<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, August 28, 2010

Hate To Say I Told You So

Ada sekali itu lecturer aku bertanya, “Sebagai seorang economist, apa yang anda harus lakukan?” Secara jujurnya, aku teringin bekerja di Bank Negara Malaysia dan lebih tepat lagi bermimpi untuk menjadi gabenor. Tetapi, melihat kepada realiti, itu adalah satu misi mustahil walaupun katalah aku seorang genius.

Jika melihat kepada keadaan sekitar, politik banyak mempengaruhi pelbagai keputusan di mana ia adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku secara menyeluruh. Ia sebenarnya hanya lebih mempercepatkan perselisihan di antara kaum dan juga di kalangan sesebuah bangsa itu sendiri (baca: Melayu). Sudahlah orang luar berasak-asak mahu menghentam negara kita, di dalam negara sendiri pun keadaan tidak diuruskan dengan bijaksana di mana ini adalah sesuatu yang mengecewakan lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku pada generasi aku dan mungkin pula seterusnya.

Ini sebenarnya adalah salah satu faktor yang membuatkan anak-anak muda tidak mahu terjebak dengan politik atau dengan kata lain, tidak mahu mengikuti perkembangan politik. Namun dari perspektif lain, ia boleh membawa kepada impak yang negatif juga. Jadi, mahu disalahkan siapa dalam hal ini?

Dalam hal kenaikan gula baru-baru ini, lecturer aku ada memberikan satu pandangan yang bernas. Jika mengikut teori ekonomi, apabila penawaran sudah tidak mampu menepati permintaan, seharusnya penawaran itu ditambah. Dalam persoalan gula ini, seharusnya penawaran itu boleh ditambah dengan mengimport bekalan gula supaya harga tidak meningkat.

Dalam konteks ekonomi lagi, barangan import yang tidak mampu dikeluarkan sendiri dengan banyak sebenarnya adalah lebih murah berbanding jika mengeluarkannya sendiri. Kalau mengikut keupayaan Malaysia, seharusnya tiada masalah untuk mengimport bekalan gula bagi mengelakkan kenaikan harga. Tetapi persoalan utamanya adalah, adakah terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ‘orang atas’ yang terbabit?

Dalam mana-mana politik di dunia, tidak banyak yang dilihat telus. Walaupun dalam kes Malaysia, sudah tentu terdapat pelobi yang mahukan pengeluaran gula dibuat sendiri tanpa perlu ianya diimport. Ini bagi membolehkan harga gula meningkat mendadak dan membenarkan mereka-mereka yang terlibat untuk terus memiliki kereta Mercedes, makan di hotel-hotel mewah dan melancong sesuka hati (terutamanya di bulan Ramadhan) disebabkan keuntungan diperoleh adalah berkali ganda.

Sebagai seorang bakal economist, aku turut merasa tempiasnya. Walaupun secara dasarnya sistem ekonomi yang digunakan memang sedia ada tidak adil dan saksama (mengikut agihan pendapatan), namun ia seharusnya dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Ini tidak, lebih teruk dan hanya membesarkan perut-perut pihak yang mendapat faedah mutlak sahaja apa kejadahnya.

____________________


'Cause what I know I'll tell, because I wanna.

SEKIAN
6:10 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik