<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, August 29, 2010

Amour Maksudnya Cinta

Okay, pos ini jiwang sedikit, atau mungkin banyak. Aku sebenarnya sedang mendengar lagu Suara (Ku Berharap) oleh Hijau Daun lalu mood jiwang tiba-tiba entah dari mana datang pun aku tak tahu. Padahal, nak kata Lisa Surihani itu girlfriend aku pun, bohong gila (jadi maknanya aku single).

Aku terfikir sebenarnya, kenapa muzik di Malaysia tak banyak lagu jiwang yang melodinya tak mendayu-dayu dan menenangkan macam kebanyakan lagu Indonesia (contohnya seperti Hijau Daun, Letto, Dewa 19, Nidji dan sebagainya). Asal lagu jiwang sahaja, komposer kita mesti nak merujuk kepada muzik era 1990-an yang mana aku tak berapa gemar melainkan band seperti Exists (yang bagi aku juga dah mati). Nasib baiklah Aizat itu bijak dengan mencipta sendiri kebanyakan lagu (Faizal Tahir juga bagus muziknya).

Bagi aku, lagu-lagu jiwang yang puitis dan sedap melodinya (maknanya tak mendera telinga) bukan sahaja mampu memberikan satu kepuasan kepada pendengarnya, malahan ia boleh membuatkan orang seperti aku ‘terberangan’ atau berimaginasi. Ini juga boleh menjadi bonus apabila digunakan di dalam filem untuk menambahkan lagi ‘perisa’. Kalau tak pun, buat sahaja video muzik yang mempunyai jalan cerita atau boleh juga dikatakan short film.

Orang kita pun, maksud aku lelaki dan wanita tempatan masih ramai lagi yang mempunyai wajah dan personaliti yang menarik. Yalah, kesian juga kalau asyik Lisa Surihani sahaja yang dipanggil berlakon. Bila masa dia nak bercinta (dengan aku) nanti, kan?

Sebenarnya, aku sangat suka menonton filem-filem romantik hasil karya dari Jepun, Hollywood dan Korea. Jepun umpamanya, diorang suka membuat plot yang diceritakan secara flashback dengan permulaan cerita dimulakan dengan monolog watak utama. Korea pula bagi aku lebih suka membuat filem cinta berdasarkan konsep komedi yang digarap dengan agak ‘kurang asam’ (atau nakal), manakala Hollywood juga lebih kurang sama dengan Korea cuma kadang-kadang terlalu dilebihkan unsur-unsur seks.

Kalau korang perhatikan, biasanya kebanyakan plot cerita adalah lebih kurang sama antara satu sama lain. Tetapi, setiap darinya masih mengekalkan keunikan yang tersendiri. Namun begitu, menonton filem Jepun agak ‘mencabar keimanan’ kerana kesukaran menduga plot ceritanya, tak seperti filem Korea ataupun Hollywood (atau Barat).

Sejak kali pertama aku menonton babak seorang lelaki mengurat wanita atau gadis yang diminatinya di pondok menunggu bas (aku tak ingat dalam filem apa), sampai sekarang aku masih menunggu peluang seperti itu datang kepada aku. Ya, ia kedengarannya agak silly, tetapi ironinya ia adalah sesuatu yang menarik. Contoh lain, mungkin juga babak jatuh cinta pandangan pertama di dalam bas (atau train atau komuter).

Biasanya, aku suka melihat plot cerita yang menggambarkan bagaimana seorang lelaki terpaksa memendam perasaannya terhadap wanita atau gadis yang diminatinya. Sometimes, melihat babak tersebut agak menggeramkan hati juga. Mungkin juga disebabkan ianya banyak berlaku kepada diri sendiri, kot?

Okay cukup, ini dah masuk perenggan yang kesembilan, jadi maknanya aku perlu berhenti. Nak cerita banyak-banyak pun, korang dah tersangap-sangap tahan mengantuk. Tengok, aku dah ‘terberangan’ lagi.

____________________


"Suara, dengarkanlah aku. Apa khabarnya pujaan hatiku?"

SEKIAN
7:27 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger dayah berpendapat bahawa:

berangan tu bole mnggembirakan hati org. berangan tu indah2, hrp2 angan2 indah mjd kenyataan :) nice blog awk

8/29/2010 6:43 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

tenkiu dayah/nurul.. :)

8/29/2010 8:22 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik