<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, October 18, 2010

Jepun Yang Saya Suka

Aku mula menggemari lagu-lagu Jepun (bukan lagu Doraemon dan seumpamanya) secara serius ketika berada dalam Tingkatan 4. Waktu itu, dua orang kawan sekelas aku (salah seorang darinya adalah adik kepada Que Haidar) bertanggungjawab dalam mempengaruhi aku untuk mendengar lagu-lagu Jepun. Saat itu juga, diorang banyak mempromosikan lagu-lagu (serta poster) Hikaru Utada dan Ayumi Hamasaki.

Setelah itulah aku mula mengumpul sendiri album-album Hikaru Utada dan Ayumi Hamasaki dalam bentuk kaset. Namun begitu, minat aku tidak tertumpu kepada dua orang awek cun ini, malahan aku mengambil inisiatif sendiri dengan ‘merisik-risik’ lagu-lagu J-Pop yang sedap didengar tak kiralah popular mahupun kurang popular. Oleh itu, aku telah menyenaraikan senarai 10 penyanyi wanita Jepun yang paling aku minati dengan susunan secara random (maknanya tiada ranking).

____________________


HIKARU UTADA atau nama panggilannya Hikki seperti yang telah aku jelaskan sebelum ini adalah antara dua penyanyi wanita Jepun yang mula-mula aku kenali selain Ayumi Hamasaki. Dilahirkan pada 19 Januari 1983 di New York, beliau didedahkan dengan dunia muzik melalui ibu bapanya yang juga merupakan pasangan selebriti atau artis. Lagu pertama Hikki yang aku dengar adalah First Love yang juga adalah lagu tema bagi drama Majo no Jouken (Forbidden Love). Ketika aku menonton drama ini melalui saluran TV Singapura, aku tak teragak-agak untuk membeli kaset bagi albumnya yang bertajuk sama. Ini kerana suara Hikki bagi aku adalah lain daripada kebiasaan suara penyanyi wanita Jepun yang pernah aku dengar (walaupun ketika itu Hikki masih lagi seorang gadis remaja). Apa yang kelakarnya, lagu First Love ini masih lagi meninggalkan kenangan kepada aku sehingga sekarang. Selain itu, pembawaan genre R&B yang kuat dalam kebanyakan lagu-lagunya sudah cukup membuatkan Hikki seorang yang istimewa, di samping lagu-lagu berentak balada. Oleh kerana itu, aku masih menganggap Hikki sebagai salah seorang penyanyi wanita paling berbakat dan berpengaruh yang pernah dihasilkan Jepun.

KAELA KIMURA adalah seorang artis yang mempunyai darah campuran British sebelah ayah dan Jepun sebelah ibu. Ini menjadikan Kaela seorang yang cukup comel dan cantik pada pandangan aku. Aku mula mendengar lagu-lagunya ketika menonton drama Attention Please lakonan Aya Ueto, yang kini ‘ditiru’ oleh drama Melayu bertajuk Awan Dania lakonan entah-siapa-aku-pun-tak-kenal. Walaupun lagu tema tersebut adalah cover daripada lagu asal Roy Orbison bertajuk Oh Pretty Woman, tetapi pembawaan Kaela ternyata sungguh rock! Kemudian, lagu Magic Music telah mengesahkan aku sebagai salah seorang die-hard-fan Kaela kerana pembawaan unsur rock dalam kebanyakan lagunya. Setelah itu, barulah aku mula mengumpulkan album-album lamanya (semestinya melalui proses download dan juga pembelian CD) dan juga setiap video muzik yang dihasilkan. Hal ini mendatangkan kenangan manis kerana melalui minat yang sama inilah maka aku telah mengenali beberapa orang peminat Kaela dari Amerika Syarikat, Taiwan dan Jepun sendiri. Apa yang lebih menarik, seorang rakan Jepun aku telah menghadiahkan dua pasang t-shirt dan dua keping DVD yang berkaitan Kaela di atas minat tersebut. Sebagai balasan, aku menghadiahkannya pula EP Bunkface kerana minatnya terhadap muzik pop punk. Oleh itu, kalau Bunkface famous dekat Jepun nanti, mereka kena berterima kasih kepada aku kerana rakan Jepun aku ini sebenarnya bekerja di bawah syarikat rakaman Pizza of Death Records.

AYA UETO adalah sebaya dengan aku yang lahir pada tahun 1985. Aku lebih mengenalinya melalui drama-drama lakonannya sebelum mengetahui bahawa Aya juga boleh menyanyi dengan baik. Walaupun secara dasarnya Aya banyak membawakan lagu-lagu pop, tetapi pengaruh ska yang kuat boleh didengari pada sesetengah lagu, sebagai contoh lagu bertajuk Shimokita Ijou Harajuku Miman. Ini membuatkan Aya berada dalam kelasnya yang tersendiri walaupun beliau kurang aktif dalam bidang nyanyian. Namun begitu, tak dinafikan bahawa Aya mempunyai suara yang unik dan sedap didengar. Aku mengharapkan bahawa Aya akan kekal membawakan lagu-lagu berentak ska kerana bagi aku, beliau sangat sesuai dengan genre ini.

MIKA NAKASHIMA diperkenalkan oleh seorang kawan aku yang sangat menggilainya. Pada pendapat aku, Mika adalah seorang yang versatil kerana kebolehannya menyanyikan lagu dalam banyak genre seperti pop, jazz, metal dan juga rock. Aku menyukai Mika kerana meskipun ketika beliau tak menyanyi, suaranya sangatlah merdu walau hanya berborak-borak biasa. Sebagai contoh, aku boleh mencadangkan korang menonton drama terbarunya yang bertajuk Unubore Deka (Conceited Detective) di mana korang dapat mendengar suaranya yang merdu itu walaupun ketika melafazkan dialog. Kekuatan Mika terletak pada vokalnya yang halus dan lantang. Apabila menyanyikan lagu berentak rock, suaranya sangatlah kedengaran seperti rockers zaman 1980-an dan awal 1990-an. Ini membuatkan Mika antara favourite aku bagi penyanyi wanita dalam genre rock Jepun. Sebagai contoh mudah, korang boleh mencuba lagu Glamorous Sky ciptaan Hyde daripada L’Arc~en~Ciel.

AI OTSUKA merupakan seorang penyanyi wanita Jepun yang sungguhlah comel sama ada dari segi rupa mahupun suaranya. Aku sangat suka lagu-lagunya yang berentak perlahan atau nama lainnya balada. Ketika menyanyikan lagu-lagu berentak perlahan ini, suara Ai sangatlah powerful dan sungguh menyentuh hati aku. Beliau sangat menghayati lagu-lagunya, dan ini membuatkan aku juga dengan mudah ‘dihantui’ oleh keasyikan suaranya. Suaranya yang halus dan lantang itu sememangnya sangat sesuai menyanyikan lagu-lagu berentak perlahan dan rancak. Sebagai bukti, korang boleh cuba mendengar lagunya yang bertajuk Daisuki Da Yo (rentak perlahan), dan Peach (berentak rancak).

YUI adalah suatu nama yang boleh didapati pada keyboard. Aku percaya bahawa ramai di antara korang yang mengenali nama ini lebih-lebih lagi bagi yang menggemari anime. Jika mendengar Yui, tak sah jika tak mendengar petikan gitarnya. Beliau lebih terkenal dengan lagu-lagu berentak sentimental dan kadangkala dimainkan secara akustik. Selain itu, Yui juga banyak menyanyikan lagu-lagu berentak rancak (atau bahasa lain, pop rock) yang sering kali dijadikan lagu pembukaan atau penutup sesebuah anime. Walaupun beliau pelat dalam sebutan ‘R’, tetapi bagi aku, suara Yui adalah satu dalam seribu di mana kita akan mudah mengecam suaranya setiap kali kedengaran lagu-lagunya. Antara kegemaran aku sehingga kini adalah lagu-lagunya yang bertajuk Good-bye Days, Tokyo, Blue Wind, Tomorrow’s Way, I Remember You, Why? dan banyak lagi (sahaja aku senaraikan banyak-banyak supaya memudahkan korang yang belum pernah mendengar untuk cuba download).

PUFFY atau Puffy AmiYumi di Amerika Syarikat adalah duo yang sangat berjaya. Jika korang menggemari muzik pasca 1950-an, 1960-an dan awal 1970-an seperti The Beatles, The Miracles, The Mamas & The Papas, The Shirelles, The Crystals, The Shangri-las, The Ronettes dan sebagainya, maka Puffy adalah wajib untuk didengari. Ini kerana selain pembawaan muzik sebegini, kekuataan Puffy terletak pada keharmonian suara di antara Ami dan Yumi. Keharmonian tersebut sangatlah hebat dan sempurna serta bersesuaian dengan lagu-lagu pop, rock, rock ‘n’ roll, ska atau whatsoever yang dibawakan mereka. Dengan menggabungkan unsur-unsur muzik 1960-an dan rock atau rock ‘n’ roll terutamanya, Puffy berjaya menghasilkan sesuatu yang segar lebih-lebih lagi apabila ianya hadir daripada vokal wanita secara harmoni. Bentuk begini (duo berharmoni) banyak terdapat pada penyanyi lelaki di Jepun, tetapi apabila Puffy muncul, kehadiran mereka dalam industri seni Jepun sangat memberi kesan dan berpengaruh. Video muzik mereka yang paling aku suka adalah lagu yang bertajuk Tokyo, I’m On My Way kerana mereka tersangatlah comel dalam video ini. Cubalah, korang pasti akan menyukai Puffy kerana mereka akan menceriakan hari-hari korang dengan lagu-lagu yang rancak.

TOMOKO KAWASE juga dikenali sebagai Tommy February6 dan Tommy Heavenly6. Namun begitu, Tommy lebih dulu dikenali melalui band The Brilliant Green (nama glamournya adalah BuriGuri) yang dianggap antara band rock terbaik di Jepun. Aku mula mengenali lagu-lagu BuriGuri melalui drama Overtime lakonan Takashi Sorimachi dan Makiko Esumi. Setelah menjalankan projek solo, Tommy lebih dikenali dengan nama stage lain seperti yang disebutkan sebelum ini. Menerusi February6, Tommy bergerak dengan personaliti yang comel dengan membawakan lagu-lagu berentak dance, disco atau synthpop. Melalui Heavenly6 pula, Tommy berubah dengan lebih ‘gelap’ apabila membawakan lagu-lagu berentak rock, punk dan gothic. Jika dibandingkan antara kedua-duanya, aku nyata sekali lebih menggemari Heavenly6 kerana aku sangat membenci pembawaan muziknya dalam February6 walaupun personalitinya tersangatlah comel.

AYAKA adalah isteri kepada Kamen Rider Kabuto, iaitu Hiro Mizushima yang sangat digilai ramai gadis ketika menjadi Nanba senpai. Ayaka sering sahaja dibandingkan dengan Mika Nakashima disebabkan pembawaan muzik yang hampir sama. Namun begitu, jika nak dibandingkan, pembawaan muzik Mika hanya sedikit berbeza berbanding Ayaka (turut dipengaruhi unsur-unsur R&B). Tetapi itu bukan menjadi masalah yang perlu diperdebatkan kerana Ayaka sendiri mempunyai suara yang sangat merdu. Kelantangan dan keunikan vokalnya juga membuatkan Ayaka mudah diterima, memandangkan suaranya juga boleh dikatakan satu dalam seribu. Oleh yang demikian, Ayaka sangat sesuai membawakan lagu-lagu rock dan juga yang bernada melankolik. Sebagai permulaan, korang boleh mencuba lagu Real Voice, Okaeri dan I Believe.

YUNA ITO selain pandai menyanyi, juga boleh berlakon. Sama seperti Hikki, Yuna dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi dibesarkan di Hawaii. Yuna mula dikenali oleh audiens Jepun ketika terlibat sama dalam menyanyikan salah sebuah lagu tema bagi filem NANA. Beliau turut mempunyai suara dengan pitch yang tinggi dan variasi suaranya itu membolehkannya membawakan banyak genre muzik seperti pop, R&B, rock dan lain-lain. Selain mempunyai suara yang sedap, aku suka melihat rupanya yang lembut itu. Bak kata orang, ‘sejuk mata memandang’. Namun begitu, aku lebih menyukai Yuna apabila menyanyikan lagu-lagu pop dan R&B. Ini kerana beliau mempunyai lenggok suara yang sangat sinonim dengan genre tersebut. Tetapi, aku tak kisah sangat lagu macam mana yang beliau mahu nyanyi selagi ianya sedap didengar. Untuk itu, aku boleh mencadangkan lagu Trust You sebagai permulaan buat korang yang mungkin mahu cuba mendengarnya.

SEKIAN
10:35 AM
7 KATA HATI
[ 7 ] PENDAPAT

Blogger AnnMoee berpendapat bahawa:

Wah! semua penyanyi favoriteku tersenarai..
i loike! (^ v ^)
Sama laaa~~~

10/18/2010 11:24 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

lepas ni mungkin nak buat senarai band feveret pulak. :)

then, mungkin aktres, aktor, drama, movie.. then, 1 cara nak update blog kan? hehe

btw, anno, tak nak buat perkara yg sama? nak tau jugak apa feveret anno. so, anggap je la ni TAG. amacam? hehe just kidding. :))

10/18/2010 11:30 AM

 

Blogger AnnMoee berpendapat bahawa:

wah!! bagus jg tue. TAG aja suda.. ;p
hehe ok jgak tue. (hehe)

kalau nak buat pun kne cari masa. tunggu week day.
err..sebenarnya teringin jg nk wat. tp byk sgt la senarai. (kekekeke) mukiyaaa~~~ XD

10/18/2010 11:55 AM

 

Blogger AnnMoee berpendapat bahawa:

eh ! * mean hari minggu~. huhu~
bkn 'weekday' ... (silap2) ;p

10/18/2010 11:59 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ganbatte, I tunggu.. hehe

10/18/2010 8:48 PM

 

Blogger Unknown berpendapat bahawa:

I LIKE IT SO MUCH...

6/03/2014 8:42 PM

 

Blogger Unknown berpendapat bahawa:

I LIKE IT SO MUCH...

6/03/2014 8:42 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik