<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, September 28, 2010

Semalam Di Kota

Semalam aku ‘melawat’ pusat beli-belah Mid Valley Megamall bersama dua orang jejaka yang kurang kacak berbanding aku, dan seorang awek hot chocolate (sebab dia suka air cokelat). Dalam ‘lawatan sambil belajar’ itu, kitorang sempat ditunjukkan cara-cara menyediakan teppanyaki, melawat tanpa membeli di butik-butik pakaian, dan sempat juga mencuci mata kerana dimasuki habuk. Maklumlah, ramai benar masyarakat moden yang berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa punya ‘lebih besar’.

Kalaulah ada button ‘Like’ dekat setiap daripada diorang itu, dah lama aku tekan button tersebut. Kalau sempat, boleh juga ‘Comment’ manalah tahu makin bertambah orang yang ‘Like’ dan ‘Comment’ selepas itu. Bagaimanapun, ramai juga Ana Raffali yang kelihatan semalam dan cantik belaka mereka semua itu.

Then, sewaktu sedang melakukan operasi mencuci mata, aku lihat ramai juga pasangan-pasangan normal yang adakalanya macam ‘Beauty and the Beast’. Itu perkara biasa, dan rezeki namanya atau perkataan lainnya, takdir. Dan sebenarnya, topik-topik macam ini seronok dibincangkan sesama kawan lelaki (aha, sambil memuji sambil mengutuk).

Diorang ni kan (lelaki Amerika & awek hot chocolate), kalau jalan berdua nampak normal. Tapi kita, kalau jalan berdua, nampak gay tau,” gurau aku.

Serta-merta selepas itu, kanak-kanak Seremban ini terus berundur selangkah ke belakang. Lelaki Amerika dan awek hot chocolate ini hanya memandang dan tergelak sahaja. Nak buat macam mana, sebelum itu pun aku terlihat satu pasangan tidak normal dan serentak itu aku sahaja menyakat kanak-kanak Seremban tersebut dengan lawak gay (dan sesungguhnya aku adalah lelaki normal).

____________________


Eh, pengkid tu muka dia macam perempuanlah,” kata aku dengan niat untuk memerli.

La memanglah. Dia memang perempuan pun asalnya,” balas kawan aku.

“Tapi cantik gila girlfriend dia. Sial betul,” kata aku lagi.

“Nak buat macam mana, dia lebih memahami perasaan kaum dia sendiri. Sebab tu senang-senang je dia dapat awek tu,” balas dia pula.

Jadi agaknya macam mana sekarang ini? Masalah ini boleh dijadikan satu soalan dalam rancangan seperti Who Wants To Be A Millionaire? dengan pilihan empat jawapan seperti biasa. Aha, ini adalah satu ancaman buat golongan lelaki yang juga memerlukan proses pemeliharaan dan pemuliharaan.

Orang sekarang ini pun satu hal juga. Apabila ada orang yang berusaha menyebarkan dakwah untuk menyedarkan masyarakat Islam berkenaan dakyah Yahudi Zionis (Illuminati dan Freemason umpamanya), terdapat juga yang menyanggahnya. Alasannya, kajian tersebut bukannya ‘sah’ dan tidak datang dari Barat.

Itulah bebalnya orang-orang macam ini, terlalu mempercayai setiap yang datang dari Barat tanpa ada sedikit perasaan musykil. Orang yang menang (berkuasa atau berpengaruh) akan mudah menulis (atau mereka cerita) perkara yang orang kebiasaan secara serta-merta mempercayainya. Nasib baiklah diorang ini tidak mempercayai teori Darwin, kalau tidak aku boleh gelarkan diorang sebagai lebih bahlul daripada keldai.

SEKIAN
9:18 PM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger Khaleeqa Idrus berpendapat bahawa:

Dan kalau ada button like kat blog awak ni, dah lama saya tekan kot! Dan dah lama saya jadi orang pertama yang like kot! Gila seronok baca post ni.

Thumbs up!

Yeah, pasangan "Beauty & the Beast" adalah sangat biasa, dah menjadi lumrah kehidupan orang kata. Sebab tu laki tak berapa nak handsome perlu bersyukur dikurniakan wajah yang tak seberapa sebab mengikut lumrah kehidupan, pasangannya ialah wanita cantik dan terbabom punya :D

Dgn itu, saya bersyukur kerana dikurniakan menjadi insan yang gemuk lagi tak cantik, sebaa insyaALLAH pasangan saya kurus dan handsome.

Bahahahaha!
Tapi amin kan, tolong? ><" Hee.

9/30/2010 4:51 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

errm boleh. amin..

hehe

* saya tak hot, so bakal bini saya ni nanti mesti hot kan? hehe

9/30/2010 6:31 PM

 

Blogger Khaleeqa Idrus berpendapat bahawa:

Mitsuo, tidak ragu-ragu lagi .. bini anda pasti hot! :D Hahah. Seronoknya berangan-angan kan? ><"

9/30/2010 7:17 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

hot hot heat. hehe

10/18/2010 10:41 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik