<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, July 11, 2010

Nervous

1. Korang tahu kan apa itu nervous? Kalau korang tak tahu, maknanya korang tak boleh masuk National Spell-It-Right Challenge anjuran The New Straits Times. Okay, aku bergurau sahaja.

2. Aku nervous disebabkan hari ini dah kena mendaftar semester baru dan aku dah menjadi super senior! Sepatutnya ia akan menjadi semester terakhir sebelum ke lapangan latihan industri (praktikal) semester berikutnya. Tetapi nampak gayanya macam nak kena extend satu semester lagi disebabkan ada beberapa subjek tak dapat dihabiskan. Serik aku nak ambil banyak subjek dalam satu semester. Habis cepat tetapi kalau CGPA teruk buat apa, kan?

3. Aku agak nervous kerana aku perlu berjumpa dengan mentor aku. Sebab pertama, aku agak malu dengan result yang jatuh semester lepas. Sebahagiannya aku akui adalah silap sendiri, tetapi sebahagiannya lagi disebabkan keadaan tidak dijangka seperti demam teruk. Sebab kedua, aku tak pasti tentang tesis dan harap-haraplah mentor aku sudi menjadi supervisor aku nanti.

4. Hari ini seorang sepupu aku berkahwin (majlis bahagian lelaki), dan aku nervous setiap kali pulang ke kampung sebelah arwah ayah ini. Setelah arwah ayah meninggal, agak jarang aku pulang ke sini melainkan Hari Raya Aidilfitri. Jadi, aku nervous sebenarnya dengan komunikasi yang macam mana nanti yang akan aku hadapi walaupun aku baik-baik sahaja dengan sepupu-sepupu aku di sini.

5. Walaupun sotong Paul telah meramalkan Sepanyol sebagai juara, tetapi aku bukannya percaya pun makhluk ini. Ada nanti khurafat percaya kepada benda yang bukan-bukan. Jadi, agak nervous juga walaupun aku agak yakin dengan skuad Sepanyol kali ini. Cuma tolonglah beri Cesc Fabregas tempat dalam first eleven. Walaupun aku penyokong Chelsea, tetapi aku suka gaya permainan dia ini terutamanya through passnya. Jadi, don't choke, lads!

____________________


"I know it's all up to me, it's all up to me."

SEKIAN
8:02 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Anonymous anonymous berpendapat bahawa:

oleh kerana aku da coment kat fb..aku mls la nk tulis kat sini..haha..nak testing je

7/19/2010 9:49 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

bengong.. haha

7/19/2010 9:52 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik