<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, October 20, 2010

I Hope, I Think, I Know

Adalah suatu hari Adam duduk berehat di bawah pokok epal dengan ditemani mentari pagi. Ya, pokok epal dipilih kerana ianya adalah popular dalam cerita-cerita fiksyen. Berbalik kepada cerita tadi, dengan kuasa Tuhan, sebiji epal telah singgah tepat ke kepala Adam menyebabkannya tidak sedarkan diri (hebat bukan sebiji epal?).

Kalau tidak silap Adam, ini adalah tahun di mana dia menduduki peperiksaan besar. Dalam kata lain, ini adalah tahun terakhir dia berpeluang untuk memakai uniform sekolah beserta kasut Converse sambil memastikan rambutnya yang panjang itu tidak diketahui oleh guru disiplin. Ini juga adalah peluang terakhirnya untuk mengurat gadis yang diminatinya sejak sekolah rendah, yang juga kawan baiknya.

Tiba-tiba Adam terfikir, bukankah ini masa silamnya? Manakan tidak, sudahlah rambutnya berbau minyak rambut Brylcreem, badannya pula berbau deodorant jenama Nivea. Ini sudah semestinya trend budak-budak sekolah.

Shit!” carut si Adam kerana menyangka dia sudah berada di layer pertama seperti dalam filem Inception. Dalam masa yang sama, dia terfikirkan perkara yang nakal. Mungkinkah dia dapat mencium gadis yang diminatinya, Mia, seperti juga dalam filem tersebut?

Ah sial!” carut Adam lagi, kali ini dalam bahasa Melayu sempena menyokong Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan Oktober. Bak peribahasa Melayu, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Serentak itu, dia mula tersedar bahawa dia sudah kembali ke masa silamnya.

Dari jauh kelihatan seorang lelaki berbaju Melayu lengkap bersamping dan bertopi koboi berlari-lari anak sambil melambai-lambai ke arahnya. Adam yang masih lagi kebingungan terus tercengang. Dia memandang ke kiri, ke kanan dan ke belakang bagi memastikan siapakah yang cuba dipanggil oleh lelaki tersebut.

Setelah berjaya mendapatkan Adam, lelaki tersebut bertanya, “Ada apa-apa yang mahu kau ubah saat ni?”

“Kau siapa?” Adam bertanya.

“Aku adalah pari-pari. Aku bawa kau ke sini kerana aku dah tak tahan melihat muka kau yang monyok kekecewaan kerana tak dapat memiliki gadis yang diminati. Kalau muka kau tu kacak, okaylah juga. Ini..” jawab pari-pari tersebut tidak lebih daripada 34 patah perkataan.

Arakian, Adam pun berpusing-pusing mengelilingi pari-pari tersebut dengan perasaan yang hairan. Dia melihat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki lelaki tersebut. Dia seakan-akan cuba mencari sesuatu.

“Kenapa kau tak ada sayap? Bukankah pari-pari mempunyai sayap?” tanya Adam kehairanan.

“Apa kau ingat aku burung? Hidung adalah sikit sama,” pari-pari menjawab.

“Peluang ni cuma sekali dan hanya sehari saja tempoh luputnya untuk kau cuba melakukan sesuatu,” bicara si pari-pari itu lagi.

“Sehari saja? Macam tarikh luput tin sardin saja bunyinya,” keluh Adam.

“Nak atau tak? Kalau tak nak, aku kembalikan kau semula ke masa depan,” balas si pari-pari.

Mendengar kata-kata pari-pari itu, Adam dengan gediknya menjawab, “Eh mahu! Mahu tapi malu.”

Setelah itu, Adam dengan sepantas kilat cuba mencari Mia. Kalau ingatannya masih bagus, Mia sekarang sudah tentu sedang berehat-rehat di taman berdekatan kantin sekolah. Biasalah, taman dengan perempuan mana boleh dipisahkan, bagaikan roti canai dengan restoran mamak.

Hah, awak dah ingat?” tanya Mia dengan muka yang masam.

“Ingat apa?” jawab Adam terpinga-pinga.

La, hari ini birthday Mia kan? Lupalah tu,” Lisa Surihana kawan baik Mia bersuara.

Adam menekup mulutnya dengan kedua-dua tapak tangannya tanda terlupa. Apa dia ingat tindak-tanduknya itu cutelah gamaknya. Macam orang terkentut cuba hendak cover malu adalah.

“Ingatlah. Cuma hadiah awak saja saya terlupa nak bawa,” ujar Adam berdalih.

“Macam ni, petang nanti saya bawa awak tengok wayang. Surprisenya di situ,” pujuk Adam.

Mendengar jawapan Adam, Mia terus tersenyum. Dia seperti tidak sabar untuk menunggu waktu petang itu tiba. Di dalam hati, dia cuma berharap agar Adam tidak memberinya patung Barbie sebagai hadiah hari jadinya.

Adam terfikir kembali, mungkin disebabkan dia terlupa hari jadi Mia dahulu maka gadis ini merajuk dengannya selama beberapa hari. Disebabkan itu juga, dia telah jarang menyambut hari jadi Mia pada tahun-tahun berikutnya. Tambahan pula, Mia biasa menyambut setiap hari lahirnya dengan orang lain setelah itu sehinggalah Adam dicampak kembali oleh buah epal ke masa lalunya ini.

Memandangkan tempoh luput hanyalah sehari, Adam berjaya menyediakan hadiah hari jadi Mia seperti yang dijanjikan, Sony Walkman dan CD album Oasis. Ya, gadis ini mempunyai taste muzik yang baik. Kalau gadis lain, sudah tentu teddy bear besar menjadi pilihan utama.

Selain meraikan hari jadi Mia, Adam mempunyai misi lain. Dia perlu berterus terang kepada Mia tentang perasaannya. Tetapi seperti kebiasaannya, dia tidak mampu melakukannya pada waktu itu memandangkan Mia terlalu gembira dengan hadiah yang diberikan tersebut.

Apabila tempoh waktu luput, pari-pari tadi muncul kembali di hadapan Adam entah dari mana. Benci betul, suka sangat meniru adegan di dalam filem. Macamlah pari-pari itu tidak boleh datang dengan baik dan memberi salam (bukan begitu?).

“Macam mana? Apa saja yang dah kau buat sepanjang hari ni?” si pari-pari bertanya.

“Aku mungkin boleh mengubah sesuatu keadaan menjadi lebih menggembirakan. Tapi, aku masih sukar mengubah diri sendiri,” keluh Adam kesal.

“Tapi, tak mengapa. Paling kurang pun, aku mungkin tak akan lupa hari jadinya lagi lepas ni,” sambung Adam lagi.

“Kalau begitu, makan epal ni. Sebagai mana kau datang ke sini disebabkan buah epal, begitu jugalah caranya aku akan kembalikan kau ke keadaan biasa. Cuma, aku tak akan baling buah epal ni ke atas kepala kau lagi kali ni,” ujar si pari-pari selamba.

Waktu itu, Adam sedar bahawa apa yang lebih penting adalah mengubah dirinya sendiri pada waktu semasa berbanding mengubah masa lalu. Ini kerana sebanyak mana sekalipun dia cuba mengubah masa lalu, dia tidak akan berjaya selagi dia tidak mengubah dirinya sendiri pada waktu semasa. Entah kenapa, pada saat inilah dia terkenangkan Forest Gump lalu tersenyum sendiri, macam kambing pun ada.

SEKIAN
1:12 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Matahari berpendapat bahawa:

rajin kau buat karangan yek nuar..hehe..aku paling suka part lisa surihana..kah3

10/20/2010 2:20 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

rajin kau baca ye? hehe aku dah ingat confirm ramai malas nak baca. saja karang cerita nak bagi blog tak nampak kosong macam tak update.

* lepas ni, nama watak utama Suriya ok tak? hehe

10/20/2010 6:09 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik