Adakah kamu kenal aku? Kalau kamu kenal, betul-betulkah kamu yang didatangkan dalam bentuk kawan / rakan / sahabat / kenalan ini kenal aku? No, you don’t (yeah, fuck no!). Literally speaking, aku bukan seorang yang emotional, apatah lagi mempunyai split personality disorder. Cuma, sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang membuatkan aku mudah mendidih. Honestly, aku tidak gemar dengan ‘alter ego’ yang ini kerana ianya sungguh tidak selesa. Biasanya, aku pendamkan atau serap sahaja apa-apa yang datang. But somehow, macam mana sekalipun aku boleh tahan, ia perlu dilepaskan juga. Ia seperti bom jangka, bila-bila masa boleh meletup tetapi setakat ini belum lagi terlepas dengan teruk. Jadi selalunya jika minda aku terlalu banyak dengan perkara yang kurang menyenangkan, aku akan pretend menjadi happy-go-lucky, yang orang kita panggil ‘masuk air’. But sometimes, berdiam diri juga adalah satu solution yang baik. Then, muzik adalah antara ubat yang paling mujarab untuk membantu. Satu perkara yang aku suka, let’s say aku rindu dengan arwah ayah dan arwah datuk, agaknya apa yang akan terjadi? Well, biasanya mereka akan datang dalam mimpi aku. Bukan itu sahaja, mereka akan datang ‘menjenguk’ aku dalam mimpi (dengan kuasa Allah) jika aku betul-betul runsing dan hilang arah. Ya, ‘kenapa’ adalah satu soalan yang bagus. Kenapa aku membebel tentang ini? Ini kerana dalam masa yang sama sejak akhir-akhir ini, aku telah ‘diingatkan’ supaya do something with your life (maaf, bahasa aku rojak kali ini kerana kadang-kadang explanation dalam bahasa Inggeris lebih mudah). Contohnya melalui muzik, lagu-lagu dari band Oasis banyak memberikan aku satu sumber inspirasi. Melalui filem, Garden State (tahun 2004) adalah contoh terbaru yang aku sempat tonton baru-baru ini. Dan menerusi siri TV, Smallville musim terakhir ini (khususnya episod empat) juga turut memberikan aku ‘teguran’ yang sama. Jadi walaupun secara normalnya aku ‘perlu’ untuk berasa stress dan marah, tetapi, I will try to keep my cool. Seperti yang aku jelaskan sebelum ini, aku tidak menyukai keadaan begini. Ini kerana seperti seorang guru yang aku sangat hormati, aku juga seperti dia: tidak suka dimarahi dan oleh itu tidak suka memarahi. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.