<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, November 25, 2010

Thought II

Aku suka membaca perihal teori konspirasi sama ada ianya bersifat rekaan, mahupun yang benar. Ini menunjukkan bagaimana manusia jika menggunakan akalnya ke tahap maksimum, boleh memanipulasi keadaan. Selebihnya, tindakan yang dibuat berdasarkan kepada akal tadi pula boleh bersifat jahat ataupun bertujuan untuk kebaikan, dan ia mestilah salah satu.

Jadi sebagai contoh, apabila ada orang kita yang berjaya mengkaji dan membongkar perihal Illuminati atau Freemason umpamanya, timbul tiga keadaan. Pertama, akan muncul segolongan orang yang taksub kepada perihal Illuminati/Freemason sehingga seakan-akan fobia dengan keadaan sekelilingnya. Kedua, muncul juga segolongan orang yang menentang terus (seolah-olah tidak boleh menerima) kajian berkenaan Illuminati/Freemason, dan terakhir adalah golongan pertengahan yang tidak menerima bulat-bulat kajian, tetapi tidak juga menolak bulat-bulat kajian (maknanya mereka berfikir).

Secara jujurnya, aku berada dalam golongan pertengahan. Ini disebabkan ada beberapa perkara yang seakan-akan sengaja direka-reka, yang apabila dikaji semula ternyata kebohongannya. Namun, ada juga perkara yang dulunya aku ragui, tetapi apabila ‘diutarakan’ oleh para pengkaji tersebut dengan bukti-bukti yang kukuh telah menyebabkan aku percaya dengannya.

Sebagai contoh, kalau kau orang ada membaca tentang teori-teori konspirasi, pasti ada cerita berkenaan UFO yang dikatakan adalah sebenarnya teknologi manusia. Namun begitu, aku percaya ada yang hanya memandang sinis apabila membaca berkenaannya. Tetapi baru-baru ini, dilaporkan di dalam berita bahawa teknologi tersebut diakui benar-benar wujud dan ianya diasaskan oleh tentera Nazi.

Reaksi aku apabila membaca berita tersebut tidaklah mengejutkan. Kalaupun ianya masih belum terbukti benar (tetapi bagi aku ia tidak mustahil), sekurang-kurangnya apa yang pengkaji tersebut telah kaji sebelumnya terbukti benar sehingga fakta yang cuba disembunyikan atau dinafikan akhirnya bocor juga di media massa. Namun begitu, aku rasa ianya akan cepat dilupakan kerana kebiasaan tabiat manusia yang ‘malas berfikir’.

Satu lagi contoh adalah kisah Hang Tuah dan Hang Jebat yang pernah aku bincangkan sebelum ini, di mana fakta sebenarnya tiada pembunuhan berlaku di antara mereka berdua. Akhirnya setelah agak lama aku tidak membaca Mastika, barulah aku ‘berminat’ untuk membacanya setelah terbit topik ini di kulit depannya. See, apabila kau orang terlalu mempercayai apa yang ada dalam buku Sejarah, kau orang sebenarnyalah ‘pak turut’ dalam hal ini, bukannya Hang Tuah.

Jika kau orang ada mempelajari ilmu persilatan, pasti akan ada topik ini (itupun kalau kau orang bertuah sekiranya tuan guru mahu berkongsi cerita). Sejak kali pertama aku membaca kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, dah timbul keraguan di mana sesetengah fakta yang diceritakan seakan-akan tidak logik, umpamanya Hang Jebat yang boleh hidup lama walaupun setelah ditikam dengan Taming Sari. Selebihnya, teori berkenaan Hang Tuah bersaudara berasal dari China sememangnya hanya teori yang sengaja direka-reka dan bohong belaka.

Aku sebenarnya tidak begitu faham dengan orang kita. Segelintir daripada mereka boleh pula terlalu meyakini apa yang ditulis oleh orang Barat tanpa sedikit keraguan. Tetapi, apabila ianya dikaji oleh orang sendiri, mereka menyangkal pula habis-habisan tanpa berfikir sejenak.

Disebabkan kini adalah zaman Wikipedia, orang lebih gemar mencedok idea atau bersumberkan fakta-fakta di situ. Namun begitu, tidak semuanya yang ada di situ adalah benar dan ada juga yang tidak diceritakan. Sebagai contoh, kisah Bruce Lee mati di tangan tuan guru silat sebenarnya adalah betul, bukannya direka-reka untuk menaikkan ‘martabat’ guru tersebut.

Aku sendiri bukanlah pengikut ilmu persilatan tuan guru tersebut, tetapi aku percaya cerita tersebut adalah benar kerana ianya pernah terbit dari mulut alim ulama yang turut mempelajari silat (juga bukan di bawah seni silat tuan guru tersebut). Daripada aku mempercayai Wikipedia yang lebih banyak keraguan, lebih baik aku mempercayai alim ulama ini. Sekurang-kurangnya, jika dia menipu aku, dia akan tanggung sendiri akibatnya di akhirat nanti kerana dia sebagai orang yang banyak ilmu agama pasti lebih arif dalam hal ini.

Bagi orang yang menyangkal bulat-bulat kajian berkenaan Illuminati/Freemason ini, aku cadangkan kau orang banyakkanlah membaca dan mengkaji. Jika kau orang meragui hasil kajian orang sendiri, kajilah hasil tulisan orang Barat sendiri. Di sini sahaja, aku dah boleh melihat bahawa golongan ini telah gagal atau tidak lepas lagi (belum khatam) dari mempelajari bab mind control atau kawalan minda dalam bahasa Melayu.

Sebagai contoh lain, siri TV Rubicon adalah bagus untuk ditonton kerana ia memaparkan sedikit sebanyak tentang bagaimana golongan elit (umpamanya keluarga Rockefeller secara realitinya) menguasai dunia. See, jika orang TV boleh terfikir untuk menghasilkan siri seperti itu, apatah lagilah puak-puak Illuminati/Freemason ini. Nampaknya, hedonisme yang cuba disebarkan mereka semakin berhasil dan ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi aku, cuma aku masih belum terlalu taksub sehingga mahu mempertahankan ‘artis kesayangan’ yang batil daripada kutukan.

Bagi aku, ada sesetengah perkara yang memang betul-betul kebetulan walaupun cuba disangkal oleh pengkritik tegar. Walau bagaimanapun, aku berpendapat bahawa tidak semua kebetulan itu adalah kebetulan, di mana ia sebenarnya cuba disamakan atau diperlihatkan seperti kebetulan. Pada satu tahap, kita perlu berfikir juga, sampai berapa banyak kebetulan yang kau orang nak kira sehingga meyakini bahawa ia barangkali benar-benar dirancang, dan bukanlah ‘kebetulan’.

Kesimpulannya, isi utama aku di sini ditujukan kepada orang yang malas sangat nak berfikir, dan terlalu taksub terhadap dunia hiburan. Oleh kerana itu, golongan sebegini dah menjadi semakin liberal dan yang teruknya sebagai orang Islam, meragui pula apa yang ada dalam al-Quran. Aku fikir, ada baiknya wujud para pengkaji yang mengkhusus dalam bab Illuminati/Freemason ini walaupun tidak semuanya benar kerana bak kata pepatah: mencegah lebih baik daripada mengubati.

SEKIAN
2:50 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik