 Update 1: Kali ini, aku nak meniru gaya lelaki yang selalu Merepek Semata Mata. Dalam kelas, dia satu Major dengan aku dan satu kolej dengan aku cuma nasib baik tidak satu bilik. Ahaha! 1Malaysia betullah dia ini. Update 2: Ahad kelmarin, UKM kampus Bangi ketiadaan elektrik sepanjang siang Jadi ramailah makwe-makwe yang keluar sama ada dengan boifren masing-masing, atau sesama diorang. Ada juga yang balik rumah. Aku yang tidak bermakwe ini 'terpaksalah' keluar dengan kawan lelaki ke KL. Apa yang penting, kitorang bukan gay. Actually, hari itu sempat juga aku menyambar DVD filem Ultraman yang terbaru. Biasalah, 'once a boy, always a boy'. Then, kitorang terfikir bahawa: hebat juga kaum Hawa ini berjalan-jalan di shopping complex berjam-jam lamanya (aha, kitorang baru 4 jam pun dah letih kaki lor). Update 3: Bulan Ramadhan dah nak dekat. Pejam celik pejam celik, aku sebenarnya sangat sukakan bulan ini. Ketenangan di bulan ini memang lain macam dia punya pergi. Itu belum lagi kemeriahannya, yang termasuk di sini pelbagai jenis jualan. Agaknyalah, bulan Ramadhan ini sebenarnya rakyat Malaysia lebih 'berisi' berbanding bulan-bulan lain. Manakan tidak kalau dah pelbagai makanan dijual dan biasanya aku melihat ramai yang membelinya dengan kuantiti yang banyak (kelakarnya, aku juga kadangkala begitu). Update 4: Waktu tidur aku dah tidak betul sejak dua minggu kebelakangan ini. Banyak kali juga aku tertidur selepas Asar dan bangun sebelum Maghrib. Pertama, berat aku agak bertambah disebabkan ini. Kedua, mimpi yang muncul waktu-waktu begini memang pelik. Patutlah tidak elok tidur pada waktu ini. ____________________
"And there's the truth that they can't see." |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.