<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, August 25, 2010

What's Up?

Seminggu dua ini, banyak betul hal-hal panas sama ada sekitar kampus aku, dalam negara mahupun di luar negara. Hal dalam kampus, kes orang bunuh diri, dalam negara macam biasa politik, dan luar negara satu lagi isu sensitif. Tetapi, banyak-banyak yang panas, mestilah panas lagi pasukan Chelsea yang dah menghasilkan 12 jaringan dalam dua perlawanan (hebat betul!).

Untuk korang penyokong Chelsea, kalau sejarah lama kelab korang tidak tahu itu aku tidak berapa kisah sangat sebab kita pun (yang mana lahir tahun 1980-an) bukannya lahir pada tahun 1950-an atau 1970-an dan sebagainya (tetapi bahan bacaan banyak di internet, bukan?). Tetapi kalau korang tidak kenal siapa Ruud Gullit, maknanya korang memang ‘ikut-ikutan’ yang mana support pasukan yang sedang famous dan boleh dikatakan besar pada sesuatu ketika. Jadi aku tidak hairan kalau selepas ini korang mula menyokong Manchester City pula.

Sebab utama aku menyokong Chelsea adalah disebabkan lelaki Belanda bernama Gullit inilah. Tetapi sebelum itu, aku mengenali Gullit melalui bola sepak Itali (bermain untuk Sampdoria ketika itu) disebabkan TV di Malaysia waktu itu lebih banyak menayangkan Serie A berbanding Premier League (kalau ingatan aku tidak silap). Tambahan pula, ada suatu ketika itu (sama ada tahun 1994 atau 1995), aku membaca satu artikel sukan di Berita Harian mengenai kehebatan Gullit lantas aku terus mengaguminya sepertimana aku mengagumi Allahyarham Mokhtar Dahari.

Lagipun waktu itu, Serie A lebih menarik berbanding liga-liga lain disebabkan ramai pemain bintang di situ. Tetapi tidak ada satu kelab Itali yang aku minati sehinggalah Ronaldo mula bermain untuk Inter Milan kerana aku memang mengagumi bakat beliau. Dan akhirnya adalah lebih menggembirakan apabila beliau menyertai Real Madrid yang telah aku sokong semenjak aku mengenali Raul dan Roberto Carlos ketika muda mereka.

Satu lagi faktor kenapa aku menyokong Chelsea dari kecil adalah disebabkan permainan yang kitorang panggil ‘bola kertas’ seperti gambaran di atas. Permainan ini aku rasa dah kurang atau mungkin dah tidak ada dimainkan lagi oleh budak-budak sekarang. Biasalah, sekarang zaman PSP dan sebagainya, jadi manalah diorang mengenali permainan ini lagi.

Waktu itu, kitorang perlu memilih satu pasukan dan untuk ‘musim’ itu, Premier League dipilih sebagai pilihan utama menggantikan ‘musim’ sebelumnya seperti Serie A serta tidak lupa juga Dunhill Liga Perdana. Seperti biasa, kelab-kelab famous seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal, Blackburn Rovers dan lain-lain telah cepat dipilih oleh geng-geng aku. Oleh kerana aku teringat Gullit bermain untuk Chelsea ketika itu, lantas aku terus tidak berfikir banyak untuk memilih Chelsea sebagai pasukan pilihan memandangkan warna kegemaran aku pun adalah biru, di mana setelah itu aku berjaya membeli jersi pertama The Blues yang ditaja oleh Coors.

Maka dengan itu, ia akan menyangkal tuduhan-tuduhan tidak berasas segelintir kawan-kawan yang berpaksikan Manchester United, Arsenal dan Liverpool iaitu memilih pasukan yang tengah naik. Bukankah diorang sendiri memilih pasukan yang memang dah famous dan terkandung pemain-pemain berstatus ‘superstar’? Jadi apa salahnya pasukan yang dulunya pada tahap Everton atau Aston Villa kini menjadi kuat dan juara dengan suntikan kewangan yang kukuh.

Lagi pula, bukannya pasukan-pasukan merah tersebut tidak pernah langsung berbelanja dengan jumlah yang banyak, malahan lagi hebat dari Chelsea sendiri. Jadi, sebelum mengutuk atau mengata orang lain, lihatlah dulu diri sendiri. Bak kata pepatah Melayu, “Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”.

____________________


"And I don't know what it is that they want."

SEKIAN
8:51 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik