti idola-idolanya tersebut sehinggalah beliau berjaya dengan kedua-dua band yang ditubuhkannya sehingga sekarang.

Pada asalnya, AT bukanlah vokalis asal Arctic Monkeys dan hanya menjadi frontman kerana ‘terpaksa’, walhal rakannya sendiri (vokalis asal) pernah mengatakan bahawa AT terlalu humble serta tidak menyedari tentang suaranya yang benar-benar bagus itu. Bagi AT, mencipta lagu dan bermain gitar sudah cukup memuaskan dirinya. Namun begitu, pada pendapat aku, tindakan AT memberanikan dirinya untuk menjadi frontman adalah bijak kerana tanpanya, aku mungkin tidak menggemari Arctic Monkeys.

Suara AT boleh dikatakan sedikit halus tetapi tidaklah tinggi range suaranya seperti Freddie Mercury (Queen) atau Bono (U2). Namun begitu, aku suka suaranya kerana ia agak romantik dan sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu bergenre romantik (selain lagu-lagu rock, punk dan sebagainya), umpamanya lagu cover Baby I’m Yours, No Buses dan The Bakery. Bukannya apa, aku teringin untuk menyanyikan lagu-lagu tersebut untuk memikat atau memujuk gadis (atau wife suatu hari nanti) dalam saat-saat tertentu.

CRAIG NICHOLLS pula adalah kebanggaan Australia yang juga membesar dengan muzik The Beatles. Bakat muzik CN datang daripada bapanya yang juga pernah mempunyai band dengan nama The Vynes dalam tahun 1960-an di mana ia kemudiannya digunakan oleh CN apabila menubuhkan The Vines. The Vines terserlah seiring dengan kebangkitan garage rock seawal milenium apabila menyertai band seumpama itu seperti Jet, The Hives dan The Libertines walaupun pada dasarnya, pengaruh muzik yang kuat bagi mereka datangnya daripada Nirvana serta sedikit pop vintaj British.

Di awal kemunculan The Vines, audiens rata-ratanya terpegun dengan suara CN yang unik dan ‘kasar’ itu bersesuaian dengan muzik yang dibawakan mereka. CN turut mempunyai range suara yang tinggi dan ini membolehkannya menjadi ‘gila’ apabila perform di atas pentas. Oleh kerana itu, ramai audiens dan pemerhati (atau pengkritik muzik) menggelarkannya kurang ajar disebabkan attitudenya yang teruk itu sebelum umum mengetahui bahawa CN mempunyai sindrom Asperger (ia menyebabkan seseorang hilang kawalan diri).

Aku menyukai suara CN kerana ia ‘membenarkan’ kita untuk menjadi ‘bebas’ serta ‘gila’ apabila menyanyikan sesebuah lagu. Ini sangat sesuai apabila seseorang itu berada dalam tekanan perasaan di mana dengan mempunyai range suara sebegitu, tekanan tersebut boleh dikurangkan apabila menyanyi dan sebagai contoh, korang boleh melihat bagaimana CN ‘menggila’ dalam video Get Free serta Outtathaway!. Namun begitu, suara CN juga sangat sedap apabila menyanyikan lagu yang berentak mellow atau melankolik sebagaimana beliau menyanyikan lagu Homesick, Mary Jane, Sun Child dan Winning Days.

JOHN LENNON mempunyai banyak sisi cerita yang menarik untuk diketahui. Ini termasuklah kisah yang berkisarkan kehidupan di waktu kecil, persahabatan, percintaan sehinggalah melangkaui politik. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa bersama-sama Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr, mereka telah menubuhkan antara band yang paling dikenali dunia serta banyak mempengaruhi pemuzik-pemuzik lain (termasuklah penulis lirik dan komposer).

JL mempunyai range suara yang unik kerana beliau boleh menyanyikan lagu bernada rendah sehinggalah bernada tinggi. Tambahan pula, suaranya yang ‘kasar’ dan jelas itu membolehkannya membawakan pelbagai genre muzik. Ini termasuklah lagu yang berentak rancak dan juga mellow atau yang jenis-jenis ‘relax’ seperti jazz.

Selain daripada keupayaannya menyanyikan lagu-lagu rock (atau yang berentak rancak), aku sangat menyukai suaranya kerana sedap apabila menyanyikan lagu-lagu romantik dalam nada yang nyaring cool (susah aku nak gambarkan). Sebagai contoh, korang boleh mendengar lagu All I've Got To Do, You've Really Got A Hold On Me, Words Of Love, Baby’s In Black, dan All You Need Is Love (sekadar menyebut beberapa nama). Untuk range suara yang tinggi, aku suka apabila JL menyanyikan lagu-lagu seperti Don’t Let Me Down, Rock And Roll Music, Thank You Girl dan lain-lain.

JULIAN CASABLANCAS seperti yang diketahui anak-anak muda kini dan juga para gadis, merupakan frontman bagi The Strokes. Beliau boleh dikatakan agak bertuah kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang terkenal di mana ayahnya merupakan pengasas Elite Model Management dan ibunya pula adalah bekas Ratu Denmark 1965. Namun begitu, tidak seperti anak-anak pasangan selebriti lain (contohnya Paris Hilton), beliau ‘tidak pandai’ menghabiskan duit ibu bapanya tetapi lebih senang membuat duit sendiri melalui muzik.

JC mempunyai suara yang jarang dimiliki oleh mana-mana penyanyi di dunia (setakat yang aku dengar) dan ternyata unik dalam membawakan genre garage rock terutamanya. Pada pendapat aku, apabila JC menyanyi beliau seakan-akan sedang bermonolog dengan dirinya sendiri. Range suaranya unik kerana boleh berada pada nada rendah dan apabila sesebuah lagu memerlukannya untuk menjerit (atau seakan-akan ‘marah’), suaranya boleh mencapai tahap tinggi tetapi masih lagi sederhana.

Kekuatan JC selain daripada suara dan kebolehannya bermain banyak instrumen muzik, terletak pada keupayaannya mencipta lagu. Kebanyakan liriknya mudah diingati dan kadangkala agak ‘deep’ untuk difahami. Apa yang lebih penting, gaya muziknya (dari segi instrumen dan melodi) amat mudah dikenal pasti serta boleh dikatakan trademark bagi The Strokes di mana audiens akan mudah mengandaikan sesebuah lagu itu milik mereka, sebagai contoh You Only Live Once, The Modern Age, Under Control dan sebagainya.

LIAM GALLAGHER adalah juga adik kepada Noel Gallagher yang menubuhkan Oasis (bersama rakan-rakan lain) sebelum kemudiannya disertai oleh abangnya sendiri. Meskipun kini Oasis telah dibubarkannya dan digantikan dengan Beady Eye oleh sebab sikapnya yang gila itu, namun LG masih berjaya dalam karier muzik. Membesar dalam pengaruh The Beatles, beliau pernah menganggap dirinya sebagai John Lennon yang baru lebih-lebih lagi apabila suaranya itu boleh dikatakan sedikit mirip dengan suara idolanya tersebut.

Ini adalah tidak menghairankan kerana suara LG memang sedikit persis suara John Lennon tetapi lebih ‘soft’ (tidak terlalu nyaring) berbanding idolanya itu. Beliau boleh membawakan lagu yang berada dalam range nada yang rendah dan juga tinggi. Namun begitu, tidak perlu diperbandingkan di antara kedua-duanya kerana suara LG masih tetap berbeza dan jarang terdapat di dunia.

Aku sangat suka suara LG kerana ia agak menenangkan dan boleh membuatkan aku teringat perkara-perkara lama atau berangan sebentar. Dalam masa yang sama, suara LG boleh seakan-akan mengajak audiens untuk relax dan kadangkala mosh. Sebagai rekod, aku suka suaranya dalam lagu Champagne Supernova, She’s Electric, Who Feels Love dan lain-lain.

SEKIAN
8:09 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger s a r e e z a berpendapat bahawa:

telah mendengar 3 lagu dari 3 vokalis yang dikatakan hebat oleh anda. ;) cool. lepas ni sambung balik dengar.hee. and baru comment betul betul. layan~

11/17/2010 8:29 AM

 

Blogger Taufik Jusoh berpendapat bahawa:

aku suka cara penulisan kau. hoho. style

11/17/2010 12:58 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

sareeza, siapakah mereka? hehe

Topex, tapi tak sehebat rakan kita Sherah. hehe

11/17/2010 1:25 PM

 

Blogger Shariman's Blog berpendapat bahawa:

The Strokes is the Best EVER !! :D

3/28/2013 8:06 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik